prrrrrrrrrrooooooooooot...

WARNING: DONT READ IF YOU DONT WANT TO FEEL OFFENDED



sure korang dah dapat agak rite, entri kali ni pasal apa. ker takder idea lg? hummmm sila lah tukar Processor anda ke Intel Core i7 yerk kalau dah tgk tajuk pon masih tak dpt clue. :)

entah tiba2 rasa nak cari info pasal KEn to the TUt. grossss sgt lah kan kalau fikir pasal benda tu. tp this vulgarism word in english nie lah yg kita buat setiap hari. tinggi mana sekali pon tahap korang dalam kasta manusia ini, korang juga akan tetap kentut...satu2 benda yg org rasa tak beradab tp tetap berlaku kpd semua.

just few points to share about fart/kentut nie.

-fart is the oldest english word from indo-europe, and some people take it as a vulgar word, but george carlin a comedian in 1972 wasn't include fart in his "seven dirty words".

-kentut berasal dari dalam gas usus, dari udara yang kita sedut, gas yg masuk ke usus dari darah, dan gas dari reaksi kimia dan bakteria dlm perut.

-komposisi kentut adalah bervariasi. makin banyak udara kita telan maka makin banyak kadar nitrogen dlm kentut. maka kesian lah orang yg lubang hidung besau...sbb kentut mereka penuh dgn nitrogen. hehehe. kentut mengandungi bakteria yg menghasilkan metana dan hidrogen dan proportion dia bergantung pada apa yg kita makan, berapa byk udara kita sedut, dan berapa lama kita tahan kentut!!! makin lama kita tahan kentut, makin byk lah bakteria.

-orang yg kentut BUSUK= org yg suka makan telur dan daging sila amik perhatian, kerana anda bakal mengeluarkan bau kentut yg sangattttttt busuk kerana kandungan hidrogen sulfida dan merkaptan yg tinggi.

-orang yg kentut BANYAK= org yg makan gelojoh besar untuk kentut lebih banyak.

-orang yg kentut KUAT= org yg banyak makan kacang2 bisa mengeluarkan volume kentut yg lebih tinggi desibel nyer.

-orang normal biasanya akan kentut setengah liter sehari dalam 14 kali kentut.

-kentut keluar di bahagian bawah badan (dubur) dan bukan kat bahagian atas (mulut) kerana tekanan yang rendah berlaku di sekitar bahagian dubur, memaksa isi usus termasuk gas kentut bergerak ke bawah.

-kentut tiada kena mengena dengan jantina. kenyataan mengatakan, orang perempuan suka tahan kentut adalah tidak boleh dipakai. laki pon suka tahan kentut gak...machoooo lah katakan.

-orang biasa kentut di waktu pagi, sewaktu di dalam tandas which is referring to MORNING THUNDER!!! yg kalau bagus resonan nya, boleh di dengari seluruh penjuru rumah anda...hehehe

-penyebab2 lain untuk kentut: makan tanpa kunyah, minum soft drink yg bergas, menaiki pesawat.

-kentut boleh membakar kerana kentut mengandungi gas metana, hidrogen yang combustible dan nyalaan nya adalah berwarna biru!!! di europe dulu kala pernah di adakan "fart lighting". so utk yg merokok tu, kot2 tak dpt cr lighter utk nyalakan rokok...cuba2lah try angin kentut utk nyalakan rokok korang.

-kentut tidak berwarna sbb kalau kentut ada warna nanti senang lah kita tahu sapa yang buang angin tu. Maha Bijaksana nya Allah.

-di Jepun kentut di khalayak ramai membuktikan yang anda selesa di kalangan public. 43% perempuan di jepun kentut utk suami mereka di tahun pertama perkahwinan utk membuktikan yg dia selesa dgn suaminya...perghhhhhh nasib baik kat malaysia takder mcm tu, kalau tak i takmooooo kahwin!!! sbb tahun pertama i dah korek kubur sendiri...ahahaha sorrii A4.

-di amerika when u burped people will say "excuse me", but bila u kentut...orang akan ketawa!!! hahahaha...idea yg baik utk sapa2 yg nak jadi raja lawak

Kawan & Kecewa

Cerita hidup memang susah untuk dikarang,
Kita harapkan cerah biarlah panjang,
Tapi mendung tetap datang...

Cerita berkawan juga sukar dimengerti,
Kita harapkan kasih di hati,
Tapi hina dan maki yang diberi...

Kita beri madu,
Dia bagi racun...
Kita ukir senyum,
Dia buat muka...
Kita tanamkan bunga,
Dia rosakkan baja...
Kita datang dekat,
Dia pergi jauh...
Kita harapkan kasih,
Dia buat kita kecewa...

Susah untuk dimengerti kawan begini
Lebih baik undur diri
Kita tak sakit hati...


A4, 1.04am, Lufbra

macam-macam kerenah...

aritu dah list down dah nak tulis apa kat blog nie. rasa mcm dah bersawang-kerawang-jarang dah blog ni. bukan jalang ok...opssss.

i never know about this, sbb they happened just once in a while.but tiba2 teringat memori2 nie.memori bersama kawan2...yeah i loike to talk bout friendship, sbb kawan very important to me...

PERTAMA: KAWAN BERDENGKUR...

i dah biasa tidur sorang2. so takda biasalah tidur berdua, or bertiga, or ramai2 dalam satu tempat.so tak taulah, apa cerita dlm kelambu, luar kelambu, tepi kelambu...salah kelambu juga kan? so pagi tadi terbaca kat berita harian pasal artikel berdengkur nie, or SNORING. wahhhhhhh bayangkan tiba2 tidur nyenyak...mimpi2 indah, tiba2 u dengar mcm bunyi enjin kereta meletuplah, bunyi letupan das meriam sebanyak lebih 77 kali, bunyi macam terceki tulang lembu, bunyi ala2 kentut malu2 pon ada gakkkkk. of courselah sentap kan? it happened to me, and i think it will be the most loudest snor i've ever had to listen, and worst part he was sleeping next to me, and not to other friend. OMG...i was expecting myself to get a beauty sleep, but endup with a nightmare and a miserable night. cant even close my eyes, and cant even listen to my ipod even with max volume.hohohoho...but guess what, i dah tak heran dah benda tu semua...sbb i dah IMMUNE. i cant blame them, and i cant get mad...coz they are unconcious. plus they even not notice that they are snoring in their sleep. so,ive read this article in BH...just to share with those who are snoring while sleeping.in the article said that. "BERDENGKUR PETANDA PENYAKIT KRONIK" amikkkkkkkkkkk korang.this berdengkur is referring as OSA (Obstructive Sleep Apnea). points to ponder...OSA can brings u to penyakit angin ahmar (STROKE), darah tinggi (HIGH BLOOD PRESSURE), HIPERTENSION and PENYAKIT JANTUNG. and usually OSA occured mostly from men yang BMI (Berat Jisim Badan) melebihi 28. OSA makes people stop breathing for at least 10 seconds...and berdengkur can effect your sexual performance. huhuhu....so bad so badddd. so u guys out there, kalau u guys having this problem...please lah, get a treatment, perhaps kita terlepas pandang, but sometime benda2 kecik nielah boleh jadi masalah besar...maklumat lanjut, sila layari artikel di Berita Harian online ruangan SIHAT, title Dengkur petanda sakit kronik.

KEDUA: KAWAN BARU...

biasalah kan, sejak ada facebook,myspace,blog dan mcm2 lagi...dunia berkawanan kita menjadi lebih luas.u guys lebih mudah dpt kawan baru, sharing knowledge, sharing bout life and blablablabla...but pernah tak happened, bila u dpt sorang kenalan from FB, u just chat and knowing them virtually, tak pernah jumpapon...but u love virtually chat and communicate with them virtually. they made u laugh when u have chatting with them...u sometime feel not enuf, until one day, u meet them personally, and then...tiba2 u rasa jemu, mual, and up to one level menyampah pon ada. sbb dia di dalam komputer tak sama dgn dia diluar komputer...bukan sbb physically tapi sbb sikap lain bebenau...not as what we expected. bila chat mcm besttttttt jer. but bila jumpa...rasa annoying sangat!!! rasa tak besttttt. rasa mcm cepatlah blahhhhhh.i know it is not a good thing to do, but sometime, u cant resist ureself to express it on ure face. i pon buat juga camtu2, buat muka tak puas hati, muka borring, muka bolayannnnn kalau jumpa kawan2 annoying nie. bukan apa, kdg2 melebih2...demand mcm2, perasan diva pon ada, tu tak boleh ni tak boleh, i paling pantang org suka judge me......iskkkkkkk mcm bagussssssslah pendek kata. concept i senang...u datang tmpt orang, jumpa kawan baru u, pls expect less and help more...so that will help u to be ontop of my list. i tak kisah nak berkawan, tapi tak boleh terima org yg baru kita kenal, dah berlagak mcm kenal kita lama, and pleaseeeeeeee i tak larat nak layan org2 yang perasan dan perasaan nie. tapi apa2pon, kalaukorang face the same problem, layanlah ure fren to elok2, sbb they are ure guest...but lps tu takyah jemput dia dtg tempat korang lagi.sbb dah tau perangai real dia mcm mana.

KETIGA: KAWAN A4...

Susah nak cari orang mcm nie, tapi i dah dpt dah. hehehe. dia sgt memahami, dia boleh menerima kelemahan dan kekurangan diri i, dia sayang i seadanya, dia sangat humble, dia saling ingat mengingati especially pasal solat dan doa...dan yg paling penting, dia sangat sayang keluarga dia. itulah kawan, sahabat dan teman saya. tempat i mengadu sekarang nie, tempat i bermanja juga. hehhehe. yeahhhh i memang manja. so whatttttttt!!! i like to be pampered, but of course i know the limit. dimanjakan lebih2 pon rimas gakkk. tak taulah how u can find this kawan, sahabat dan teman...tapi for myself, u will feel if u have one, bila dia masih sudi bersama u even dia tahu segala latar belakang diri u...even dia tahu kelemahan diri u. orang biasanya hanya akan dekat bila tahu kelebihan, tapi bila tahu kelemahan mereka akan lari tinggalkan u. i dah pernah rasa, ada lah jenis kawan yg mcm LALAT SELENGA nie, kita susah payah tolong dia, belikan baju CK, tolong masak untuk dia, tolong jaga barang2 dia, tolong bantu pelajaran dia, shopping utk dia...tapi towards the end, dia ignore kita...ahhh org2 mcm tu kena berhati2 yerk. ingat pesan nie, jgn spend ure money to a friend. never ever!!! ive learnt that...usually i will only spend for my lovely famili n closest frens yg i dah anggap mcm famili jer...utk LALAT itu hang pielah bolayan...kalau i dah terbelanja u dgn duit i...i tak akan halalkan dunia akhirat.(moodmarah)ahahha.so, ingatlah nie, nak cari kawan, sahabat dan teman...carilah mereka yang boleh menerima kelemahan diri u.saranghaeyo.

dalam banyak2 kawan i ada sekarang nie, on top of my list i want to see my A4, abg rizal,ain (cik ain), ina (lina bebo),encik penolong pengarah pengajian tinggi Hadi, zaim,encik aizulmarcello, hasru, aeju,kadir,RP, Dr. Tan, ,datuk rozailin, datin paduka fauzianita, cik seri ayu erin(norzarina isa), geng2 pantun-kak has, kak ina and abg mus,geng2 kapak-Dr. Nazifa, Dr. Ruzaq, Dr. Su Mae, Dr. Yuzi, Tengku Kak da(aida syahida), Kak wawa ramli, ijan ana & co,aumi and amir, ramzee, kak wei dan mukriz,encik hafiz kassim,farid(shahjaszz),azam adnan, qush, ariff,djill...and a few more lah kot. i cant wait nak balik malaysia...and one of my dream is to see u guys i balik nanti.i will try my best ok.

of courselah yang palinggggggggggggggggg i nak jumpa,peluk cium,cium,cium,cium dan cium lagi...is FIQRI SYAHMI. rinduuuuuuuuuuuu sangat2.this is for u Syahmi...nanti i balik cam tau muka nie. Love Syahmi Always...

a friend is a mirror of your own...

pernah tak korang terasa, bila korang menolong kawan korang, tapi apa yang korang buat rs mcm sia-sia? if you do, boleh tak korang tell me, what term should i refer to this kinda so-called "kawan"?

selama hidup hampir 3 dekad ni, i've found many types of people, meeting different kind of friends, and knowing variety colors of attitude. recently, terdetik untuk berbicara tentang maksud berkawan@bersahabat@berteman in my own version of dictionary.

dulu waktu sekolah, I was not really approachable. I'm a kinda person yg selective dalam berkawan. even ramai yang cuba rapat, even waktu darjah enam dulu,cikgu darjah juga cuba untuk menjadi my friend. masih ingat lagi Cikgu Sabarudin. Baik orang nya. Caring dan sangat garang. waktu kat sekolah dialah cikgu paling popular, tak tahu kenapa, even kami berbeza umur, berbeza pangkat, tapi kami boleh jer berkawan. Kami selalu spent masa petang2 bersama dengan Ustaz Suhaimi dan Cikgu Tarmugi. Practiced untuk pertandingan tahfiz dan syarahan. And at one place, Cikgu Sabarudin sampai sanggup jumpa mak dgn abah, nak bawa saya pergi memancing kat Sungai Muar dan ponteng sekolah agama hari tu. Back to the question...how can on earth he can be my friend?

last two days, i've called my mom, reported to her, how a friend of mine, who i thought is really close to me and my family, can easily ripped my heart by neglecting us, me especially. jawapan mak senang jer "lupakan aja dia". but that's not easy for me to do. coz it is not easy for me to accept one...so it will also not easy for me to demolish one too. but i will take what mom said in a positive way, from now on, choose ure friend carefully.

kawan for me not necessary to have similar interest, similar hobby or similar career. coz if semua sama, how can u taste different flavour of life? rite?

i have my own dictionary of friend.

a) can make me laugh- i dont really like a dull,plain friend. a person who only has black and white in life.

b) can support me in anyway- am not perfect. banyak kelemahan...so i need a friend who can always tell me what to do, or at least give me options to choose. paling pantang...i hate if people judge me before knowing me. coz i hate judgemental people.

c) honest and tahu menghargai- menipu dan jujur adalah two words with a very close definition. i hate to have a friend who wants to be my friend because just want to use me. dulu waktu di university, selalu happened, my car jadi taxi. nak beli barang used my car, nak pegi jusco, used my car. actually tak kisah pon sgt, cuma kdg2 rs meluat bila saya berjasa tapi tak dihargai.

d) yang tidak syok sendiri- bosan bila berjalan dgn org yg perasan diva or SS nie.used to have a friend, yang kononnya tahu semua benda...and when i've found out fact yg dia ckp was just a piece of shit, terus merah padam muka. simple...if u want to walk with me if i ask u something, and u dont know the answer...just say big N and O. tak pyh berlagak mcm Professor dari Imperial College...opsssssss.

e) matured- tak suka sangat berkawan dengan orang perangai macam hadek-hadek. trying so hard to get, yet sanggup jatuhkan maruah sendiri.pleaseeeeeeee to get on stage dear, u have to gain your own crown. suka berkawan dengan orang yang sebaya or tua sedikit from me. because I can learn many things. but dont worry I still have friends yang more younger than I am. as I've said, as long as you can make me laugh...honestly laugh, i am more than happi to be your friend or brother perhaps.

simple right? so from now on...i will be more carefull to select a friend of mine. so far i've found a few of wonderful friends here. Geng Korek2, geng Kapak(asal korang diam jer semua?), geng pantun TM, geng Baling selipar...you guys rockkkkk.

tip to know whether u are my friend or not- if we meet or chat or talk together, and u can make me bloody murder laughing...then u have passed my prior requirement.

recently...i've met a new friend. very nice, supportive and sangat comeyyyyy...here is the picture of her. her name is Zara Adriana. she never makes me feel annoy or mad. instead, she always makes me feel happy and good. Uncle loves u Zara, and of course Uncle loves Syahmi too...I wish to go back home soon to see you Syahmi.



* selamat hari lahir abg dino and kak maz...selamat hari lahir in advance to kak fara juga. and selamat hari lahir to min juga. my januarian friends. selamat hari lahir to abg rizal harun too. love u all.

Are You Men Enuf?

Pernah dengar tak lelaki METROSEXUAL??? skrg kalau kat MSIA ramai dah laki2 golongan nie. Yerlah, utk jadi outstanding, kenalah ada something different. Lainlah kalau diri mmg dah ada kelebihan tersendiri.
Terdetik nak update blog nie tentang men's fashion bila si Zaim (my dear friend waktu SPM) minta tolong carikan Tote bag for men from Coach. Dah lama dah juga sebenarnya niat nak talk about men's fashion nie, suka sebab kat sini mcm2 jenis fashion dpt tgk. Plus senang nak dptkan barang2 tu semua with a reasonable price of course.

SCARF:-

"real men aren't afraid to wear scarf" Singlarity: Single hilarity...amik kooooo, sure lepas nie pakcik2 yg masuk hutan pon sure nak pakai scarf juga bila masuk hutan. yerlahhhhhh nak jadi lelaki sejati. ahhahaha. scarf was designed for women...but nowadays, with a suitable scarf, with suitable method to tie the scarf a man can looks wonderfully gorgeous. scarf dah jadi salah satu accessory utama utk lelaki skrg...lebih2 lagi musim2 winter nie. even banyak designer already designed scarf utk summer juga...like ZARA!!! different season different design. nak ikat scarf ada byk cara...depends pada pakaian kita aritu...kadang2 bila pakai formal wear, scarf boleh diikat seolah2 mcm Neck Tie...and it looks even smart and different of course. skrg fashion Arab Scarf...ahhh serban pak arab tu diaorg jadikan scarf. baguslah juga, serban dapat dipopularkan. tips paling berguna kalau nak guna scarf for men...kalau pakai baju plain, carilah scarf yg fabric bercorak...kalau pakai baju bercorak, carilah scarf yg plain...biar contrast. jgn lah scarf corak, baju pon corak...nanti nampak mcm pokok bunga bergerak lak. over accessorize bak kata Kak Mazrah. hehhehee.

TOTE:-



hummmmm first time dulu memang tak tau langsung pasal tote nie. apa kebendalah totetote nie. Ada pernah beli satu beg tote nie kat Seed. Beli tapi tak tau nama dia apa. but practical lah juga. nak kata mcm handbag pon boleh, nak kata multipurpose bag pon boleh...tapi designed for men. however, kena ada cara gak nak guna beg tote nie...kalau silap pegang silap bawa...nampak serong lak nanti org memandang. I've read from this one blog...it says "right bag can make u look butch" wahhhhhh. sapa kata laki tak leh bawa handbag.see if u know how to bring it up...u can be looked muskal ok!!! Tote beg is actually a multitasking bag for men. tote bag are truely American Classic style. tote bags begins with the release of Boat Bag back in 1944. A basic canvas bag, designed for the boater crowd. nowadays, tote beg utk lelaki dah jadi common to everyone. bagus, mudah, and practical, coz lelaki also can have their own handbag. tips untuk cari tote beg for men...(1)color biar yg overdyed like olive, navy, or plain. tapi byk jer designer tote like LV and Paul Smith suka pilih color2 striking mcm orange, red and yellow. kena tgk suitability seseorg gak kot. (2) fabric cotton canvas...tapi mcm mahal gak kan kalau cotton nie...so nak murah yg PVC pon ok. hhehehe. (3)messenger and portrait bag...takderlah nampak sgt mcm handbag perempuan.

So...to all guys outside there...dont be scared to experiment yourself. kita sendiri tahu apa yg sesuai utk kita. kalau korang rasa borring dgn appearance yg dull dan common, try to look diffent by experimenting ureself. ada orang yg dah mmg semulajadi kacak...pakai apa2pon nmpk cantik, but bagi yg kurang tu...masih lagi mampu menjadi center of attraction by trying to be beautifully different.

I'm not really good with fashion though, but I love to observe, think and then experiment it with myself. So far, I like what I am today. QUOTE THIS FROM ME: "If you look great you will feel great and you will get the power".

UP 2 DATES

Dah lama sangat tak menulis kat blog nie. Boleh lah tahan menyibukkan diri sendiri. Seperti tujuan asal, just nak mengemaskinikan maklumat mengenai diri sepanjang di sini.

1) saya dah setahun kat sini, dari 28hb November 2008 aritu
2) baru lepas menyambut aidiladha serba sederhana dengan adik beradik di sini. ada aqiqah oleh kak fara sekeluarga sempena kelahiran baby Zara Adriana.
3) alhamdulillah, dah 2 minggu melepasi viva utk first year. kini dah dapat transfered ke tahun 2.semoga Allah mudahkan lagi perjalanan pelajaran di sini
4) sekarang tengah sibuk mengajar untuk lab module Java and Internet, sekadar membantu supervisor disamping mencari wang lebih
5) baru lepas buat pre-therapy di Queen Anne. Borong barang2 Queen Anne bersama2 dgn kak fara, abg mosan dan makcik

6) sedang menunggu hari untuk ber boxing day di swindon dan london bersama kak maz, abg dino, maya, cipul dan kawan2 kak maz dr Msia
7) dah masuk winter dah kat UK skrg, sejuk nya ya Amaaaaaaaaaaat.Salji Jahat!!!!!!!! hehhe
8) sekarang ramai berbenau yang nak balik Msia. jelesnyerrrrrrrrrrr!!!
9) dah seminggu lebih berhenti exercise di gym...baru lepas kena accute back pain.sakit yang amat2 di geruni, kalau kat Msia dah mmg ada Dr. Sasliza yg memang tahu about my medical history, and ada mak dan abah utk tempat bermanja. huhuhu, bytheway tq to maya sbb sponsored pain killer and abg long, abg mosan, abg dino n kak maz, kak fara, kak farrie, kak anne, ed, kak piza, kak yong dan yg lain2 yg really concern bout me.
10) tak sabar nak tunggu my sister in law melahirkan baby nya. and i will become a real Uncle FISHAN!!! sorri ema along tak dpt balik Msia...

last but not least...akan ada berita paling besar akan di maklumkan pd semua. insyaAllah. tunggggggggguuuuuuuuuuuuuuuuuuu. Ch'u k'a du rim ni da me, hang u nul bim ni da 2! hehehe. kalau korang faham korean korang leh dpt hint2.

Mat Gian...

huhuhu...tgk post title sure mcm seram jer. yerlah mat gian nie kalau kat kampung biasanya title utk mamat dadah tu. yang main cucuk2 pastu highhhhh. kalau kat kampung suka lepak kat jeti ker, kedai2 kosong ker or blkg jalan.

tapi i bukan mat gian tu ok. ni ahhh i dah ketagih tengok korean dramas. ya ampun...mmg tahap dah kritikal dah nie. one after another. none stop. rutin setiap malam lps balik dr ofis.melayan korean. lebih2 lg skrg isya kol 6pm dah masuk. so apa lg wayang korea sampai kol 12am dan kadang2 sampai 3am!!! tak taulah dadah apa yg org2 korea tu dah guna. selagi tak abis cerita selagi tu lah i tak tidur.

ada 3 movies nak recommend. ikut ranking i nie.
first i suka tgk boys over flowers

watak geum jan di an innocent, naive but honest and cheerish high school student yg very warmth hearted and change the world of gu jun pyo a very rich, spoilt and arrogant guy. tgklah macam mana jan di mengubah attitude jun pyo and jatuh cinta. dalam usia cinta mcm2 diaorg hadapi. sampai ke akhir movie pon masih ada ujian. halangan mak jun pyo the evil witch, jun pyo kena kahwin paksa, then cinta tiga segi dgn ji hoo...wahhhhhhhh mcm2 lah. cerita dia kelakar dan sweeeeeeeeeeeeeeeet!!! plus pelakon2 dia korang mesti suka. jan di cute sgt!!!! suka attitude jan di juga, sbb biarlah org buat apa kat dia, dia tak balas pon, dia sanggup berkorban utk famili, dan dia sgt honest...kalau lah i can be like her (attitude wise ok!!!) and suka pelakon2 laki dia sbb suka tgk dressing diaorg. sgt variety dan up to date!!!

second is full house.

cerita ni pon tema romantic comedy. perempuannyer, han jeun...anak yatim piatu, terpaksa bersusah payah kahwin kontrak dgn artis terkenal young jae setelah rumah han jeun di jual oleh kawan baik dia sendiri. hampehhhhhhhhh. cerita nie sweeet juga sbb even byk plots dlm suasana rumah tu jer....tapi cerita dia pelbagai. mcm2 masalah mrk hadapi. kisah cinta di tolak lah...sgt best.tapi yg paling seronok dlm cerita nie, suka kat han jeun sbb she is very positive. apa2pon berlaku. and dlm cerita nie han jeun dgn young jae tu mmg dkt luarpon couple, so cerita nie nmpk real sgt! bestlah.

third is my girl

cerita ni ramai org suruh tgk. mmg kelakar lah, cerita pasal ju yoo rin yg suka menipu. tapi dia tipu sunat ok. dia menipu sbb terpaksa, demi bapa dia...demi melangsaikan hutang2 bapa dia. dlm cerita nie, lebih kurang mcm full house gak. yoo rin di bayar utk menjadi sepupu kontrak kpd seol gong chan, lelaki kaya. cerita nie lagi kelakar compare to both yg di atas...tapi tak suka plot ending dia...sbb even dah nak happy ending pon masih byk plot2 yg meleret...plus happy ending dia antiklimaks lah. kejap sgt!!! huhuhu. but yg penting dlm movie nie...i belajar betapa susahpon kita, jgnlah rasa beban terhadap mak dan abah kita.biarlah kita susah, tp jgnlah mak dan abah kita susah. bab2 cinta tu...hummm cinta 3 segi gak. but dlm cita nie...lagu2 dia sgt best!!! nak suruh korang semua dengar lagu suh reun bun jjeum dgn sang eo reol sarang han in eo...sedih lagu dia. skrg kalau kat gym pasang lagu nie, sure meleleh air mata, sampai few mamat kat gym tu pon pelik, apa kesss lah dok exercise tiba2 air mata meleleh. hehehehhe.

jgn korang tak tau...banyak faedah tau tgk cerita korean nie. satu dpt belajar bahasa. amik ko...skrg nie chatting dgn org malaysiapon guna bahasa hang gu. chong mal Iyo!! hang gung mal yon su p'ae ya dwoe yo. sarang hae yo....amik korang. assignment utk korang. translate kan ayat tu!!
second dpt belajar tmpt2 kat korea. baru tau jeju island sgt terkenal kat korea...mmg cantik pon pulau tu. mcm kat area2 perancis pon ada.
pastu dapat belajar pasal makanan2 diaorg...cara2 buat kimchi. hehehhee. kimchi tu sayur2 jeruk lebih kurrang. hehehhe

wahhhhh kalaulah PhD ku ttg korean movies...confirmed siap 2 tahun jer. hehehe.apa2pon, i tgk movie2 tu semua sbb i want to make myself feel happy, cheerish, and learn to be a positive person. always look forward...and take ure past as a lesson in ure page of life.

AJA AJA FIGHTING...BBAHSYAHHHH...annyeong gu seyo.

AJA AJA FIGHTING!!!


dah lama dah tak update blog nie...dengan isu2 personnel dan mutakhir. huwaaaaaa amatlah menyibukkan diri yang kadang2 tu tak sibuk.masuk ofis pukul 10am, baca2 newspaper online, tgk2 facebook, sampailah kol 12pm...kol 12 dah ngantukkkk...apa kessss??? alamat tersengguk2 lah kejap kat ofis tu. and after solat zohor barulah segar utk buat keja. but alhamdulillah...produktif lah juga. kdg2 sampai mlm gak lah buat keja. hehehhe...sbb terpaksa yerk tuan2 dan puan2. kalau bukan sebab report si kerepot itu...sudah lama ku terbongkang kat rumah!

anyway...lately nie hidup makin lebih bermakna...lebih ceria dan lebih happi dan lebih bersemangat dan lebih bersinar...wahhhhhhhhhhh bak kata aizul marcello dalam blognya...ada pelangi yang diimpi2kan semakin hampir. yupssss hencekkk marcello...Tuhan memang sayang kan kita. kita jer yg tak sayang diri sendiri...hamekkkkk ko. ahahhahaa.

pastu kan, lately tak tau kenapa suka dengar lagu datuk ct...
bisakah. lirik lagu dia...
bisakah yang terpadam dinyalakan, bisakah yang terhina dicinta, bisakah diri difahami.
wahhhhhh mcm lagu tu utk cermin diri sendiri. terima kasih kat "awak" sebab sudi nyalakan lilin sy yg terpadam...sayang "awak".
abislah lepas nie paparazi, mamarazi, pamarazi pon sibuk nak tau cerita kan? hhehehe.i kan suka buat kontroversi.hehhehee.

pasal studi lakk, alhamdulillah, aritu meeting dgn 2nd supervisor dpt review yang baik, and alhamdulillah, skrg dah mula busy utk buat real experiment, supervisor pon sibuk nak belikan equipment for my research. hooooooorayyyyyyyy. lepas ni, kalau ada sapa2 nak jadi bahan ujikaji saya...sila2lah melaporkan diri yerk. hasil dari ujikaji itu ialah, kalian akan dapat tahu...tahap mental kalian.hehhehee...takderlah, korang akan dpt tahu pasal cognitive distraction korang ok! ahhhh best tak?hhuhuhu.

pastukan...pasal adik2 beradik kitaorg kat lufbra nie, kak fara dgn abg mosan dah 2 minggu bergelar daddy and mummy...baby comeyyyyy!!!!!!! nama dia ZARA. tapi picture terlupa nak amik. huhuuhu. bawaklah kamera hulu hilir tapi lupa gak nak amik picture. i tak sabar nak tunggu Zara besau...sbb nanti dia dah besau ,i nak tackle Zara...sbb dia comeyyyyyy!!! tapi kan, kak fara kata, dia minta hantaran kereta mini cooper utk hantaran Zara. huhuhu...kak fara, kalau bagi kereta nissan micra purple ku itu boleh ka? hehhee...bila tgk Zara...selalu rasa terharu,rasa nak nangis...sbb rasa bersyukur akhirnya Zara lahir juga mewarnai hidup kami adik beradik. terharu gak, sbb bila pandang Zara teringat kat keluarga kat msia...tq kak fara, tq abg mosan...gambar2 ni curi kat facebook kak fara. hehehe. soriiiii bosss



and then...another story is, kat derby dah ada KFC halal!!!! wahhhh apa lagi kami nie semua jadi pengunjung tetaplah. nie baru balik makan kfc nie, burpppp...terkeluar sendawa spicy wings dia. tapi kan KFC dia tak lah sesedap kat msia. sebab (1) kurang kick lah broooo (2) takder mash potato, diaorg ganti dgn baked beans...ekk alaaaaahhhhhh tak rockkk ah bro! adakerrr makanan penjara kat msia dia bg mkn kat kfc...tak kelassssss ahhh.


ohhh last but not least...skrg kami tgh gila main wii sport dan wii fit dkt rumah abg dino dgn kak maz!!! wahhhhhhh main boxing, main bowling, main tennis...mmg terbahak2 gelak dehhhhhh. kak maz jgn sesekali2 upload pic saya ok...kalau akak upload gak...I WILL SEE U IN COURT. hhehehe. tq to kak maz n abg dino sbb dah 2 minggu sudi terima saya tidur rumah akak dan abg dino...ohh siap breakfast in bed ok!!! ahhh hotel kat msia pon korang kena turun kafe tau nak makan sarapan.kelassssssss kak maz. love u kak maz, love u too abg dino. hhehehee

wahhhhhhh byk nya cerita lak. apa2pon, korang lak apa cerita? harap semua disana disini dan disinun happi2 jer...jadi gila2 mcm i! AJA AJA FIGHTING!!! AJA AJA ...ahhahahahaaa...

How to distinguish Chinese, Japanese and Korean?

Hari tu waktu term break kat sini, seluruh universiti jadi macam kosong jer. Yang tinggal boleh dikatakan purata orang asia jer. Jadi, berkeliaran lah semua hunkies and chicks japanese, korean, chinese and tak ketinggalan malaysian gak. Rasa dah tak macam kat oversea, sebab susah nak cari mat dan minah salleh. Sooo...my fren, Athar (he is from India) tanyalah..."do you know how to distinguish those Chinese, Japanese and Korean people?". ahhh amik hang...soalan viva PhD katanya. Even my area of research adalah sentuh sikit2 pasal nie, tapi boleh lak terlepas pandang benda ni. Dulu waktu kat MMU, ada gak tulis paper dgn my students pasal facial structure recognition nie. But tu just utk bezakan facial expression laki melayu dengan perempuan melayu.

So carilah sikit2 maklumat pasal benda nie. Apa beza orang jepun, orang china dengan orang korea.
Japanese people tend to have a longer / oval facial structure with wider / larger eyes and more pronounced noses. Japanese women often put on thick makeup giving them a pale white complexion. *** muka lonjong, mata bundar and hidung terletak katanyer...and makeup org jepun mmg sangat tebal



Chinese people tend to have rounder faces than both Korean and Japanese people. China is a huge multi-ethnic country unlike Korea and Japan (which are more ethnically homogeneous) making it much harder to differentiate or generalize. *** susah nak dibezakan sbb org china byk ethnic and mixed...but basically diaorg nie muka bulat!!!


Korean people tend to have flatter faces with higher / squarer cheek bones and smaller eyes with single eyelids (opposed to double). A high proportion of Korean women have had cosmetic surgery somewhat confusing things. *** muka leper, dgn cheek bones yg 4 segi.

itulah serba sedikit ilmu macam mana nak bezakan mereka...generally. but cina malaysia...ada satu forum tu cakap, senang nak beza sbb kulit cina malaysia gelap sikit compare dgn japanese, korean and chinese.

so agak2 koranglah kan...antara japanese, korean and chinese china tu...mana yg ramai cantik? i loikeee korean. hehehehe...sbb skrg dah jatuh hati kat Song Hye Gyo (alahhh heroin Full House tu) bias sangat kan.

....my Full House...

Dah few weeks, asyik lepas balik dari office, dok melangok depan laptop tengok Full House a korean drama. Cerita tahun 2004, tapi baru nak tgk. Very the out to date. But memang dah ketagih tahap kritikal dah nie. Suka sangat watak Ji-Eun, she is so sweet, cute, naive but yet still very positive. Biar lah apapon yg berlaku kat dalam hidup she still looking forward for an improvement, and still can smile to the world.

Dah 2 kali khatam dah tgk series nie, memang best. Banyak unsur2 positive.Ada unsur friendship, trust, say no to pessisme, dan yang paling penting Kekeluargaan. Ada satu part dalam series nie, yang bila mana Young-Jae baru balik dari betapa, Ji-Eun suruh dia jumpa bapa dia minta maaf. Actually scene tu was happened to me too. Tak taulah kenapa, tapi rasanya scene tu mmg sangat logik. Anak lelaki nie selalu jer tak sehaluan dengan bapa dia.Biasa anak lelaki ni rapat dengan mak dia, anak perempuan pula dengan bapa. Maybe sebab sama2 lelaki so masing2 ego kot. Dulu waktu kecik2 selalu gak lawan cakap abah. Selalu nak membantah apa abah cakap. Tapi tulah, dah besar nie baru realizes, sebenarnya apa yang abah cakap tu banyak betul nya.Scene tu made me realize, biarlah tinggi manapon bukit kita betapa, glamour mana sekalipon nama kita di persada, hensem mana sekalipon rupa kita di tonton orang, semua itu kita kecapi sebab abah kita. Kuatnya kita mendaki bukit tu sebab daging yg kita dapat dari abah kita, nama yang kita bawa di persada itu juga abah yang beri, rupa se hensem Young-Jae tupon adalah dari raut abah kita...jadi buanglah sifat ego tu sebagai anak.

Bagi yang dah berjaya dalam kerjaya...tak perlulah mendongak langit melupakan bapa kita. Bagi yang masih merangkak mencari hala...janganlah merungut dek bapa kita tidak menolong. Biarlah senang atau susah mana sekalipon kita, percayalah, abah kita pasti nak yang terbaik untuk kita.

Kita senang tunjuk yang kita sayang mak kita. Kita mudah tunjuk kita cinta girlfren kita. Kita tahu tunjuk yang kita kasihkan kawan2 kita. Tapi kenapa kita susah nak buat tu semua pada abah kita?

Mungkin kita tak pernah nampak abah kita menangis untuk kita...
Mungkin kita tak pernah tahu abah kita gembira atas kejayaan kita...
Mungkin kita tak pernah rasapon abah kita mengharapkan sesuatu dari kita...
Mungkin kita tak pernah tahupon abah kita risau tentang kita...

Abah kita tak akan titiskan air mata depan kita.
Abah kita tak akan senyum depan kita tanda bahagia melihat kita.
Abah kita tak akan cakap yang dia harapkan sesuatu dari kita.
Abah kita tak akan bagitau yang dia risau pasal kita.

Tapi percayalah...lelaki ada ego dia. Percayalah, setiap malam bila kita tidur, abah lah yang akan ke bilik kita pukul kan nyamuk yang menghisap darah kita. Abahlah yang kadang2 menitiskan air mata setiap kali selepas solat. Abahlah yang paling banyak mengadu dan berkongsi cerita dengan mak kita. Semua itu tentang kita. Semua itu kerana risaukan kita.

Bila ada peluang, jumpa abah dikampung,carilah abah. Cium lah tangan abah. Kucuplah dahi abah. Mohonlah ampun pada abah. Peluklah abah dan yang paling penting, tunjukkanlah sayang kita pada abah.

Biarlah kita hilang kerja, hilang kawan baik, hilang duit gaji, hilang masa sekalipon...tapi janganlah sampai kita hilang abah kita.

Sebab kita tak akan dapat peluang untuk memiliki abah yang ke-dua.

Design by Blogger Templates