December 12, 2008

28th November 2008







Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh waridwanuh...





Seperti yang dijanjikan pada adik-adik dan kawan-kawan, sementelah menjejakkan kaki ke bumi ini, maka inilah dia kelahiran pertama buah fikiran yang bakal di wartakan untuk tatapan setiap yang sudi membaca.

28th November 2008-6pm-melaka
kami bergerak dari kampung, membawa 3 beg berisi pakaian dan barang-barang keperluan. tidak ketinggalan rempah-rempah dari malaysia. pesan mak "biarlah baju sikit, rempah2 tu bawa banyak2. sana mana ada semua ni". kami sekeluarga, nenek, min dalam satu kereta-uda, uteh dan ain dalam satu kereta yang lain....dan ema menunggu di klia.

28th November 2008-9pm-klia
kami sekeluarga tiba di klia. first thing first, keluarkan barang-barang dan mencari wheel chair untuk nenek. kesian nenek nanti nak berjalan jauh untuk cucu kesayangan dia. :). sampai sahaja, kami mencari check in kaunter. Masya Allah....panjang sungguh orang yang nak menaik Emirates Air. Tapi kebanyakan mereka ingin ke Dubai, bukan nya ke Birmingham. Setiba di kaunter, beg terlebih muatan...terpaksalah tinggalkan satu beg dan tinggalkan beberapa helai pakaian. Alhamdulillah semua selamat.

28th November 2008-12pm-klia
turun ke kaunter untuk boarding. sewaktu bersalaman, dah tak mampu menahan air mata, especially bila bersalam dgn emak, abah dan adik-adik, nenek, mak uteh, pakuda, cik niza, cik a, sepupu2, abg rustam, abg zi, kadir dan yang lain2. sedih sangat...hendak meninggalkan mereka. di kaunter melambai kan tangan.....dan terus...hilang dari pandangan mereka...dah terlambat sebenarnya. penumpang2 lain semua sudah di dalam kapal...maka berlari2 kecil lah hingga ke dalam kapal.

29th November 2008-11.30am-birmingham
alhamdulillah selamat sampai, semasa transit di dubai, sempat ber webcam dan ber voice chat dgn famili...sedih juga bila angah beritahu yang abah tidur dlm bilik ku...abah tak pernah tidur bilik orang lain...tapi seronok sebab dapat ber webcam, at least dpt tengok semua ahli keluarga...thanks to abg shime yang setup and format my laptop...di birmingham, farah menunggu di luar...mokhzan dan abg syah menunaikan solat...alhamdulillah...sampai2 sahaja mereka dah masakkan nasi lemak untuk santapan, kemudian bawa pergi shopping barang2 keperluan...dan bermulalah kini hidup baru di 20, Rupert Brooke Road, Loughborough, Leicestershire, LE11 4NJ, UK...untuk 3 tahun...insyaAllah....terima kasih farah, mokhzan, abg syah, asri, abg harris, kak yong, kak eton, kak malia...dan semua disini....

setiap hari....setiap pagi....I love you mom, abah, angah, uda, uteh, adik, nenek dan mak uteh...

9 comments:

  1. selalu selalulah update blog ni ek

    ReplyDelete
  2. thanks ain...thanks razik...love u guys

    ReplyDelete
  3. I didnt understand anything here :P but i wish a pleasant life in uk and hope to see you again :)

    your student
    saeid torkaman :D

    ReplyDelete
  4. hye sir..

    umie ni x-student u masa diploma ;)
    not sure u still remember me or not.
    1st time drop by here
    sambung master ek?
    blaja rerajin k.. ^_^

    ReplyDelete
  5. hye umie..ingat rasanyer...

    nope, not masters...am just pursuing my dream...:)

    ReplyDelete
  6. Good luck all the best..
    slalu2 update blog coz i will be 'pembaca setia' hehe..

    ReplyDelete
  7. ~hai sir..good luck..always make u as idol~
    -xStuDent CaDP-

    ReplyDelete
  8. wowww... i donno i've got few fans here...even this is just new to me...thanks for all the supports...

    ReplyDelete