April 2, 2009

Sergahan ibu jadi kenyataan

KUALA LUMPUR: Sergahan seorang ibu yang cuba menakutkan anak perempuannya dengan mengatakan akan dipatuk ular jika keluar dari rumah menjadi kenyataan apabila kanak-kanak berusia tiga tahun itu nyaris diserang seekor ular sawa di rumahnya, di Kuarters Telekom, di Jalan Semarak di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, kanak-kanak terbabit terus menjerit sebelum menangis apabila melihat seekor ular sawa sepanjang 2.5 meter, seberat kira-kira 35 kilogram sedang melingkar kekenyangan di hadapan pintu dapur rumahnya.

Difahamkan kanak-kanak itu menjerit kerana terkejut selain ketakutan kerana ular sawa terbabit dikatakan cuba menyerangnya.

Jeritan kanak-kanak itu menyebabkan ibunya, Rokiah, 40-an, terkejut sebelum berlari mendapatkan anaknya itu.
----------------------------------------------------------------------------------


Percayalah, kata-kata ibu itu adalah doa. Janganlah sesekali melawan. Kalau ada terasa niat tidak puas hati, berlembut lah dengan ibu bila kita meluahkan rasa tidak puas hati. Jangan lukakan hati ibu, kerana kita perlu ingat...SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU.

Mak, along rindukan mak...Along sayangkan mak...Kalau lah mak baca blog nie, along nak sangat mak tahu, along adalah along hari ini sebab mak dan abah. Ampunkan dosa along, dunia dan akhirat. Doakan along dan halalkan makan minum along...

Along sayang Mak. Along sayang Abah...

5 comments:

  1. sedey lak ai..
    ibu adelah segale2 nye kan along...
    hurmm...

    ReplyDelete
  2. your mom ngan abah sayang awk..itu dah pasti.Ingat Allah..sure awk takkan hampakan mereka di dunia dan akhirat. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  3. ye uteh ampon kan dose along..
    hehehe..
    awat hang seday2 jew nieh..
    hurmm

    ReplyDelete
  4. uteh poyor...suka hati org lah nak sedih2pon...skrg nie tgh menular sindrom S.A.D kat sini...

    ReplyDelete