August 29, 2009

Kelebihan itu ujian, Kekurangan itu cubaan...

“Aduhai, Yusuf,
betapa indahnya rambutmu!”
Yusuf menjawab, “Inilah sesuatu yang pertama kali akan
berhamburan dari tubuhku setelah aku mati”.
“Aduhai, Yusuf, betapa indahnya matamu!” Bujuk isteri al-Aziz
lagi.
“Keduanya ini adalah benda yang pertama kali akan lepas dari
kepalaku dan akan mengalir di muka bumi!”
Isteri al-Aziz berkata lagi, “Betapa tampannya wajahmu, hai, Yusuf”.
“Tanah kelak akan melumatnya,” Jawab Yusuf.
Kemudian Zulaiha berkata kepadanya, “Telah terbuka tubuhku
kerana ketampanan wajahmu”.
“Syaitan menolongmu untuk berbuat hal itu!” Kata Yusuf.
“Yusuf! Bagaimanapun aku harus mendapatkan apa yang selama ini
kudambakan, dan kini aku datang kerananya”. Kata Zulaiha.
Yusuf menjawab: “Ke manakah aku akan lari dari murka Allah jika
aku menderhakaiNya?”
Sedarlah isteri al-Aziz bahawa Yusuf benar-benar tidak mahu
memenuhi apa yang ia inginkan.

1 comment:

  1. fizan, dapat lens satu pair je, huk2..kampungku yang ceruk kat tg malim tu kehabisan stok...dah carik semua kedai dah...boleh naaa, nanti hubby cek bawak mai sini

    ReplyDelete