September 9, 2009

K.U.R.M.A

selalunya kalau di akhir bulan ramadhan nie, memang banyak jer benda yang hendak difikirkan. yerlahhhh dah nak dekat dgn syawal, so mcm2 benda nak di lakukan. kalau kat malaysia, sekarang ni, sure i dah sibuk bawa mak pegi shopping barang2 nak buat kuih, baju2 raya adik2, barang2 makanan untuk juadah berbuka dan hidangan raya, beli daun ketupat dan mcm2 lah lagi...but bila dah berjauhan nie...benda yang related to ramadhan n syawal yang boleh di beli di sini, is just KURMA...nak beli kad raya, mana ada jual kat sini...nak beli baju raya...hummmm mcm pelik lak nak pakai baju melayu kalau takder sambutan raya, nak beli daun ketupat...tang mana nak cari pokok kelapa...and sapa lah pula yg reti menganyam ketupat. but semua tu sebenarnya adalah satu yang i anggap alah bisa tegal biasa.

sooooo...terbaca satu email dari kawan di sini, pasal buah kurma nie. agak menarik kandungan email nya:-
"asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok tamar betina tumbuh pada zam an Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan
oleh Siti Maryam. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiat kepada manusia. Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya dmelintuk ke bawah. Pada bulan februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan tamar betina .
Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk, disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya. Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin.
Bau dedebu jantan tamar..."Gosok pada tangan dan cium," katanya. "Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam.

" Ya, memang bau air mani , bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah s.w.t. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s. "

Anyway, untuk seluruh sanak saudara di malaysia, kawan2 dan sahabat handai...selamat menjalani ibadah puasa 10 yang terakhir...dan selamat menyambut aidilfitri. sure skrg lagu2 raya dah berkumandang di corong2 radio masing2...(teringat waktu driving balik malam2 ke rumah, sambil dgr lagu raya...sayu sgt. bila kat sini, i pantang dengar lagu raya...so am tryin so hard to not to listen to one)

maaf zahir dan batin.

1 comment: