September 22, 2009

semua tentang raya






alhamdulillah, kini dah masuk raya ketiga dah...semua telah kembali ke fitrah. rindu sangat2 berpuasa di bulan ramadhan kat sini. kalau kat malaysia, syawal tu mcm lagi best...kat sini syawal mcm so-so jer. ramadhan lagi meriah. mcm yg korang semua tgk kat my blog entry or facebook...makanan waktu bulan posa tu, setiap malam berbuka dan setiap pagi bersahur...makanan sangatlah mewah, then dapat jemaah terawih lagi...sama2 bertadarus, seronok...tapi kat malaysia mood utk terawih dan tadarus tu sangat2lah kurang...mood raya tu lebihnya melampau2. :)

anyway, kami di UK, beraya sama dengan malaysia juga. hari ahad, 20092009...cantikkkan tarikh tu.

so macam biasa, a day before raya, hari sabtu tu, saya, abgharris, ed, maya, cipul berkumpul di rumah kak fara and abg mosan. kami ramai2 rewang masak utk juadah raya. menu: kuah lodeh, nasi himpit, rendang ayam minangkabau, kuah kacang, daging dendeng, cheesecake, sambal ikan bilis, sambal udang kering dan sambal udang bersantan. bestttttt. abis masak utk juadah raya, kami masak juadah berbuka malam tu, simple but nice...lemak masak kubis. hehhehe. dah lama tak makan lemak masak kubis, favourite tu.

then malam raya, kami berkumpul sama2, mendengar takbir dan bertakbir. malam raya tu patutnya saya nak tumpang tidur rumah kak fara n abg mosan...but tukar fikiran, sbb nak masak sambal udang kat rumah.lagipon senang nak berwebcam dan call malaysia. baju raya hari jumaat dah siap gosok. then bila pagi ahad tu mcm biasa, siap2 berbaju melayu, then kami ramai2 bersolat aidilfitri di victory hall. lps solat kami beramai2 bergambar then pegi menziarah rumah kerumah...ada 4 open houses perghhhhhhh mmg penuhlah perut. rasa mcm kat msia...bila nak gerak dari satu rumah ke satu rumah tu. seronoklah juga.

abis beropen house..kami berkumpul di rumah kak fara n abg mosan semula...then kami snappy2.amik shoot pics raya. besttttttt. mcm2 kerenah. hehehhee

kira best jugalah raya kat sini, but bila masuk raya kedua dah hari isnin, so mood raya tu hold kejap...n perhaps dah start fading away. sbb semua dah masuk opis semula, plus school pon tak cuti. kalau kat msia sure masih lagi mood raya, yerlah, org msia nyer raya sebulan...huhuhu.

3 comments:

  1. slamat hari raya hencek!!!

    nape makin ensem skang?hahaha

    ReplyDelete
  2. riang ria je selalu ko afizan.
    phd work macam mana?... >;)

    ReplyDelete
  3. aizul...tq. biasa jer. selamat ari raya to u.

    anonymous...lahh hari raya takkan nak bersedih kot. ko gila ke apa? Islam pon suruh bergembira di hari raya.
    phd ok jer...macam tu jerlah, karang buka citer pasal phd kang ada yang termuntah lak

    ReplyDelete