October 26, 2009

....my Full House...

Dah few weeks, asyik lepas balik dari office, dok melangok depan laptop tengok Full House a korean drama. Cerita tahun 2004, tapi baru nak tgk. Very the out to date. But memang dah ketagih tahap kritikal dah nie. Suka sangat watak Ji-Eun, she is so sweet, cute, naive but yet still very positive. Biar lah apapon yg berlaku kat dalam hidup she still looking forward for an improvement, and still can smile to the world.

Dah 2 kali khatam dah tgk series nie, memang best. Banyak unsur2 positive.Ada unsur friendship, trust, say no to pessisme, dan yang paling penting Kekeluargaan. Ada satu part dalam series nie, yang bila mana Young-Jae baru balik dari betapa, Ji-Eun suruh dia jumpa bapa dia minta maaf. Actually scene tu was happened to me too. Tak taulah kenapa, tapi rasanya scene tu mmg sangat logik. Anak lelaki nie selalu jer tak sehaluan dengan bapa dia.Biasa anak lelaki ni rapat dengan mak dia, anak perempuan pula dengan bapa. Maybe sebab sama2 lelaki so masing2 ego kot. Dulu waktu kecik2 selalu gak lawan cakap abah. Selalu nak membantah apa abah cakap. Tapi tulah, dah besar nie baru realizes, sebenarnya apa yang abah cakap tu banyak betul nya.Scene tu made me realize, biarlah tinggi manapon bukit kita betapa, glamour mana sekalipon nama kita di persada, hensem mana sekalipon rupa kita di tonton orang, semua itu kita kecapi sebab abah kita. Kuatnya kita mendaki bukit tu sebab daging yg kita dapat dari abah kita, nama yang kita bawa di persada itu juga abah yang beri, rupa se hensem Young-Jae tupon adalah dari raut abah kita...jadi buanglah sifat ego tu sebagai anak.

Bagi yang dah berjaya dalam kerjaya...tak perlulah mendongak langit melupakan bapa kita. Bagi yang masih merangkak mencari hala...janganlah merungut dek bapa kita tidak menolong. Biarlah senang atau susah mana sekalipon kita, percayalah, abah kita pasti nak yang terbaik untuk kita.

Kita senang tunjuk yang kita sayang mak kita. Kita mudah tunjuk kita cinta girlfren kita. Kita tahu tunjuk yang kita kasihkan kawan2 kita. Tapi kenapa kita susah nak buat tu semua pada abah kita?

Mungkin kita tak pernah nampak abah kita menangis untuk kita...
Mungkin kita tak pernah tahu abah kita gembira atas kejayaan kita...
Mungkin kita tak pernah rasapon abah kita mengharapkan sesuatu dari kita...
Mungkin kita tak pernah tahupon abah kita risau tentang kita...

Abah kita tak akan titiskan air mata depan kita.
Abah kita tak akan senyum depan kita tanda bahagia melihat kita.
Abah kita tak akan cakap yang dia harapkan sesuatu dari kita.
Abah kita tak akan bagitau yang dia risau pasal kita.

Tapi percayalah...lelaki ada ego dia. Percayalah, setiap malam bila kita tidur, abah lah yang akan ke bilik kita pukul kan nyamuk yang menghisap darah kita. Abahlah yang kadang2 menitiskan air mata setiap kali selepas solat. Abahlah yang paling banyak mengadu dan berkongsi cerita dengan mak kita. Semua itu tentang kita. Semua itu kerana risaukan kita.

Bila ada peluang, jumpa abah dikampung,carilah abah. Cium lah tangan abah. Kucuplah dahi abah. Mohonlah ampun pada abah. Peluklah abah dan yang paling penting, tunjukkanlah sayang kita pada abah.

Biarlah kita hilang kerja, hilang kawan baik, hilang duit gaji, hilang masa sekalipon...tapi janganlah sampai kita hilang abah kita.

Sebab kita tak akan dapat peluang untuk memiliki abah yang ke-dua.

No comments:

Post a Comment