October 7, 2009

Placenta...

Atau dalam bahasa Melayunya, uri...
nak dijadikan cerita, semalam berborak lah dengan kak fara and abg mozan. Kak fara dah nak due to deliver, just another few more days and then terkeluarlah cerita pasal P.L.A.C.E.N.T.A nie. ala2 CENTA gitu.
Ok lets briefly talk about apa tu placenta? placenta adalah organ yang cuma ada dalam makhluk bernama mamalia sahaja. fungsi placenta nie adalah untuk menghubungkan fetus yang sedang membesar dengan dinding uterine. placenta ni lah jadi tempat fetus tu untuk dapatkan supply oxygen, food and also to dispose waste. Yang basic knowledge ni rasanya semua tahu.

Now move on to the second question. Question yang kitaorg hotly discussed. What we should do after baby is born? what to do with the placenta? In our custom, kita akan tanam uri tu dekat hadapan rumah, rite? But believe it or not, orang kita menanam uri sebab kepercayaan yang bukan2. Kalau tanam jauh-jauh dikhuatiri akan mendapat jodoh daripada orang jauh juga. Terdapat kepercayaan bahawa uri kepada anak perempuan baru lahir perlu di tanam bersama senduk dan sudu menyebabkan anak perempuan itu nanti pandai memasak yang laki pula di tanam dengan paku-paku supaya nanti pandai bertukang. tapi tujuan sebenarnya, kita perlu menanam uri adalah kerana, kita tidak mahu uri bayi kita itu nanti di makan binatang...sebab tu selepas bayi lahir, uri itu perlu di bersihkan, dan di balut agar tiada binatang yang memakannya.

now another question. apa pula bangsa lain buat dengan uri bayi mereka? pernah dengar tak term PLACENTOPHAGIA? ahhh...for other customs, uri ni digunakan instead of di kuburkan.
placentophagia= eating placenta...gross rite? pernah tak korang terasa macam nak makan placenta lasagna, placenta kebab or placenta noodles?


huhuu. but believe it or not, placenta baby nie sebenarnya sangat banyak nutritions. some said it can reduce a pre-natal depression, some said it is good for after birth mother, and some said it is good for cosmetic. itu manusia...binatang pula, mereka makan placenta kerana mereka menyembunyikan scent of their newly born baby from the predators. ohhh btw, ramai gak artis hollywood yang makan placenta baby mereka...ron stewart and tom cruise juga dah pernah keluar statement utk makan placenta his second baby.

ada gak yang gunakan placenta as an art. Generally mothers talk about placenta prints. After the birth you take a piece of paper and lay the placenta on it. If it is fresh you can let the blood and amniotic fluid leave the print or others choose to use paints to add color. Now what? Well, hang your framed art or store it for safekeeping. hummmmmm sangat tidak ada kerja rite?

dan yang paling ramai buat, adalah menanam uri tersebut...di hawaii, they believe, bila uri ditanam di satu kawasan, pokok akan tumbuh dengan subur. mungkin lah juga rite...sbb uri tu banyak nutrition...memanglah pokok akan tumbuh subur.
menarik juga belajar bab2 ni...

* by the way...hari nie genap 30 tahun Barcode digunakan di UK...that's why bila kita buka google, keluar gambar barcode kat homepage dia. hummmmm too many to know nowadays.

3 comments:

  1. info yang berguna seh!!.. thanks!

    ReplyDelete
  2. tp kan i suggest kat akak U supaya simpan darah stem yg ade dlm uri tu..coz bergune tuk masa hdpn... if kakak or anak die sakit kne barah ke or y laen2 darah stem ni amat bergune pada mase tu...

    ReplyDelete
  3. info yang sngat besh..tapi x besh la sebhagian dengan diri kite dibuat mkanan lak kan..

    ReplyDelete