October 18, 2009

Size Zero...

Semalam, waktu lepak2 kat rumah kak maz and abg dino, waktu nak balik tu, tertinggallah blazer...then terkeluarlah term SIZE ZERO tu. Ahh size zero tu maksudnya size badan kebanyakan model2 perempuan antarabangsa skrg.Victoria Becham is one of them...mereka are so extremely kurus. their BMI biasanya bawah 16!!! huhuhu...tak sihat langsung. Size zero ni actually started from US. US=0, UK=4, Europe=32, and men=21...begitulah lebih kurang perumpamaanya.

But bukan lah nak cerita pasal size zero tu kat sini. Dont even bother to get size tu, tapi lebih kepada nak cerita cara pemakanan yang sihat. Terbaca kat satu buku dari Indonesia pasal FOOD COMBINING. Agak menarik lah juga, suggestions tentang pemakanan dalam buku ini. Since the author dari Indonesia, so maybe contoh, huraian, jenis makanan, masa dan yang lain2 tu, adalah lebih kurang sama dengan kita masyarakat Malaysia.
Few important points to share. Makanan mempunyai perbezaan masa pencernaan. So bila kita makan satu benda, kita at least kena tahu, berapa lama it will take for the food to be digested properly. Pernah dengar tak perkataan LAHAP or GELOJOH. Sebab tu orang dulu2 selalu nasihatkan makan biar beradab, makan satu2, jangan kalau ada 7 lauk, tujuh2 lauk tu masuk pinggan masuk mulut serentak. Or even pernah dengar tak diet Rasulullah? Rasulullah ajar kita makan, jangan makan daging dan ikan (or makanan laut serentak). Mungkin inilah reasonnya, sebab setiap makanan tu beza masa pencernaan mereka.
***Buah-buahan memerlukan 15-20 minit untuk dicernakan. kecuali pisang needs 45 mins.
***Roti, nasi, mee dan makanan karbohidrat memerlukan waktu 2 jam untuk dicernakan.
***Manakala protein seperti ayam, daging, ikan dan telur memerlukan 3 hingga 4 jam untuk dicerna.
***kalau kita mencampurkan karbo dan protein it will take around 6 hours utk dicernakan.
***dan yang paling penting, nie kita selalu buat, makan buah selepas makan benda2 berat(sayalah tu). buah sepatutnya di makan sebelum makan benda2 berat, sebab (1) takut bloated sebab buah banyak kandungan air dan gula, it is good supposely makan buah sblm makan makanan berat, sbb at least kita takkan amik portion yg besar utk main course tu. (2) buah perlu makan sblm main course sbb main course meals tu take long time to be digested, tetapi buah dlm 15-45 mins dah selesai pencernaan, tetapi hasil pencernaan tak dapat turun ke usus untuk process pencernaan seterusnya kerana terhalang dengan makanan banyak dari main course tadi. akibatnya jadilah prosess fermentasi: makanan jadi beralkohol dan membusukkan makanan yang belum dicernakan tadi.

point kedua. tentang waktu pemakanan...kita selalu dengar orang kata, breakfast biar berat2. I still remember kata2 Dr. Goh, lecturer di MMU dulu, breakfast like a king, lunch like a commoner, and dinner like a poor.But dalam buku nie, penulisnya bagitau,
dari pukul 4am-10am, perut masih melakukan proses pembuangan sisa metabolisme dan sisa makanan dari usus besar (sbb tu kita selalu membuang2 di waktu pagi...betul tak?)waktu nie, buah adalah makanan paling bagus utk dimakan, sebab mudah hadam.
dari pukul 10am-8pm, perut sedang melakukan proses pencernaan. pada waktu nie kelenjar pencernaan amatlah aktif, sbb tu waktu ni lunch sesuai kalau kita amik berat2 seperti ikan, ayam, sedikit daging dan sedikit karbohidrat.
dari pukul 8pm-4am, badan kita sibuk dengan process penyerapan zat2 gizi dari siang tadi.makan protein yang berlebihan pada waktu nie penulis nie kata boleh menyebabkan kanser hati...huhhuhu (susahnyerrrr).

so itulah dianyer...(1) makan makanan satu persatu, (2) makan buah sebelum makanan berat, (3) sarapan sebelum pukul 10am dengan buah sahaja, (4) makan selepas pukul 10am dengan makanan berat dan sihat, (5) kurangkan makanan berprotein di waktu malam.

badan sihat, otak cergas...yer tak? kurus tu...kira advantage lah.

No comments:

Post a Comment