September 30, 2009

Pernah tak?

Pernah tak korang rasa macam nie?

Dulu waktu benda tu ada depan kita, kita buat tak tahu jer. Nak pandangpon tak mahu. Tapi bila benda tu dah tak ada sibuklah kita mencari kat mana dia.

Dulu waktu mak dengan abah kita dekat dengan kita, kita kadang2 tak dengar cakap mereka.Kadang tak da pon rasa rindu. Tapi bila mereka dah jauh barulah kita asyik nak telepon dan kalau boleh nak balik jumpa setiap hari.

Dulu waktu kita ada kawan ramai, kadang2 kita lupa siapa yang selalu jaga hati kita, jaga diri kita, belanja kita makan, selalu temankan kita. Tapi bila sorang2 kawan dah hilang, barulah kita terasa sunyi.

Dulu waktu ada orang sayang kat kita, kita selalu buat dia sakit hati. Buat tak endah jer. Dia peluk kita, kita tolak balik, dia teman kan kita, kita rasa rimas. Tapi bila orang yang sayang kita tu dah pergi, barulah kita terasa nak ada orang peluk kita, nak ada teman waktu kita tengok TV ke, baca newspaper ke atau pon bersukan.

Dulu waktu kita pakai kereta baru, kita buang atau simpan je basikal yang kita guna selalu ke sekolah dalam store. Tapi bila kereta baru kita dah rosak, barulah kita sibuk nak bersihkan habuk2 dekat basikal tu.

Sebab tulah ada hadis Nabi ada menyebut...rebut 5 perkara sebelum datang 5 perkara.
tua sebelum muda,sihat sebelum sakit,lapang sebelum sempit,kaya sebelum miskin,hidup sebelum mati.

Maka, kalau ada lah kita diberi nikmat sesuatu...hargai lah ia sepenuhnya kerana bila nikmat tu hilang, belum tentu ia akan datang kembali pada kita.

Kalau kita ada rasa sayang pada seseorang...sebutlah yang kita sayang dia. Janganlah rasa jelek, jemu, mual untuk luahkan rasa apa yang kita rasa. Kita tak rugi dia pon tak untung. Sebelum kita tutup mata, sebelum dia di usung ke keranda, sekurang2nya dia tahu apa kita rasa dan kita dah luah apa yang kita pendam.

Jangan nanti, mengigit jari, menyesal tak sudah, menangis tak henti.

September 22, 2009

semua tentang raya






alhamdulillah, kini dah masuk raya ketiga dah...semua telah kembali ke fitrah. rindu sangat2 berpuasa di bulan ramadhan kat sini. kalau kat malaysia, syawal tu mcm lagi best...kat sini syawal mcm so-so jer. ramadhan lagi meriah. mcm yg korang semua tgk kat my blog entry or facebook...makanan waktu bulan posa tu, setiap malam berbuka dan setiap pagi bersahur...makanan sangatlah mewah, then dapat jemaah terawih lagi...sama2 bertadarus, seronok...tapi kat malaysia mood utk terawih dan tadarus tu sangat2lah kurang...mood raya tu lebihnya melampau2. :)

anyway, kami di UK, beraya sama dengan malaysia juga. hari ahad, 20092009...cantikkkan tarikh tu.

so macam biasa, a day before raya, hari sabtu tu, saya, abgharris, ed, maya, cipul berkumpul di rumah kak fara and abg mosan. kami ramai2 rewang masak utk juadah raya. menu: kuah lodeh, nasi himpit, rendang ayam minangkabau, kuah kacang, daging dendeng, cheesecake, sambal ikan bilis, sambal udang kering dan sambal udang bersantan. bestttttt. abis masak utk juadah raya, kami masak juadah berbuka malam tu, simple but nice...lemak masak kubis. hehhehe. dah lama tak makan lemak masak kubis, favourite tu.

then malam raya, kami berkumpul sama2, mendengar takbir dan bertakbir. malam raya tu patutnya saya nak tumpang tidur rumah kak fara n abg mosan...but tukar fikiran, sbb nak masak sambal udang kat rumah.lagipon senang nak berwebcam dan call malaysia. baju raya hari jumaat dah siap gosok. then bila pagi ahad tu mcm biasa, siap2 berbaju melayu, then kami ramai2 bersolat aidilfitri di victory hall. lps solat kami beramai2 bergambar then pegi menziarah rumah kerumah...ada 4 open houses perghhhhhhh mmg penuhlah perut. rasa mcm kat msia...bila nak gerak dari satu rumah ke satu rumah tu. seronoklah juga.

abis beropen house..kami berkumpul di rumah kak fara n abg mosan semula...then kami snappy2.amik shoot pics raya. besttttttt. mcm2 kerenah. hehehhee

kira best jugalah raya kat sini, but bila masuk raya kedua dah hari isnin, so mood raya tu hold kejap...n perhaps dah start fading away. sbb semua dah masuk opis semula, plus school pon tak cuti. kalau kat msia sure masih lagi mood raya, yerlah, org msia nyer raya sebulan...huhuhu.

September 12, 2009

shopping raya...


















dulu kalau kat malaysia, time nie dah sibuk pegi jalan tar, pegi masjid india lah...naik midvalley lah, bukit bintang lah...mencari persiapan raya...
so takmo ketinggalan dan buang mood raya tu...kami dgn 3 kereta, bersama dengan tetamu dari malaysia, maya's hubbie...sama2 pegi shopping ke lesta tadi. tq to kak fara and abg mosan sbb sudi melayan kerenah i bershopping...kesian kat kak maz dgn abg dino and the rest yg terpaksa menunggu i bershopping. huhuhu...inilah i kalau dah naik hantu bershoppiing.
so untuk tatapan mak, abah dan adik2 di msia...

September 11, 2009

Kaf Ba Ra Ka Tan...

Ingat tak cerita Dunia Baru The Movie, yang khatijah tan berlakon jadi mak piere andre dlm movie tu...she always phrased this word...yg actually maksud dia...keberkatan. Berkat.
Dulu, sedar atau tak, waktu kecik2, saya nie selalu lah melawan ckp mak dgn abah.kalau nak something mesti beria2 paksa abah belikan...tak dpt kat abah, minta kat mak, kalau tak dpt gak...pastu merajuk sampai tarik2 muka nie. good side is...sy still stubborn, still deterministic, if i've decided want to have something sy akan dapatkan walaup mcm mana sekalipon...but the bad side is, dulu kadang2 kesian sbb selalu susahkan abah dgn mak...but itu dulu lah. skrg dah takder lagi or should i say, kuranglah sikit.
bila cakap pasal keberkatan ni, saya tertarik dengan mcm2 cerita pd zaman sahabat, pasal keberkatan menjaga mak dan ayah kita sebaik2nya. ingat tak kisah seorang sahabat yg membela 2 ekor khinzir. bunyi pelik kan...tapi 2 khinzir tu adalah mak dan ayah sahabat itu...dan sahabat itu telah dijanjikan syurga oleh Allah.
-----***---***---***---***---***---***---***---***---***---***---***---***---***-----
"Ramai ulama sufi telah memperkatakan tentang cara bagaimana seseorang itu dapat mencapai ke peringkat 'keberkatan' dalam kehidupannya (umurnya). Mereka berkata bahawa hal ini terbahagi kepada tiga iaitu taat kepada kedua-dua ibu bapa, mengeratkan silaturahim dan taat kepada Allah swt.
Mentaati kedua-dua ibu bapa itu adalah dari unsur-unsur keberkatan pada umur dan penambahan rezeki. Ini telah dijelaskan dalam al-Quran yang maksudnya: Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa. -- Surah Al-Israa:23
Rasulullah saw telah menegaskan bahawa kemenangan dalam kehidupan seseorang itu terletak pada apa yang telah dilakukannya semata-mata untuk meredai kedua-dua ibu bapanya."
-----***---***---***---***---***---***---***---***---***---***---***---***---***-----
nak dipendekkan cerita, actually saya dah banyak kali berbincang dgn kawan2 pasal issue sy dah umur 20++ but still keputusan mak dan abah yang buat. bagi mereka yg faham, of course mereka tak memaksa...tapi bagi mereka yg agak mungkin "judgemental" memang kadang2 tegang urat jugalah. but my point here and there is...apa2pon yg saya buat kat atas muka bumi nie, semuanya definitely because sy nak balas jasa baik mak dan abah...n nak kan keberkatan doa mereka.
banyak sgt incident berlaku dan benar2 beri sy pengajaran:-
1) dulu pernah lawan ckp abah, nak drive kerete pegi kl nak sambut raya pegi open house rumah kawan kat KL...tuptup..kereta breakdown kat highway, sbb temperature high. kereta rosak, tak dpt pegi open house...siap kena bayar repair kereta lg. (inilah balasan tak dgr cakap abah)
2) dulu waktu nak sambung amik degree...abah minta saya sambung kat MMU, amik IT. even abah tahu sy tak suka sgt IT...tak tau guna computer pon, but Telekom bagi schollarship. kami pulak bukanlah dr famili yg senang...so nak tolong abah, sy paksa juga amik IT...dan alhamdulillah...skrg sy gembira dgn apa yg sy capai...walaupon saya masih lagi tak terror langsung pasal computer...hehehehe. but at least berkat tu, buat saya berada dimana sy sekarang.
3) last 2 days mengadu kat mak...allowance tak masuk2...tak dpt nak bagi mak duit raya, but lps called mak lagi smlm, mak doakan duit masuk...tup tup...pagi tadi check account...duit dah masuk. Ya Allah....happi sangat.

so itu baru sikit...byk lagi incidents yg happened...bila sy lawan ckp mak dan abah...kejap je Allah bagi balasan....dan kalau saya ikut ckp mak dan abah...insyAllah, keberkatan tu ada. so to all my readers...kalau lah kita masih ada mak dan abah lagi...jagalah hati mak dan abah kita elok2. jgnlah guriskan hati mereka. jgnlah buat air mata mereka mengalir kerana kita...saya pernah guriskan hati mak dan abah...abah 2 hari menangis kerana saya, mak kecewa kerana saya...but after that, i've realized...antara kepentingan diri dan kepentingan keluarga...sy perlu utamakan keluarga.utk mak dan abah...along minta maaf kalau along lukakan hati mak dan abah. demi Allah, hidup along dimuka bumi ini,hanyalah dengan keberkatan doa mak dan abah.




untuk mak dan abah...along always loves u both. and along will always take care of you both.biarlah kalau ditakdirkan along hidup seorang sekali pon...mak dengan abah, tetap along jaga walau dimana2.
to my angah, uda, uteh, adik dan ema...jagalah mak dan abah elok2. kalau ditakdirkan along pergi dulu, at least along tahu, korang ada utk menjaga mak dan abah. terima kasih sebab korangpon byk sokong along. along will always love u guys too.

September 9, 2009

K.U.R.M.A

selalunya kalau di akhir bulan ramadhan nie, memang banyak jer benda yang hendak difikirkan. yerlahhhh dah nak dekat dgn syawal, so mcm2 benda nak di lakukan. kalau kat malaysia, sekarang ni, sure i dah sibuk bawa mak pegi shopping barang2 nak buat kuih, baju2 raya adik2, barang2 makanan untuk juadah berbuka dan hidangan raya, beli daun ketupat dan mcm2 lah lagi...but bila dah berjauhan nie...benda yang related to ramadhan n syawal yang boleh di beli di sini, is just KURMA...nak beli kad raya, mana ada jual kat sini...nak beli baju raya...hummmm mcm pelik lak nak pakai baju melayu kalau takder sambutan raya, nak beli daun ketupat...tang mana nak cari pokok kelapa...and sapa lah pula yg reti menganyam ketupat. but semua tu sebenarnya adalah satu yang i anggap alah bisa tegal biasa.

sooooo...terbaca satu email dari kawan di sini, pasal buah kurma nie. agak menarik kandungan email nya:-
"asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok tamar betina tumbuh pada zam an Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan
oleh Siti Maryam. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiat kepada manusia. Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya dmelintuk ke bawah. Pada bulan februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan tamar betina .
Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk, disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya. Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin.
Bau dedebu jantan tamar..."Gosok pada tangan dan cium," katanya. "Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam.

" Ya, memang bau air mani , bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah s.w.t. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s. "

Anyway, untuk seluruh sanak saudara di malaysia, kawan2 dan sahabat handai...selamat menjalani ibadah puasa 10 yang terakhir...dan selamat menyambut aidilfitri. sure skrg lagu2 raya dah berkumandang di corong2 radio masing2...(teringat waktu driving balik malam2 ke rumah, sambil dgr lagu raya...sayu sgt. bila kat sini, i pantang dengar lagu raya...so am tryin so hard to not to listen to one)

maaf zahir dan batin.