December 7, 2010

ohhh pisangku...

ahhh tengok tu, ada yg meleret jer sengeh kan? kat otak tu fikir yg bukan2 jer kan? dah terbayang imej yg bkn2 lah tu. iskk notti2. nak sgt tgk ker? nahhh amik nie...gambar pisang i.

tiba2 lak terasa nak citer pasal pisang nie, since these few days, ada lah labmates yg sibuk comparekan diaorg makan pisang size adult dgn pisang size kiddy. hummm sound censored kan? but it is true. pisang nie tak kira lah apa size nyer pon, byk khasiat actually. frankly, pisang isnt on my top list of my favourite fruits. entahlah, kelembikan dan kemanisan yg kurang pd pisang tu not really up to my appetite. anyway, terbaca lah sikit pasal khasiat pisang nie kat dlm cool fact application dlm my phone ni ahh. byk actually khasiat pisang tapi kita list kan yg penting2 jerlah ekk...yg benar2 boleh membantu bangsa, agama dan negara...yg lain2 tu korang pie lah cari sendiri naa.

kuruskan badan:
ahhhh scientist kat smell&taste and treatment research center kat chicago ckp, actually dgn mencium bau pisang sendiri pon dah boleh kuruskan badan. "The aroma triggers signals in the brain's satiety center," explains study author Alan Hirsch, M.D. "This fools your brain into sending the message that you're full, without the extra calories." diaorg siap bagi recipi nak buat potpouri daripada pisang lagi utk kuruskan badan...Soak 1/4 inch slices of 1 banana in lemon juice for 6 minutes. Place on a paper towel on a microwave- safe plate. In microwave, heat 5 mintues; cool. Place in a bowl with dried petals of 6 roses, 5 cinnamon sticks and 1/2 cup walnuts. Display wherever snack attacks strike. ahh lepas nie mak bedah, kak limah dengan abang mamat yang nak badan slim tu, leh lah buat resipi potpouri tu. kalau tak berkesan gak...korang telan jer potpouri tu dengan bowl2 dia sekali.

energy booster:
ohh patutlah i selalu nampak mamat2 kat gym bawa je pisang ke hulu kehilir dalam gym. nak je ckp "sian korang, tak mampu nak beli fish n chip kat cafe. miskin giler korang...siannnn". nasib baik tak ckp, rupa2nya pisang tu utk bg diaorg tenaga bila angkat berat. pisang ada 3 natural sugars yang bagus utk badan, sucrose, fructose and glucose combined with fiber. dengan hanya memakan dua biji pisang...korang leh bertahan kat gym buat workout up to 90 mins. hummm patutlah, i 30 mins jer dah pancit. tak buat weight lifting pon. just buat cardio dah semput2. hohohoho. utk pasangan suami isteri yang sah...agak2nyer korang pon leh try kot makan pisang sblm melakukan "workout" korang (sah2lah "workout" ni bkn kat gym kan-gilerrrrrr korang). 90 mins tu...lama tu, plus korang siap boleh angkat mengangkat to each other. perghhhhh. kuar bilik, dgn muka ada cinyummmmmmm.

brain power:
ahh utk adik2 yg nak periksa tu, pisang nie bagus sbb dia ada potassium. kat middlesex school, 200 students dia diberikan pisang waktu break. and it showed that, the student got their brain power and keep them alert during their learning process. so baguslah kan, takderlah duduk kelas tu dok berangan jer benda bukan2. so senang focus and insyaAllah senang faham kalau amalkan makan pisang sblm belajar.

mosquito bites:
bukan love bites!!! jgn gatal pulak nak amalkan petua nie utk hilangkan bekas2 love bites korang. takder maknanyer bites tu nak hilang...petua nak hilangkan love bites tu lain petua dia. i takmo cakap sbb i tak taupon.hehehehe. ok diaorg ckp,kalau korang kena gigit nyamuk, korang guna kulit pisang yg belah dalam dia tu, gossokkan kat tempat yg kena gigit nyamuk tu. insyaAllah berkesan...sbb ramai dah terai. i tak try lagi. sbb skrg nyamuk hibernate. tgh musim sejuk...kalau korang dah try tp tak berkesan gak...itu maknanyer korang bukan kena gigit nyamuk. tu entah2 kena gigit pelesit. tu petua dia pegi jumpa mona fendy.

yang lain2, pisang ni gak leh tolong kurangkan ketagih rokok, leh tolong kurangkan stress, leh tolong org2 yg ada symptom2 SAD (seasonal affectional desease) utk org2 yg duduk kat negara bermusim, leh tolong masalah constipation or sembelit takyah beli ubat laxatives kat kedai ah kow tu, and then leh tolong kurangkan sakit ulcer and mcm2 lagi lah. huhuhu. byk sgt lah. kalau nak tau details, leh jer google pasal khasiat pisang nie.

so jomlah beramai2 lepas nie buat cekodok pisang and lempeng pisang. minyak tu bagi taruk byk2 biar kertas pasir pon tak mampu nak serap minyak cekodok korang, pastu gula tu tabur macam korang tabur bunga rampai kat majlis kahwin adik korang. kasik abis satu bekas gula tu. huhuhu...takder maknenyerrrrr. nak kesan yg positive, biarlah pisang tu dimakan as natural as it is. take it freshly ok. selamat mencuba. dah kurus nanti, bagitau i tp kalau makin gemuk...jgn salah kan i lak.

*arini kitaorg kat ofis semua kena halau balik, ofis leh blackout and pipes leaking and hot water thaw out.hampehhhh time i tgh byk keja lah benda2 tu nak berlaku kan. but bagus gak, tidur awal mlm nie...esokleh dtg awal, hopefully semua dah ok.

till then...i sayang korang semua. even korang tak sayang i.

with love from lufbra.

December 4, 2010

ger ger...grrrrrrrrrrrr



alhamdulillah, sedar tak sedar dah nak hujung tahun dah. ya Allah kejap jer dah nak masuk tahun ke-3 di bumi lufbra nie. tahun dah nak abis, tapi keja masih tak abis2. hohoho. padan muka sendiri. anyway, skrg dah masuk winter, tak tau tah dtg mcm mana, kali nie lak salji leh dtg awal giler. mcm tahun2 sblm nie, bagai nak raqqq (qalqalahhh q dia tu) menunggu snow turun. ibarat mcm korang sedang memerut kat dlm toilet...tunggu punya tunggu tak turun2. hehehehe. tp kali nie, belom masuk bulan 12 snow dah turun mencurah2. putih dah jadi nyer bumi UK skrg. i jer yg tak putih2 lagi. hehehe. so kalau dah snow2 ni, faham2ler, sejuknyer, ya ampun...terasa mcm duduk dlm peti ais. lebih2 lagi kalau rumah lupa nak on heater. amikkk...mengeletar smp ke bulu kaki...bulu hidung yg kontot tu pon boleh jd beku kejap sejuk nyer kat sini. aritu...smp pernah cecah -10 kot sejuknyer kat sini. kat scotland smp -20. pergh....salji lak tebal dia dah boleh terbenam kaki. korang kalau ada sapa2 yg nak cita2 pakai botox ke, vitamin c ke, tak yah susah2 dtg je tmpt2 sejuk nie....sure muka korang tegang dan kejong!!! alahhhhhhhhhhhh setakat muka mcm kak nita tu...dgn cuaca sesejuk ini, muka i lagi tegang dr dia. hohohoho. i tak suka sgt winter nie, 1) sebab semua putih, color plain...rs life nie tak berseri, 2) sebab tak suka pagi2 nak pg ofis kena scrap keter, 3) i tak leh keluar jogging, 4) tak best sbb tak leh nak dressup cantik sbb jacket2 semua color hitam n dark jer huhuhu. 5) and tak best gak sbb jalan licin...
so significant dgn sejuk nie, org biasalah, mengaitkan dgn makanan. pernah dgr kan citer semut dgn apa ekk. alah lupalah...korang tau tak citer yg sblm musim sejuk, semut semua kumpulkan makanan byk2, so bila musim sejuk tiba, semut2 tu ada makanan....n binatang yg sekor nie tak dpt cr makanan sbb dia malas nak kumpul makanan sblm musim sejuk tiba. tapi bezanyer citer semut tu dgn kitaorg....semut tu kumpul makanan utk di makan di musim sejuk...kami lak musim sejuk nie, kumpul lemak di musim sejuk nie. masak mcm2 mengalahkan makcik berniaga kat param. lauk...mcm2 jenis...lps makan. semua bising...dah gemuk!!! pastu, esok posa or makan kurang sikit...pastu buat makan2 lg...makan mcm dinasour. dinasour pon malu tgk keturunan manusia mkn macam i. huhuhuhu. tp nak buat camner kan, sejuk2 nie, nak kuar exercise rs mcm apa jadahhhhhhhhhhh sejuk2 nak berlari kat luar kan, pastu....sejuk2 nie, makan dan tidur lah benda paling nikmat sekali. betul tak??? so korang tgk lah gambar2 makanan nie...huhuhu mmg mengancam kan? ahhh korang kat msia....nak beli cheese, buah2 pelik mcm passion fruit, kcg2 walnut, hazel nut semua mahal kan...since sini murah, kitaorg apa lg...mcm2 lah resipi try. hehhehhe.






last two days, tgh sibuk2 bersiap sedia utk meeting, encik photographer yg glamour itu, my KDA (kawan dunia akhirat) aizul minta tlg amik gambar utk promote blog dia for BLOG PILIHAN MALAYSIA 2010 nyer competition. hehehhee...kelakarpon ada i fikir2 blk. i pon pergi lah cr mangsa2 utk i snap gambar...so kak long (isteri abg long) dgn shaiful (suami maya) sudi membantu utk jd model tak bergaji.(aizul model2 i nak minta gaji utk next shot) hehehehe...i main snap2 jer...tp lepas pekena edit oleh encil aizul marcello, dia upload dlm blog dia...kitaorg semua terkejut. lawa siottttttttttttt gambar. hehehehe. thanks aizul. korang pg lah blog aizul tgk sendiri...blog dia ada kat my list sblh nie. ni a few snapshots yg tanpa edit.


so korang, kalau kitaorg kat sini sejuk2 asyik makan n tidur...korang kat msia sejuk2 buat apa? (and pls i dont need an x-rated answer) huhuhu. kat msia kan skrg musim hujan...kot2lah sibuk mengaji, buat qiammullail sejuk2 nie...ya Allah, rindunyer msia. tak kiralah sejuk ke panas ker, solat jgn lupa. sedap2 tidur tu, kalau tak terjaga...jgn lupa qada' solat (i lah tu). huhuhuhu.

till next entry,
love from lufbra..


November 26, 2010

TALK TO MY HAND


life is short
i am busy
you are nobody
so...

November 22, 2010

give UP or give DOWN?

case1:
baru belajar main satu game nie. tapi main2 asyiklah kalah. tensen mcm tahap budak2 nak amik SPM lah tensennyer. rasa mcm nak lambung jer iphone tu tinggi2 pastu sambut balik. but....i keep playing it. belajar technique2 dia. cari kesilapan kat mana. perbaiki...and dari situ, mula menang one after another. lps dah asyik menang...skrg dah leh main game tu sambil2 mata terkelip2 nak tidur.

case2:
nak buat carrot cake. tiba2 terlupa yg oven set to over temperature. kek dah jadi hangit sikit...hitam macam tuannya. pastu garingnyer kek tu...siap boleh baling kat muka, boleh berdarah lah muka...jangan give up, tenangkan fikiran, pegi gym kejap, pastu balik rumah, amik mixer, gaulkan caster sugar dgn soft cheese lebih2 sikit. jadikan topping...walllaaaaaaa kek dah tak hitam lagi. rasa pon tak sehangit mana.

case3:
hari2 mengadapt programming. hari2 jugalah tak pernah dpt result yg diingini...tapi hari nie, jumpa satu website yg tunjuk step by step cara2 nak buat. alhamdulillah, dapatlah gerak sikit2. even seselow nyer kura2...bak kata pepatah abg dino, "kalau si fizan bawa keter, abg dino bawa basikal, abg dino boleh siap overtake fizan" lah punyer selow nyer progress keja ku itu. but, ok lah, better one than none rite?

case4:
dulu rajin sangat nak update blog dgn entry2 yg hot and spicy. sampai mampu lah buat org2 tertentu menangis2 membaca entry blog nie. tapi lately ni malas tahap bapak setan punya mak ipar punya malas nak update entry. sbb dulu selalu update panjang2...kalau takde keyboard nie nak menaip, mahulah tutup kilang dakwat...sbb byk sgt ink nak digunakan menulis. tapi skrg dpt lah kekuatan nak update sikit2. even pendek2. kira oklah, at least dpt gak update mak dgn abah kat kampung.

case5:
kalau kat msia...everyday setiap kol 3 petang even waktu office dah sibuk2 bersiap pegi gym, exercise smp 2 jam. pastu terus pegi aerobic or jogging. well...geeeegeeeehhhh nak kuruskan badan. rasa inferior sgt bila naik penimbang berat yg bayar 20sen kat Mahkota Parade, pastu penimbang tu menjerit...ANDA GEMUK!!! mmg nak carut jer kat penimbang tu balik. smp tahap camtu sekali kegegehan nak kurus. tp skrg dah ala2 duduk jauh nie bila naik penimbang dlm toilet sendiri, penimbang smp keluar message ERROR...tapi muka seposen jerrrrr tak heran kuar toilet sambung makan...but tetap positive kata diri masih kurus (sambil tarik nafas dalam2 nak kempiskan perut) sambil posing dpn cermin. gym tetap jgn ditinggalkan...even pegi 3 kali je seminggu and sejam je, takmo give up.

pendek cerita...buatlah apa2pon. kalau benda tu tak menjadi mcm yg kita inginkan...kena selalu ada backup plan, kena selalu prepared mentally n physically utk next circumstances, and yg paling penting always ada positive thinking. never giveup!!! keyword paling penting. biarlah korang nak nangis meraung smp pontianak pon sentap pitching korang nangis lagi tinggi dari dia...nangis jerlah puas2.
tapi jgn giveup...kalau rasa stuck in somewhere, lost in someplace...rest dulu. tenangkan fikiran, jgn fikir psl masalah tu...cari benda lain utk divert ure mind. contohnyer pegi gym ker, pegi ngaji ker, pegi jalan2 ker, pegi shopping ker, pegi sauna ker...(OPSSSSS, sorri pelanggan tetap sauna waterloo) tak kisahlah. yg penting, lps tu dah rest puas2...sambung blk keja selesaikan masalah tadi. and of course...nak lebih disenangkan penyelesaiann...selalu2lah berdoa pd Allah and minta lah tolong mak dan abah kita doakan utk kita.

***tips yg mungkin membantu...kalau korang tension2, tgklah gambar mak abah korang, gambar2 baby ker...insyaAllah korang rasa tenang. macam i buat nie...tgk gambar boyfren n girlfren i ni...



November 15, 2010

labbaik allahumma labbaik


...kami memenuhi dan akan melaksanakan perintah-Mu ya Allah...


bila dengar bunyi seruan haji tu...rasa terharu sgt2. lebih2 lagi bila tgk orang keliling kaabah. subhanAllah...rasa sayup2 jer. bila lah agaknyer kan nak dpt peluang menunaikan haji tu.


untuk yang tak tahu, esok kami di UK dan beberapa negara lain akan menyambut raya korban. hummmm mmglah takkan best jadinyer, sbb sambut waktu hari kerja. of courselah mamat minah salleh sini tak sambut raya haji kan. so terpaksalah berkelam dan berkabut menyambut raya esok. apa2pon tu bukan alasan. kami kat sini dah plan mcm2 dah utk menyambut raya haji esok insyaAllah. esok slps magrib dlm kol 4.30pm, kawan2 office mate akan datang ke rumah utk sama2 menyambut raya. insyaAllah, concept, semua pot luck...datang bawa makanan, and sebagai host...kita goyang kaki jer tunggu makanan. hehehee...takderlah, insyaAllah try masak something for them tomorrow too. so far plan nak buat sup ayam jer kot, since lain2 mcm nak bawa lauk2 jer, so leh lah masak nasi sikit. then insyaAllah weekend nanti ada lak plan nak buat jamuan besar besaran. hehehehe...jgn jelesssss kalau tiba2 nanti i upload gambar satay ayam dan satay daging, rendang, kuah kacang dan lonton kat next entry. well once u live in UK, u will know to cook everything. and it is true!!! esok, waktu viva PhD, kalau examiner tanya, what have u done so far...salah satu jawapan i will be....i dah belajar masak kari ayam, ayam masak merah, buat kek lobak, buat kuih seri muka and buat ikan percik. agak2 diaorg mesti rasa bangga kan dgn jawapan i? :)


enuf said...skrg ni dah masuk musim sejuk...waktu pon dah tukar, kami dah 8 jam kebelakang dr msia. n skrg siang sgt pendek...kol 5.30am masuk suboh pastu kol 4.15pm dah masuk magrib. waktu skrg nie lah mmg sesuai utk buat puasa. best gilerrrrrrrr. kejap jer dah berbuka. alhamdulillah. so sapa2 yg byk hari kena ganti posa tu, meh ler dtg UK.


bila ckp pasal pengorbanan nie, i tak tau nak ucapkan betapa besar pengorbanan famili i menerima kami 5 org adik beradik yg berbagai kerenah. mak dgn abah...mmg sgt istimewa utk i. even seburuk manapon diri i nie, sehina manapon tempat i nie, they are still there for me. sejak kecik, abah sendiri selalu berkorban utk kami. every raya, abah jarang beli baju baru utk abah...selalunya kami lah anak2 yg minta mcm2. mak pula, every raya, jarang hantar baju ke kedai...semua mak jahit sendiri. tapi kami ni anak2 yg meriah. malam raya lak, mak bertungkus lumus kat dapur masakkan makanan utk santapan raya, pastu pagi2 dah bgn utk panaskan lauk dan hidangkan atas meja. abah lak smp ke pagi mengemas rumah, berkorban utk kami anak2 mereka. sampailah skrg, mereka masih berkorban utk kami...ya Allah, tak sabar rasanyer nak tunggu masa utk balas jasa mak abah...


i love u mak n abah...selamat hari raya, maaf zahir batin.


November 9, 2010

jelesssnyer...


tengah sibuk2 nak menyiapkan report review tadi, entah mcm mana terbuka lah satu blog orang nie...ya Allah jelesnyerrrrrr sgt2. tgk dia senang2 jer dpt pegi jalan2 ke europe, dgn bawa beg LV nyer, pastu shopping kat london berbondon bondon...tiba2 kuarlah tanduk cenoet i siap menyala2 lagi mcm tanduk Hell Boy..."alahhh, dpt pegi jalan2 pon sbb orang sponsor", "hummm buat duit dgn cara menggalakkan maksiat, nerakalah tempat u", "oklah what, dah tua baru dpt merasa hidup senang,aku masih muda". hummmmmm mcm2 lah lagi skrip anak setan terkuar kat kepala. pendek cerita:-
I JELEESSSSSSSSSSSSSSSS
sebenarnya kan? yerlah, kita susah payah simpan duit, keja pagi petang nak beli beg ZARA jer pon. tapi dia beli LV senang2 jer...siap letak gambar beratur dpn kedai LV lagi. tak tau dari mana dtg rasa tu. cemburu tgk orang lebih sikit.
bukan ker sifat cemburu tu mmg synonim sangat dgn orang melayu? tak boleh tgk org lebih...mulalah buat cerita yg tah apa2. tgk orang tu hensem sikit, lawa sikit...mula lah buat cerita, "alah dia tu dulu gemuk...berat 83KG!!! pinggang 36cm!!! "opsssssssssss sapa tah tu. pastu buat citer mcm2 yg dia tu pegi cucuk sana cucuk sini...alahaiiiiii org kita.
kalau waktu exam lagi best, ada kwn dpt result lebih bagus sikit pon leh jadi cerita. "alahhh dia tu mana tak score, study siang malam, sampai solat pon tunggang langgang. kadang2 mandi pon tak buat...busukkk dia kalah bau longkang". seeeeeeeee best tak skrip dia?

pastu, kalau nampak rumah orang tu besau sikit..."rumah tu bukan rumah diapon, rumah bapak dia...pastu bapak dia pon bukan buat rumah tu pakai duit sendiri, pinjam kat bank, siap dah 3 bulan tertunggak tak byr hutang bank"...cewwwwwwwwwaaaaaahhhh kak senahhh kalau bercerita tau2 jer kan 3 bln tak byr? hang poswoman ker senah? bukacuri surat bank orang?
well well well...itulah a few sifat yg kdg2 i pon tak tau camner leh wujud. tak tau lah korang camner kan, apa korang buat kalau korang tgk orang lebih sikit dari korang. but for me, kalau nampak kelebihan orang lain lebih dari kita, i will say

" takperlah, i bersyukur...Allah tu Maha Adil, at least i bahagia ada famili yg kaya dgn kasih sayang"
hehehehe...apa2pon bersyukurlah dgn apa yg ada. kalau nak lebih usahalah lebih. pandang orang biar dengan harapan...bukan dengan sifat syaitan. pasang niat utk dapat apa orang lain dapat...insyaAllah kalau niat betul, Allah tolong. satu lagi, daripada melihat kekurangan diri, kan lebih elok melihatkan kelebihan diri...bukan utk berlagak, tapi utk timbulkan rasa bersyukur. Allah عادل

jangan berdengki...tapi biar iri hati. tau kan bezanya? iri hati dengan kelebihan orang lain, supaya dpt jadi motivasi utk diri sendiri. itu kan lebih baik rite? jangan dengki2 lagi ok...kalau ada rasa sifat2 dengki yg mcm Imam Ghazali kata kan nie...cepat2lah ingat "setiap benda Allah bagi ada hikmah nya".
  • Pertama menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang dan digantikan kepadanya.

  • Kedua, menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang sekalipun ia tidak dapat menggantikannya, baik kerana merasa mustahil dirinya akan dapat menggantikannya atau memang kurang senang memperolehinya atau sebab lain. Asal orang itu jatuh, ia gembira. Ini lebih jahat daripada dengki yang pertama.

  • Ketiga, tidak ingin kalau kenikmatan orang lain itu hilang tetapi ia benci kalau orang itu mendapat kenikmatan lebih daripada kenikmatan yang dimilikinya.
(ok ok ok dah...skrg i nak pasang niat nak siapkan report i yg dah berhari2 tak siap2. tgk orang leh habis PhD less than 3 years...u ado? huhuhu...i? nan adoooooooo)

November 8, 2010

ada orang....


ada orang penat berjalan, dengan harapan dapat sampai ke destinasi

ada orang sibuk bekerja, dengan harapan boleh menjadi kaya

ada orang tak habis-habis membaca, dengan harapan lulus cemerlang peperiksaan

ada orang berdandan 24 jam, dengan harapan boleh nampak cantik

ada orang bersukan sekuat-kuatnya, dengan harapan badan jadi cergas




tapi jangan lupa..."solat jangan kita tinggal-tinggalkan"...itu pesan mak saya

dengan harapan...hidup kekal bahagia

dunia dan akhirat

November 1, 2010

dah berlabah2 dah...


Selamat hari raya-maaf zahir batin
Kerja tak sudah2 & tak pernah tak susah2
Baru Life


ya Allah sangatlah dah berlabah2 dah blog oghang nie. bukan takat bersawang dah. kalau lah labah2 tu tahu menjahit dah siap baju kurung berkerawang dah kot menunggu entry baru kat blog oghang nie. sorry lah...tapi kecoh2 nak update entry pon, bukannyer ramai orang yg baca blog nie pon kan? oghang bukannyer blog celebrity pon. well hidup orang biasa mcm oghang nie, sapa lah nak baca (tiba2 senduk sendat apa kes?) senduk sendat katanyer. sedu sedan lah kannnn tiba2.

apa2pon selamat hari raya lah utk semua yg baca blog nie, tak kisahlah even dah nak masuk raya deepavali pon...happi belated hari raya utk korang semua. so mcm mana raya korang semua? oghang, aritu raya kat MALAYSIA!!! hahahhaa...saja jer takmo bgtau orang lain. sbb nanti kecoh nak jumpa. ahahahahha lagi. penatlah, cuti sebulan, tapi kawan2 nak ajak jumpa lebih 30 orang. apa kes? hehehe. poyorrr jer. so endup, balik senyap2, pastu i sendiri decided i nak jumpa sapa. kan senang camtu...hehehe. takper, insyaAllah nanti oghang balik lg, oghang jumpa kawan2 lain lak ok...kalau tak jumpa gak, oghang jumpa korang semua kat syurga ok? amin...so raya korang ok ke? raya oghang tahun nie...hummmmmmmm no comment. korang tgk lah sendiri kat pics2 oghang tu. yg seronoknyer tahun nie, kami semua adik beradik dpt berkumpul dgn suami isteri dan anak beranak masing2 kat kampung pernu. abah dgn mak lah orang paling happi kan. pastu tahun ni gaklah first time, lauk pagi raya tak muat meja. n first time kami terpaksa makan kat meja depan. hehehhehe.






oghang blk UK semula 2/10 aritu...smp2 jer UK kena masuk opis terus, sbbnyer dah melambak due date menunggu. so ok gaklah, oghang takderlah rasa homesick sgt.pastu alhamdulillah, ada rezeki, supervisor bagi module dia utk org tolong. so ni dah kali kedua lah mengajau budak2 masters. ajau JAVA language lagi korang...tp endup, oghang mengajau bahasa JAWA.hehehe...sama jer kan? pastu dgn orgnyer 2nd year review lagi oncomin.perghhhhhh mmg oghang tak cukup tgn.dan paling banyak amik masa yerlah, skrg nie oghang dah pindah rumah sebuah. alhamdulillah. rumah dua tingkat, ada 2 bilik.sgt selesa...senang i nak ber"boxer" jer bersantai dlm rumah sendiri. kalau rumah lama dulu, terpaksa bertutup litup. leceh tul. so, bila dah ada rumah baru nie, oghang seronok, sbb merasalah dpt decorate rumah sendiri. beli barang sikit2. oklah.alhamdulillah. so far pak uda dgn mak uda jer yg dah smp rumah tu, n tidur bilik tetamu.tapi tidurpon tak smp 5 jam. huhuhu. tq to mak uda n pakuda sbb dtg melawat oghang.






aritu mak uda pak uda dtg, kami berjalan2 smp bengkak2 kaki...sian mak uda. huhuhuhu. tapi alhamdulillah, we all had fun. paling best sekali, waktu kitaorg sesat nak balik ke loughborough. hamekkkkkk. keter dah lah takder charger navigator pastu, lupa nak print direction, iphone lak batteri kong, ada garmin pon battery dah flat. perghhhhhhhh mmg terasa mcm dlm amazing race. tapi yg amazing nyer...we all did it. kami berjaya mencari jalan pulang. oghang pon rs bangga sgt2 dgn keter kecik oghang tu, n dgn team oghang. mak uda n pakuda. hehe. kat london...mak uda n pak uda shopping tak hengaaaaaaaaaaat! pak uda especially. seriusly, pakuda mcm kena histeria. semua kedai pakuda nak beli barang. mak uda releks jer. heheheh. pastu sambuung shopping lg kat liverpool, kat quorn...perghhhh mmg kagumlah dgn pak uda. huhuhu. pastu oghang bw pakuda pg menziarah stadium2 nyer. pergi arsenal nye stadium, manchester united nyer stadium and liverpool. hummmmm first time ok oghang pg stadium. kalau bukan sbb pakuda jgn haraplah oghang nak jejak kaki ke stadium. thanks to my dearest fren gak, azrie yg sudi menumpangkan bilik nya di london utk kami ber tiga berkepet2 bersama2. hehehehe. even bilik jer, tapi syukurlah, 2 malam dah jimat dah duit.tq to shima gak, yg sudi bg pinjam duvet n bantal yg baru dibelikan. to pakuda n mak uda nanti datanglah lagi. kali ni, along bw shopping tmpt baekkkkkkkkkkkkk punyerrrrr. sapa2 pon yg lain2 ada hajat nak dtg UK, mehlah dtg rumah oghang...leh meriahkan rumah oghang. sunyi gak dok sorang2 nie. dont worry, kalau korang datang, oghang tak kan pakai boxer jer dlm rumah nanti. oghang pakai jubah warna purple oghang nanti. siap serban nanti. ok??? datang tauuuuuuu.







oklah korang...nanti oghang update lagi ekk. btw...skrg nie oghang tak tau napa, asyik rindu jer. rindu sgt2 kat budak laki sorang nie. tak puas cium this boy!!! OMG, ghindddddddduuuuuu sgt2. kdg2 smp nangis ghindu kat budak laki sorang nie. aritu pon balik, salah satu main reason, sbb dah ghindu gila kat dia. balik msiapon senyap2, terus pg rumah budak laki nie, pastu kena marah dgn abah sbb balik tak bgtau. huhuhu...padan muka oghang. dgr citer skrg, dia sibuk dah nak beli keter BMW. kerete BMW siap ada control lagi tu. tapi malangnya control dia Papa dia yg kena pegang, pastu Mama dia kena ikut kemana aja dia bawa keter BMW tu...hehehehe sian mama n papa dia. I love u always my dearie Fiqri Syahmi. Uncle Long...nak jumpa u lagi Mr. BamBam. nanti ajak mama dgn papa dtg UK ok. Uncle Long tunggu...













August 24, 2010

...chachacha merba...

tgk title caca merba teringat video clip nudes dancer-cha cha cha...ahhahaha i dah 3 kali tgk, 3 kali kat pejabat, 3 kali tu juga i gelak besau. memang lawak giler!!!
anyway dah lama dah tak update blog. well, u know me...nak berkarya nie nak kena tunggu bulan penuh baru leh dtg ilham. kalau tak, perahlah sampai terkeluar air depan belakang pon,belom tentu dpt kuarkan idea. actually byk jer benda nak cerita. pasal aktiviti berbuka puasa kat sini, tentang pemakan yang terlampau di bulan puasa nie, pasal conference di madrid aritu pon tak citer lg, pasal belajar masak, pasal pegi shopping till ure face drop. OMG banyak kan? tapi tulah...bulan tak selalunya penuh, so berkepam lah idea2 tu.
so leh tak entry kali nie i buat caca merba...takde concept, takde tema, takde problem statement, takde focus point. i cerita je apa2 yg i nak cerita. ok? so kalau korang pening baca cerita yg ala2 kuih lapis yang sampai 13 setengah colors tu, korang cepat2lah pegi cari minyak cap kapak yerk. takder minyak cap kapak, minyak wangi VERSACE MAN pon boleh...

aritu i pegi london. ala2 konon nak buat photoshoot lah sgt kan utk tolong my fren to promote his photography company. nasib baik lah i ada kawan sehati berdansa kat london tu. credit to my dearie Azri yg jd photographer i...gigih nie, bawa album kahwin keliling london. ko berani panggil polis london nak bergambar sekali? pastu baring atas rumput ala2 berangan baring tepi pantai? then masuk kat tube station yg orang yaaa ampun ramai pastu posing2 orang jeling2 pandang2 ala2 mcm dalam lagu datuk sm salim dgn datuk siti tu? but ada AKU KESAAAHHHHHHhhhhh? huhuhuhuu i kisahhh u. mmg sgt2 kisah...sampai azri pon tegur, i ni malu sgt. of courselah i malu kan. but atas nama friendship i gigihkan juga. but hasilnya...not bad!!! azri sampai one time called me back kata dia dah minat photography and asked me to do it again together. wellllllllll...letsssss rumble babe!!! but takder koserrr lah kan nak posing2 bulan posa nie, tunggu raya nanti ok. korang nak tgk hasil penuh gambar2 tu check out my FB k.


well, puasa tahun nie dah kali ke-3 berpuasa jauh dari keluarga. kali pertama puasa berjauhan nie waktu di London dulu...ohhh sgt lah miserable waktu tu. mmg homesick almost everyday.tapi nasib baiklah waktu tu ada housemate dan kawan lain. masak pon simple2 sbb semua single lg waktu tu. then 2nd time was last yr. last year posa mmg hotttttttttttttts!!! best banget posa kat Lufbra nie last year. sbb nyer almost setiap hari kami berbuka ramai2. main masak2 ramai2...then terawih jemaah dan paling best sahur pon ramai2!!! mmg mcm duduk dgn famili kat kampung lg, plus lg meriah...sebab juadah berbuka tu selagi tak penuh meja...lantai berkarpet IKEA kitaorg tadahkan utk hidang lauk pauk. but this year...puasa kat lufbra nie dah so-so jer.sebabnyer dah tak ramai melayu kat sini...some more kawan2 i pon ramai dah balik msia. so kami back to our own life. but i masih lg bersyukur sbb ada lg abang2, kakak2 n kawan2 lain yg sudi berkongsi suasana berbuka n terawih sama2. so mak abah...dont worri ok, oghang kat sini makan lebih dr cukup sampai size baju dari XS skrg i pakai S jer. (berangan lah hang)

then cerita pasal shopping...OMG korang pon tau kan kelemahan diri i. takleh tgk sales. lebih2 lagi kalau sales kat ZARA. alamat i akan bawa mangkuk tingkat dan tikar mengkuang ala2 nak bermustautin kejap duduk kat butik ZARA tu.ala2 ZARA tu dah jadi rumah bini kedua i. opsss. sekarang nie, my new passion is to buy kids clothes...utk sapa lagi kalau bukan utk my love syahmi fiqri and zara adriana. tak tau napa...comey sgt2!!! baru2 nie ada beli satu short warna orange and t-shirt bercollar warna hijau utk syahmi...and the match is PERFECTO! ORANGE n GREEN dia sgt masuk...and sgt comeyyyyyyy. tak sabar nak tgk syahmi pakai. u syahmi better not getting any bigger ok! otherwise baju tu tak muat. nanti uncle long u yg pakai.opsssss lg. but i takmo upload gambar...i upload gambar dgn si pemakai nyer nanti ok. pastu...i dah beli berpasang2 baju utk raya nie, so far i dah ada 4 helai t-shirt baru and 1 mafla yang i sgt2 suka corak dia. well am a fashion maniac, so sales2 nie mmglah jawabnyer menyusahkan hidup i dunia akhirat.huhuhu.

ohhh pasal conference kat madrid aritu. alhamdulillah, semua berjalan lancar...i should thanks a million time to my beloved friend Athar and my new kakak...kak syaheraah lotfi yang fasih giler berSpanish nie. dgr kak syah ckp spanish...pergh mcm korang tgk cerita novella maria mernando wooo. (alah citer latin yg glamour tu). jelessss gila org leh ckp 3 bahasa nie. the conference was fun...and the trip was really fantastic. hotel kami stay tu 3 ke 4 stars tapi ya ampun best bangettttttttt. tapi yg tak bestnyer, waktu tu musim summer and in madrid temperature mencecah ke 42 darjah celcius!!! OMG waktu tu mmg ala-ala i nak berjalan pakai boxer Calvin Klein jer kat tgh2 madrid tu. panas n kering ok! sangat2 tak tahan...by the time i sampai UK semula, i terus buat solat taubat ok...takmo dah pg spain waktu panas. waktu conference tu byklah belajar mcm2 benda especially in my research. dan yg paling best waktu tgh2 conference tu, my honey messaged bagitau my another two papers have been accepted utk conference kat china lak. wallaweiiiiiiiiii. alhamdulillah sgt2. so smp2 je office bincang dgn supervisor, diaorg suruh i pegi...but pikir punya pikir...i dah tak larat nak travel, so endup minta tlg honey n our collegue pegi tolong present kan. and alhamdulillah, diaorg dahpon balik dari china. thanksssss a lot korang. overall...i bersyukur sgt2.thanks to my mom and dad gak sbb doakan oghang kat sini. alhamdulillah, berkat doa mak abah kot.tp still tak puas hati dgn progress of my research. sgt2 slow...well dah masuk part programming...faham2lah, alamat sampai syahmi dah berjanggut pon i belom tentu abis siap satu coding. benciiiiiiiiiiiii ahh programming!



apa lagi ehhh? ohhhh last but not least, i dah belajar buat kuih seri muka guna microwave!!! OMG...sangat2lah suka. thanks to Puan Seri Muka SuMaiya Zainal yang sudi menurunkan ilmu menyerikan muka kuih itu mengunakan microwave ajo. (puan maya sila update blog hang yg dah nak masuk 3 bln tak update) since korang jgnlah nak berangan kan nak cari pengukus tiga tingkat siap dgn batu lesung kan kat sini nak buat kuih tu. nan adoooooo jumpa ok. kuih itu siap dlm masa tak smp 30 minit pon. sgt mudah dan rasanyer...yezzzzzzzaaa sama jer dgn yg jual kat param!!! hehehehe. nanti, i balik malaysia, i nak impress my mom. "well mom...u dont jeles jeles ok. mom ingat mom sorang pandai masak" berangan lah nak ckp camtu kat mak camtu kan? nak rasa balingan senduk kayu 3 somersaults? but honestly mmg mudah bangetttttttt.

perghhhhhh byk dah celoteh...well as per said at my profile, i devoted this blog for my famili and frens. so then they will be updated with my life here. so itu jerlah kot buat masa nie cerita2 i kat sini.
btw, i sekarang nak reserve myself. i nak kurangkan percaya kat orang. ramai yg nak ngaku jd kawan, tp dialah lawan, ngaku dia baik, tp dia lah yg buat taik, ngaku jujur, tp dia lah yg hancur...i dah takmo senang2 percaya apa org ckp. lps nie i nak tapis sapa2 yg nak jd kawan i. i hate org yg tak tepati janji, hipokrit, penipu, berlagak bagus, bodoh sombong dan pandai ckp je! kalau korang ada kriteria2 di atas...harap maklum borang permohanan korang utk jd my fren i dah shredded kan, rebus sampai lunyai bagi pigeons kat trafalgar square pijak dan berakkan (sorry with my words)! sedih lah...bak kata senior i "ana sedih lah dengan antum".

last but not least...

MAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK NAKKKKKKKKKKK BALIKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!

August 15, 2010

Untuk adik-adik along...

Kehadapan Adik-adik along...

ini lah kali pertama along upload video to my blog.
ini lah juga kali pertama along tengok hasil tangan video dari saiful nang.

dan habis sahaja menonton video nie, mata terus terpandang wajah mak pada gambar yg di ambil di majlis perkahwinan haritu. biarlah sesibuk mana sekalipon anak-anak mak ni, along takkan lupa untuk telefon mak hari2 dan along nak adik2 alongpon takkan lupa benda yg sama. kalau bukan sebab mak dan abah yg selalu menyokong dan memberi nasihat pada kita semua selama ini, tak mungkin along akan berada di mana along berada sekarang, dan adik-adik along berjaya seperti hari ini. biarlah tinggi mana sekalipon kedudukan kita, along tak akan lupa mak dan abah...itu janji along.

utk adik2 along...angah, uda, uteh dan adik. kita patut bangga ada mak dgn abah. orang lain ada yg tidak diberi peluang merasa hidup beribu dan berbapa. dan yg paling patut kita bangga, mak dengan abah banyak membantu kita menjadi siapa kita hari ini. ingatkan...kecik2 dulu, mak dgn abah bekerja keras untuk kita. sekarang masa utk kita pula bekerja keras utk mereka. ingatkan along, kalau along terlupa tanggungjawab pd mak dan abah.

Untuk adik-adik along- "Kita sama-sama jaga mak dengan abah ok..."




Love,
Along

August 9, 2010

3 CERITAS

tengah borak2 dengan sorang kawan nie...sibuklah mencari nama untuk anak masing2 kan. seronok lah juga. terkeluar lah juga mcm2 nama. as per said dlm entry yg lepas...ada lah juga menyebut nama AARIZ utk nama anak lelaki dan AYRA untuk anak perempuan...dan of courselah akan ada dua perkataan utk each names...AARIZ F____ dan AYRA ____. since my mom's name is Fadzilah and my dad's name is Azman...and my wife's name is Aminah...so tulah yg nak sgt ada A dan F dalam nama anak2 nanti. so yg kawan sorang nie pon sibuk lah nak combine kan nama dia dan isteri dia dlm nama anak dia. since i suka nama Ayra untuk nama perempuan...so dia pon nak juga tapi dia terbalikkan jer jadi ARYA. but i did not agreed. coz mcm bunyi Paria jer bila menyebut. then out of no where...letak lah suggestion utk my baby girl's name AYRA FARIA maksud dia "respectable happiness"...mcm sedap juga...tup3x kawan ckp...faria tu lg lah sound mcm PARIA. and finally we endup to put my friend's baby girl name as AYOYO PARIA. waktu tu mmg i tergelak besau kat pejabat. malu gila sbb kantoi chatting waktu kat pejabat. btw...it made my day, buat i happi...

and then sekarang i tak tau kenapa, i asyiklah suka sangat memasak dan memakan TAGLIATELLE WITH CURRY GANBA. ahhhhh korang mesti terkejut badak patah sumbu dengar nama makanan tu. ala2 tergeliat lah lidah nak menyebut. first time masak benda tu, bagilah jamah kat kawan2 sini...perghhhh memang siap TERGELIATLEHER nak menyebut. even susah nak menyebut nama, tapi taste dia...i love it!!! senang jer nak buat dia.bahan2 dia
1) tagliatelle sepaket
2) udang (king prawn) 15-20 ekor
3) serbuk kari (1 paket kecik)
4) red cili bangla/capcicum/peppers dalam sebiji or dua biji dipotong dadu
5) santan setin
6) rocket salad
7) garam
8) butter
first rebuskan egg tagliatelle sampai lebut (mcm rebus spagetti), then amik kuali lain, masukkan butter dlm sesudu dua, then masukkan udang smp udang2 tu merah2 sikit, masukkan serbuk kari ALAGAPPAS ke BABAS ke TERBABAS masukkan peppers yg didadukan tadi gaul kan sebati...pastu masuk santan pastu masukkan tagliatelle tu then bila dah sebati masukkan rocket salad...and taraaaaaaa siap. simple sesuaikan sangat utk orang bujang mcm i...opssssss.lebih2 lagi nak puasa nie kan, mmg lah sgt senang nak buat. i loikeeeeee.

esok dah nak start puasa. ya Allah bestnyerrrrrrrrr dah masuk ramadhan. alhamdulillah, sebab di beri kesempatan oleh Allah utk mengharungi ramadhan sekali lagi. ni kira ramadhan yang ke-3 lah i berpuasa jauh di perantauan. huhuhu.last year best sikit sbb posa nyer tak sepanjang tahun nie. tahun nie kami berpuasa waktu SUMMER yer!!! sila perhatikan matahari SUMMER di UK yang muncul seawal pagi dan tengelam selewat petang. huhuhu puasa dari kol +/- 3am sampailah +/- 9pm huhuhuhu. moga2 Allah memberi kekuatan. so puasa +/- 17 jam kau sehari. ahhh kalau i balik raya nanti, kalau tak kurus...sah2 korang akan tuduh i tak posa kan? kan kan kannnnnnn. huhuhu. tapi ok lah kot, puasa sini panjang2 pon, at least panas2 dia tak sepanas dan sehangat mentari di malaysia...sini ada lah juga angin2 sikit. cuma kering jerlah, so lps nie, i mmg akan kuranglah aktiviti di luar. duduk dlm bilik bertadarrus dan berzikir jerlah. opssssss feeling2 pakai jubah size XS dari Makkah katanyer. jubah fit katanyer. makan hati tak korang...kawan i nak pegi umrah, nak belikan i jubah fit!!! ahhhhhhh black in color siap ada hood lagi...sure tak khusyuk solat orang yg duduk sblh kiri, kanan dan blkg i..bak kata encik wan afnizan kan? nasib baik i tak jadi imam, kalau tak semua makmum i tak khusyuk.yerlah duduk belakang i samada mengutuk baju i ketat or terpesona tgk imam sexy tak sedar diri. hehehhe. so sempena bulan ramadhan nie, i nak minta maaf lah pada semua kawan2, dan ahli keluarga. yg terkasar dan terlepas bahasa dan perbuatan yg tak disenangi tu ampuni lah diri ku ini. yerlah, kalau tak dimaafkan,kira sia2 jer puasa dan ibadah i nanti. kalau i ada hutang apa2 bgtau ok.i suka bergurau, kalau ada yg terasa maafkanlah i ok.

cukuplah takat nie ekk. sian kat kawan2 yg sibuk suruh i updates blog. alah korang nie, i malas nak updates blog bukan apa, i tulis2 tapi korang baca tak komen2, so tak bersemangat lah i nak menulis. ahahhaa. takdalah, i just mmg tak sempat nak memblogging kan diri. quite bz lately...sambil feeling2 pakai spec mata frame bold gigit pen and buat muka berfikir...bzlah sgt kan.hehehe. tp seriusly, mmg agak kelam dan kabut sikit. ni alhamdulillah, ada masa sikit nak mengupdate kan blog yg dah bersawang tarantula ni. tq lah pd pembaca2 blog yg setia. i know, korang tak ramai...tapi korang setia. wahhhhh gettueeeeee suka kan feeling2. hehehe.apa2pon apalah blog i ni tanpa korang yg membaca. wahhhhh feeling lagi ala2 menang trofi blogger of the year. astaghfirullah al azim.

sebelum lupa, nak wish HAPPY BIRTHDAY pada kawan2 tersayang yang menyambut Hari Lahir tak lama lagi, Ramzee, Tisha, Yatie, Syawal, Nadrah, Fird Abr.WIshing u all the best in life.

oklah...untuk semua, selamat berpuasa, selamat menjalani ibadah puasa...ingat jgn ponteng puasa, jangan ponteng solat. puasa cukup 30 hari, solat rongak setiap hari.(i lah tu) hehhehee. apa2pon Allah juga yg tahu isi hati kita...tak gitueee encik mohd azri abd rani!

...sayangi diri anda, sayangi keluarga anda, sayangi ibadah anda...

salam Ramadhan dari kami- A4 and our family.

August 1, 2010

life is irresistable...

Allah berfirman, yang mafhumnya "sesungguhnya kita merancang, dan Allah juga mempunyai perancanganNya. tetapi perancangan Allah adalah yang terbaik".

dalam hidup ni, macam2 kita rancang untuk diri sendiri, keluarga, bangsa, dan agama. untuk hari ini, hari esok dan masa depan. macam2 cara kita buatkan, macam2 cara kita korbankan, macam2 cara kita doakan...tapi kadang2 adakalanya apa yg kita rancang dan mahukan itu tak juga tercapai. Sedih? Rasa nak bunuh diri? Marah tahap gila meroyan? Nak meraung smp pecah cermin tingkap kereta? hummmmmmmm...

Kes1-
supposedly kakak i nak balik msia tengah bulan 8. so mcm2 lah kami dah rancang, sebelum kakak i nak balik malaysia. kami rancang nak buat makan2 buat kali terakhir, nak sambung besday i buat kali terakhir sama2, nak tidur ramai2 sama2 buat kali terakhir...tapi tiba2 dapat arahan dari pihak atasan untuk balik ke malaysia awal. sangat2 awal. i tak sempat nak puas2 menikmati masa bersama dgn kakak i. i tak sempat nak masakkan ikan bakar percik untuk kakak i...sbb itu favourite dia, i tak dapat nak main dgn baby kakak i puas2...sbb baby kakak i sgt comey dan selalu buat i rasa happi bila i pegang baby dia. tapi tu semua i tak dpt buat, sbb kakak i terpaksa balik awal...sedihnya. sangat2 sedih...dan sekarang i sangat2 merindui kakak i. sbb kami dah tak dpt jumpa hari2 lagi. dia jauh, i pon jauh...i rindu sgt2 dgn kakak. smlm baru hantar kakak i ke airport...hari ini seharian i merindui kakak i and her famili.i rasa sunyi sgt2...

Kes2-
supposedly siti dah berjanji dengan boyfren dia untuk hidup bersama2. biar apapon yang berlaku. diawal percintaan siti, semuanya bahagia, cantik dan sempurna. hari2 siti called boyfren dia sbb she always misses him. siti dah rancang dah, kalau mereka jadi kahwin, mereka nak beli rumah duduk bersama, pegi kerja sama2, siti nak jaga boyfren dia elok2, masakkan sedap2, siapkan makan minum dan pakai boyfren dia sebaik mungkin. dan yang paling penting, siti nak ada anak dengan bakal suami dia nanti...some more, siti dah adapon nama utk bakal anak mereka nanti. kalau lelaki she wants to put his baby boy's name -AARIZ FAYZAN, kalau perempuan she wants -AYRA FATIHAH...adorable names rite? but satu hari...boyfren siti minta breakup. just because she is studying abroad and he is not, he feels that siti is too good for him and he can't admit that...and finally, hari2 siti tempuhi dengan air mata.hidup keseorangan sunyi tanpa orang yang she used to love before. siti kecewa sangat2...

Kes3-
supposedly firdaus nak sambung belajar di oversea bila dia dah habis SPM nanti. dia mmg dari dulu dah bercita2 dan merancang nak pergi sambung belajar di UK. firdaus nak sangat menyambung pelajaran di University College London (UCL), sebab abang angkat dia dulu x-UCL. selama ni, he always jd kan abang angkat dia as a role model. semenjak keputusan PMR firdaus kurang memberangsangkan tempoh hari, firdaus mula belajar bersungguh2 utk mendapatkan peluang ke UCL tu. alhamdulillah, result SPM firdaus sgt flying colors and some more, firdaus dapat offer schollarship lagi utk ke UCL. sampai tempoh sebulan sebelum firdaus nak fly ke UK, ayah firdaus jatuh sakit...ya Allah, amat besar ujian waktu tu utk firdaus. demi kerana rasa tanggungjawab sebagai anak sulong dan sayang nya firdaus pada ayahnya...firdaus terpaksa melupakan rancangan ke oversea nya itu. jauh di lubuk hati rasa hancur sudah semua harapan, memang firdaus terasa sedih sgt2...


TAPI...semua nya mereka hadapi dengan tabah. I, Siti dan Firdaus tahu...Allah telah merancang SATU perancangan yang lebih baik untuk mereka.

Percayalah...setiap benda yang berlaku ada hikmah. Allah itu Maha Penyayang. mungkin kita rasa sunyi, kita rasa kecewa, kita rasa sedih...tapi nantikanlah disetiap kesunyian ,kekecewaan dan kesedihan itu...kalau kita bersabar pasti ada KEMANISAN nya.

dan ingatlah...JANJI ALLAH ITU BENAR.

Uncle RIndu Zara...


Uncle RiNdu Syahmi...

July 27, 2010

penat penat penat


otak bercelaru...
perut selalu lapar...
mata asyik kuyu...
badan rasa layu...

penat penat penat

hajat nak pegi bercuti...
rasa nak tidur sepanjang hari...
pegi jalan2 tenangkan diri...
lupakan semua masalah yang ada...

penat penat penat

tapi tetap juga macam ni...
menghadap kerja tak henti-henti...
konon nya dah nak habis sikit lagi...
rupa-rupanya masih menimbun lagi...

penat penat penat

JOM SOLAT DULU
JOM CARI MAKANAN
JOM TELEFON ORANG TERSAYANG
JOM JANGAN BANYAK SONGEH
JOM REHAT zzz

July 25, 2010

Afizan Azman



Assalamualaikum semua. alhamdulillah, dah nak penghujung bulan July...HAPPY BIRTHDAY MY ABAH. 25th July. Alhamdulillah, abah dah 17 tahun dah tahun nie. :). Bangun2 je pg tadi...terus called abah, wahhhh tgh menidurkan cucu kesayangan yang dah nakal skrg nie. Syahmi...u ahhh better watch out. u have got all the attentions...and ini TIDAK ADIL.

abah sekarang alhamdulillah, hidup makin happi. mana tak nyer, dah ada cucu sulong. anak2pon semua dah besau2. 3 orang dah selamat berpasangan, dan yang paling kecik dah form one dah pon. bila fikir2 balik, mcm2 kenangan dengan abah.

abah yang kami kenali sejak dulu...orang semua ckp benda yg sama. first time tgk abah. mmg rasa abah tu mcm sombong, pendiam, GARANG!!! instead ramai orang panggil abah cikgu or guru besau. lawakssss seh. tapi bila dah lama2 duduk semeja dgn abah, or borak2 dgn abah...he is sooooooooooo sweeeeeeeet like me! nak juga. ahhahaha.paling korang takkan percaya, abah kan sebenarnya ala2 RAJA LAWAK yang kalah pusingan semi final. pandai buat lawak ok. lawak2 abah...sgt bersahaja, dan paling best SARCASTIC. kdg2 tak perasan pon...diam2 abah buat lawak n kena kan kita.

abah jenis yang tak suka cari pasal. apa2 berlaku, abah pendam jer sorang2. mak lah tempat selalu abah kongsi cerita.bila anak2 dah besau nie, barulah abah mula bercerita kat kami. alhamdulillah, sekarang semua susah senang abah share dgn kami 5 beradik. sbb tu, kami semua takder rahsia apa2 dgn abah n mak. dulu waktu kami belajar kat MMU ingat lagi...disebabkan kami 3 beradik tgh final exam...abah sanggup takmau bercerita kat kami yang rumah kami kena rompak. abah kena cucuk pisau, barang2 hilang takyah citerlah, rumah kena pecah, mak dengan uteh kena ikat...adik jer waktu tu tak di apa2kan. alasan abah tak mau bercerita, abah takmau kami risau...since we are seatin for our final exam. abah, mak, uteh dan adik dah dekat sebulan ulang2 alik tidur rumah nenek, sbb abah fobia tidur rumah, langsung abah tak citer. waktu tu geram kat abah pon ada, tapi dlm masa yg sama...kami terharu kat abah,sbb sanggup korbankan diri sendiri utk kami anak2. well, enuf said...till today pon abah masih byk berkorban utk kami.

cerita pasal pengorbanan abah...i think one entry ain't enuf. abah bab makan2 even duit kat poket dah keringpon, abah sanggup tunaikan impian anak2 abah utk makan kat luar. favourite kami sekeluarga, mmmg tiap2 malam nak mengeteh. lepas tu...kami suka jer bila makan, abiskan makanan abah...tapi abah tak bising pon. entahlah...waktu belajar, even kami ada kereta, abah still sanggup amik kami di asrama utk bawa blk rumah. penat mcm mana sekali pon.pengorbanan paling besau abah buat utk oghang...ialah, bila abah sanggup terima anak2 abah seadanya. oghang nie byk jer kelemahan diri. tapi abah tak pernah rasa malu, waspada apatah lagi hina memiliki oghang dan adik2 yg lain. sayang nyer kat abah...

oghang actually tak rapat dgn abah. orang cakap, anak lelaki dgn ayah dia cold blood. (betul ke term tu?) tak serasi. mula2 dulu yes...mmg takut dgn abah. tapi sekarang, abah sgt sayang kat kami. i can feel it. balik msia last 2 months, masih ingat waktu oghang duduk semeja dgn abah...kami borak2. mcm best frens...

OMG...tak tau nak cerita camner. i am just proud to have u abah. everytime i bring up myself to anywhere...i will always bring ure name with me.

LOVE U...always. insyaAllah, oghang janji...oghang takmau abah menangis.

THANK U abah...for everything.

your son,
Afizan Azman