April 18, 2010

KECANTIKAN ADALAH HAK MILIK SEMUA...ghettuww




Pernah tak, korang dengar petua2 dari orang2 dulu ker orang2 skrg ker. petua bila nak buat kerja ker, petua bila nak memasak ker, or even petua kecantikan. just wondering lah kan...bila tgk2 balik gambar kami sekeluarga, ternampak muka mak yg hummmmm bersih lah juga di usia lebih 50 an nie, and amazingly mak never got pimples. bestkan...

pernah gak tanya2 mak mcm mana mak jaga kulit. coz mak never used any facial products. neverrrrrr ok! pernah lah sekali tu gatal2 nak guna pencuci muka dove, sbb dpt free kan. sapu jer kat muka, terus kuar JERAWAT BATU BELAH BATU BERTANGKUP. gamakkkkk besau. huhuhu n the worst part, buat mcm2 picitlah, taruk ubatlah semua xjalan. jerawat tu masih di situ.sangatlah tension yerk...

so hari ni, balik dr gym tadi, terpikir, since dah lama sgt tak updates blog nie, meh ler oghang ceghita pasal petua2 kecantikan nie. nak bagi petua memasak...oghang bukannyer pandai masak sgt. petua ada mcm2...try lah mana yg senang. petua nie ada petua mak bg, petua org dgr2 dr kawan dan ada yg cr2 kat internet...

untuk kulit licin dan lembab
1) amalkan selalu minum air masak. at least 8 gelas sehari. paling penting, sblm tidur minum segelas, and bgn tidur pon minum segelas lg...supaya kulit tak kering waktu tidur. ni oghang nyer amalan every day...try lah
2) boleh try steam kan muka...petua dulu2 bila abis tanak nasi...buka periuk nasi tu then lalukan muka kat wap2 nasi tu. ni petua nak wapkan muka ok...bukan petua nak buat nasi kangkang. satu lagi, just lalukan muka yerk kat wap2 nasi tu...jgn lak pegi tonyohhh muka tu dlm periuk nasi.
3) ada orang letakkan timun atas kulit muka waktu tidur...i never tried this.

buang jerawat
1) jerawat jgn dipicit2 sbb nanti lagi banyak...n kalau picit nanti meninggalkan lubang lava yg kekal lama yerk. abislah muka korang dah jd mcm lohong gunung berapi nanti. ive been there done that...nyesal tak sudah.
2) panas dan sejukkan kanji nasi...pastu sapu kat jerawat tu. biarkan kering pastu baru bilas. amalkan smp kurang jerawat tu.
3) kalau jerawat batu...rebuskan daun teh hijau. bila dah suam, lekatkan daun tu kat jerawat n biar sampai kering.
4) basuh muka dengan air basuhan beras. bila basuh beras tu...jgn buang air dia. amik air dia n sapu kat muka. dah sapu tu jgn lah lupa di bilas...nanti berkerak lak muka.

hilangkan bintik2 hitam
1) rendamkan sehelai tisu dlm 2 biji putih telur. kemudian tampalkan tisu tu kat muka. dah kering, jgn lupa bilas...kalau tak nanti kena matahari panas leh buat telur goreng kat muka nanti.

hilangkan parut di muka
1) kisar kan timun n amik hampas timun tu sapu kat muka...biarkan dlm sejam sebelum di bilas.

licin kan kulit muka
1) orang dulu2 suka pakai bedak sejuk...but in my famili, we never had bedak sejuk. so tak tau lah apa petua bedak sejuk ni
2) amik serbuk teh...gosokkan kat muka.then biarkan dlm 15 minit sebelum di basuh...pastu serbuk tu sila dibuang yerk...jgn hidangkan bg org lain minum lak!!!

kulit muka berminyak
1) duduk sini jaranglah kulit muka berminyak...tapi dulu kalau kat malaysia, biasa amalkan bawa wipes. or at least tisu muka. sbb once kita biarkan kulit terus berminyak...nanti tunggulah PAK JERAWAT datang ke muka.
2) ada orang ckp amalkan amik buah epal then parut halus2...pastu letak kat kulit muka.dan biarkan sampai 15 min sblm basuh dgn air suam.


apa2pon...kena ingat, setiap kali buat semua apa2 pon, jgn lupa mulakan dgn bismillah dan jgn lupa juga selawat ke atas nabi. kena ingat...setiap benda tu dtg dari Allah...kalau kita nak minta sesuatu, biarlah kena caranya.

another thing...nanti kalau muka dah cantik jgn lah pula lupa dulu muka tu pernah tak cantik. nanti Allah tarik balik nikmat...korang jugaaaaa yg payah. kena ingat...dari Allah ia datang, dan kepada Allah juga ia kembali.

so renung2kan dan selamat beramal...


***i ni malas dah nak layan org2 merajuk nie...dah tua2 tak reti nak memujuk dan tak minta pon dipujuk. so kalau korang merajuk smp membawa diri tu...jgn haraplah oghang nak pujuk. (huhuhuhu...tiba2 masuk topik lain)

6 comments:

  1. mak aih, ni petua pengantin eh Afizan, heeee :p

    ReplyDelete
  2. hehehe petua makanan dan exercise?

    abg afizan, sy rase abg link nama sy x betul la. siapa ishak?

    ReplyDelete
  3. fizan..still remember what you told rafta and me masa kat china dulu? u said..cukuplah dengan air semayang yg sempurna.. ;)

    ReplyDelete
  4. kak nab...pengantin ke tak pengantin ker sy pon tak tau. hehehee yg penting...kita boleh cuba.

    ReplyDelete
  5. zul...ya ampun. sorri abg silap. nanti abg betulkan. insyaALlah

    ReplyDelete
  6. nita...hehehe itu petua kak anita sarawak. ahahhaha

    ReplyDelete