April 28, 2010

Manusia yang beradab...

Kadang-kadang terlepas pandang benda2 yang remeh temeh...sampai terlupa, kalau buat selalu, maka kuranglah pahala. Teringat pula fakta yang di baca semalam, dalam Cool Facts, which is said: kalau kentut kita dikumpulkan selama lebih kurang 6 bulan dan 20 hari, letupan kentut tu bersamaan dengan letupan bom atom.
Hamekkkkkkkk...tak payah susah2 nak belajar tinggi2 buat bom...dengan kentut sendiri boleh letupkan Hiroshima dan Nagasaki.
Well, that's not my point...my point is, kalau benda yg buruk tapi dipandang remeh2,lama2kalau di simpan boleh memudaratkan diri juga.

Terbaca blog one of my friend tentang adab2 seharian yang diamalkan Rasulullah S.A.W. moga dapat di hayati, di amalkan dan insyaAllah, moga menjadi teladan pada yang lain.

BERSIN:
Daripada Abu Hurairah r.a.,“Apabila Rasulullah s.a.w. bersin, beliau meletakkan tangannya atau kain bajunya ke mulutnya untuk menutupnya sambil memperlahankan bunyi bersin itu.” (HR Abu Daud)
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jika seseorang itu bersin, maka hendaklah dia memberi pujian kepada Allah dengan mengucapkan “الْحَمْدُ لِلَّهِ” [Alhamdulillah] (Segala puji untuk Allah). Manakala bagi setiap Muslim yang mendengar saudaranya bersin hendaklah mendoakannya dengan menyebut “يَرْحَمُكَ اللهُ” [Yarhamukallah] (semoga Allah memberi rahmat kepadanya). Dan jika orang yang bersin mendengar saudaranya menyebutkan “يَرْحَمُكَ اللهُ” [Yarhamukallah], maka hendaklah dia mengucapkan
“يَهْدِيْكُمُ اللهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ” [Yahdikumullah wayus-lihu balakum] (Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu dan memperbaiki keadaanmu).” (HR al-Bukhari)


MENGUAP:

Diriwayatkan oleh Muslim, Nabi bersabda, "Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu." (HR Muslim)


MEMAKAI KASUT:

Dari Aisyah r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Kalau memakai kasut, pasang yang kanan terlebih dahulu tetapi kalau membukanya yang kiri terlebih dahulu. Jadi yang kanan adalah yang mula dipasang dan yang terakhir dibuka." (Sahih Bukhari)

KETAWA:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah.

MINUM BERDIRI:
Imam Ahmad berkata bahawa Muhammad ibn Jaafar telah menceritakan kepada kami, Shu'bah relah memberitahu kepada kami daripada Abu Ziyad al-Tahan yang mendengar Abu Hurairah r.a. mengatakan bahawa beliau telah mendengar daripada Nabi SAW bahawa, "Baginda telah melihat seorang lelaki yang minum sambil berdiri. Lalu baginda menegur lelaki itu dengan bersabda, "Awas!" "Kenapa?", tanya lelaki itu dengan nada terkejut. Nabi SAW menjawab, "Adakah engkau suka jika engkau minum dengan seekor kucing betina?" "Tidak," jawabnya. Sambung Nabi SAW lagi, "Sesungguhnya ketika kamu minum tadi, ada makhluk yang lebih buruk daripada kucing telah minum bersama kamu iaitu syaitan." (HR. Imam Ahmad)

Imam Ahmad juga telah meriwayatkan bahawa 'Abd al-Razzaq telah menceritakan kepada kami, Ma'mar telah menceritakan kepada kami daripada al-Zuhriy daripada seorang sahabat daripada Abu Hurairah r.a. mengatakan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Jika seseorang yang minum sambil berdiri, tahu apa yang ada di dalam perutnya nescaya dia akan muntah kembali." (HR. Imam Ahmad)

KETERAMPILAN DIRI DAN SENYUM:
Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu, "Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"
Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan ubahlah raut mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah,salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya."
Lelaki itu tertunduk. Dia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.

MENIUP MAKANAN ATAU MINUMAN
Sebagaimana dalam Hadits Ibnu Abbas menuturkan "Bahwasanya Nabi Shallallaahu alaihi wa Salam melarang bernafas pada bejana minuman atau meniupnya". (HR. At Turmudzi dan dishahihkan oleh Al-Albani).
dari salah satu experiment kimia di Indonesia, ada yang menjelaskan secara teori bahwa: apabila kita hembus nafas pada minuman, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu
carbon dioxide, yang apabila bercampur dengan air H20, akan menjadi H2CO3,
iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. dan saya
ingat juga bahwa Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam menyuruh kita ketika minum seteguk demi seteguk, jangan teguk sekali arong satu gelas sambil bernapas di dalam gelas, hal ini juga dilarang.

LUDAH KIRI KE KANAN?
Berludah bererti membuang sesuatu kekotoran yang ada dalam mulut seperti sisa-sisa makanan,darah,nanah,air liur atau pun kahak yang keluar dari kerongkong hingga ke mulut kemudian diludahi seseorang samada di tempat meludah (sinki) atau pun tidak. Berludah di tempat-tempat awam atau di merata-rata tempat adalah dilarang kerana ia boleh mencemarkan persekitaran dan menyebarkan kuman penyakit.
Justeru meludah seperti yang difahami melalui sebuah hadith Rasulullah SAW bermaksud: "Mimpi yang baik dan benar adalah datang daripada Allah SWT manakala mimpi yang buruk dan jelik adalah daripada syaitan. Sesiapa yang terjaga dari bermimpi sesuatu yang buruk menimpanya maka hendaklah ia meludahi (tanpa keluar air liur ) di sebelah kirinya sebanyak tiga kali ludah dan kemudian dia memohon berlindung dengan Allah daripada gangguan syaitan. Sesungguhnya perbuatan sedemikian boleh mencegah diri daripada syaitan memudaratkannya. ( Bukhari dan Muslim ).

BOLEH KENCING BERDIRI???
Islam telah mengajar umatnya memiliki ciri-ciri akhlak yang baik dengan mematuhi adab-adab dalam semua keadaan termasuklah bersuci. Amalan kencing berdiri bukan sunnah Rasulullah SAW. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Aisyah bahawa sesiapa yang menceritakan bahawa Rasulullah SAW kencing berdiri janganlah mempercayainya sesungguhnya Rasullullah SAW kencing dengan cara duduk. Hadis riwayat Al-Tarmizi. Dalam hadis lain riwayat Ibnu Mas'ud mengatakan bahawa harus kencing berdiri bagi orang yang uzur. Pembiasaan kencing berdiri mempengaruhi tingkah laku yang kurang sopan.

TIDUR LEPAS SUBOH=Buang rezeki, TIDUR SBLM MAGRIB=Jadi gila
Selepas waktu subuh dan sebagainya kita tidak dilarang tidur sebaliknya kita digalakkan supaya bekerja dan membuat apa-apa tugas yang dapat memberikan manfaat kepada diri sendiri dan ahli keluarga serta masyarakat.Ini kerana ummat Islam adalah ummat yang tidak suka membuangkan masa dengan berlalu sahaja tanpa mendatangkan apa-apa faedah.Oleh itu manfaatkanlah masa luang yang panjang dengan membuat kerja-kerja yang banyak faedahnya untuk bekalan di akhirat kelak. Harus tidur waktu pagi dan petang atau pada bila-bila masa sahaja dan ia tidak dilarang dalam Islam asalkan mengantuk dan tidak menghalang dan mengganggu tugas-tugas harian pejabat dan mencari rezeki.

CARA RASULULLAH S.A.W PAKAI CINCINRasulullah saw memakai cincin di jari kelingking tangan kiri sehingga baginda wafat. Inilah yang dipegang oleh Imam Malek, Imam Syafi’e dan Imam Ahmad. Berdasarkan hadith daripada Annas bin Malek : “ Adalah cincin Nabi SAW dipakai pada tangan ini ( Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri)". Hadith Riwayat Muslim Di samping itu Ali bin Abi Talib berkata “ Rasulullah SAW telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya( jari tengah atau jari hantu)”. Hadith riwatat Muslim, Abu Daud At-Tirmizi dan An-Nasai


Bila Adab sudah dijaga, Hati mudah diperbaiki...
Bila Hati sudah dibaiki...
InsyaAllah semua akan dihargai...Wallahu'alam.

2 comments:

  1. betulkan yang biasa..biasakan yang betul..

    kita kata kita cinta Rasul..sayang Baginda..tapi sunnah yang mudah ini pun kita susah nak laksanakan..

    bro fizan..sy nk trima kasih sgt sbb bg info ni..saling ingat-mengingat tu sikap yg perlu ada dlm diri stiap muslim =)

    ReplyDelete
  2. betul tu...ana pon bukan lah manusia sempurna, dan tidaklah sebaik mana. byk kekurangan dan kelemahan. ingat mengingati...itu lah tuntutan agama.

    kdg2 kita sibuk menyuruh orang berjihad, pegang senjata dan berperang...tapi kita lupa, jihad yg sebenar adalah jihad dalam diri sendiri.

    moga jadi pengajaran utk ana juga. insyaAllah.

    jazakAllah bro saad...

    ReplyDelete