May 3, 2010

asah mana yang "karat"...






Tiba2 tadi terpandang album kenangan dulu2. Best pulak teringat zaman2 muda dulu, waktu aktif berpantun...sampai dapatlah juga buat performance dengan Siti Nurhaliza, Mawi and Fauziah Nawi untuk Malam Budi Bahasa dekat Stadium Negara. Siap dapat duduk satu bilik persalinan dengan diaorang semua lagi tu. Memang best...pastu teringat zaman2 dengan TM. Kenangan yang paling tak dapat dilupakan. Masuk satu pertandingan ke satu pertandingan lain...sampailah kami semua sepakat untuk berhenti berpantun dan bawa haluan masing2. Kak Hasfariza Hasan (bekas Assistant General Manager TM tu) sekarang dah jadi freelancer, Abdul Kadir Jailani, bekas Assitant Manager kat MMU, sekarang dah jadi Manager kat British India Company, dan I sendiri lak, dah sambung belajar...yang tinggal hanya Kak Norazlina Abu Bakar masih di TM Kinrara dan Abang Mustafa Ibrahim sekarang Assitant General Manager TM dekat Menara Rebung lagi. Paling tak dapat dilupakan, kenangan menang dua tahun berturut2 mengalahkan TV3 pada 2006 dan PNB pada 2007, dan dua tahun berturut2 juga TM dapat pemantun terbaik. Dan antara semua kenangan2 tu adalah kenangan kami bersama, makan diSecret Receipe mereka pantun dan bergossip, fitting baju, makeup, mencari prop dan macam2 lagi lah...sampai lah kami mengenali Puan Zubaidah (kak zu), Budayawan Negara dan Kak Isti, makeup artist...yang kedua2nya datang dari Istana Budaya. Memang best sangat memori2 tu semua.Setiap kali kami yang naik pentas...performance memang melettttttooooooppp. Tu semua idea Kak Has, Kadir dengan Kak Ina lah...mereka memang kreatif.

So di pendekkan cerita, try2lah tadi buat2 pantun...just nak tgk skill tu masih ada ker tidak...pantun2 sengal jer pon. Pantun waktu bercinta dan selepas putus cinta.(ni bukan kisah cinta sebenar i ok) hehehee...hummm takdalah sebest mana...tapi at least, dapatlah buat sikit2. sekadar mengasah bakat yang dah karat. Kalau salah tolong tunjukkan...bukan jolokkan ok!!! opssssssssssss

SEDANG HANGAT BERCINTA:

kalau layang terbang melayang,
pastikan tali berikat mati,
kalau sayang tunjukkan sayang,
tak adalah abang ternanti nanti.

banyaklah sungguh si batu karang,
jelas dipandang darilah jeti,
walau jauh adik diseberang,
abang merindu tak henti-henti.

petik mangga pilih yang tua,
barulah sedap manisnya pasti,
seronoknya rasa dapat berdua,
hilang semua duka di hati.


LEPAS PUTUS CINTA:

macam pontianak ketawa meringai,
sampai tak perasan seluar dah basah,
apa kau hengat buat perangai,
muka seposen ada ku kesah?

jauh ceruk jalan ke meru,
hendak bertandang rumah si dara,
muka buruk suara puru,
aku pandang terus tak selera.

letak paku merata-rata,
kaki terpijak tumit terbelah,
dengar sini aku nak kata,
piiiiiirah...kau boleh blahhhh.


huhuhuhuhu...pantun bergurau jer ok. jangan ada yang sentap lak. minta maaflah kalau ada yg terasa. iskkkkk rasa mcm nak masuk balik jer pertandingan pantun. Kak Has, Kadir jommm masuk TM semula...Kak Ina n Abg Mus...bersiap sedia.

Walllllllllllaaaaaaaaa

6 comments:

  1. a.pizan..SANGAT best 2-2 pantun tu..minat gak nak cuba2 buat pantun..tp takde seni langsung..kaku je baca..

    ReplyDelete
  2. wouh...boleh pinjam pantun nieh,,,ekekeke,,

    ReplyDelete
  3. fathiah...best ke? alhamdulillah. benda2 seni nie, kena selalu buat. baru tak hilang skill. awak pon boleh...yg penting,selalu usaha...aja aja fighting...

    one thing, nak buat benda2 seni nie, kena amik mood...ada feeling n emosi...baru dia nampak seni dia. hehehe

    renung2kan dan selamat beramal

    ReplyDelete
  4. ain...bolehjer...jgn lupa bayar royalti kat along. tak mahal pon along charge

    ReplyDelete
  5. salam

    wahh, very talented, menarik lah bro, ni bukan berkarat..but masih berkilat lagi la.. *_^

    ReplyDelete
  6. untuk afizan tue memang sesuai pada lelaki dyus dan kejam

    ReplyDelete