June 15, 2010

Kisah si ikan pelaga...


cantik kan ikan pelaga nie...
tak tau lah korang tau ke tak, ikan pelaga nie, leh hidup kat mana2pon. leh hidup tahan lama walaupon tak makan. leh hidup lagi lama daripada ikan emas yang mahal itu, walaupon tanpa bantuan oxygen. even kena letak dlm bekas yg dah berkulat sekali pon, ikan pelaga nie masih boleh hidup sekor2. letaklah ikan tu kat malaysia ker, kat UK ker tercampaknya...insyaAllah masih mampu hidup. biarpon tempat tercampak tu, taklah sesempurna mana, si ikan pelaga ni masih mampu bertahan.

cantik kan ikan pelaga nie...
tak tau lah korang tau ke tak, yg ikan pelaga ni, dia tak boleh duduk satu bekas dengan ikan pelaga lain or ikan2 lain pon. sedihkan? cantik tapi tak dpt hidup berdua. akhirnya diri rasa kosong.bila banyak ikan pelaga ni dalam satu bekas, mereka akan bergaduh dan akhirnya mati. seksakan? hidup sebagai ikan pelaga ni. tak boleh hidup dgn yg lain.Maha Adil sangat Allah...setiap benda yang ada, semuanya pasti ada kekurangan. cantik, sempurna, cukup sifat tapi tak boleh untuk hidup bersama2.

cantik kan ikan pelaga nie...
tak taulah korang tau ke tak, bila ikan pelaga nie kembang kan ekor dia waktu tulah waktu ikan tu kembang cantik.warna dia akan jd lebih menyerlah...wahhhh semua orang kagum. semua orang happy. tapi kita tak tau pon, bila ikan tu kembangkan ekor dia, sebenarnya dia terseksa. sbb apa? sbb itu tanda yg ikan tu tgh berlawan. orang yg tengok, hanya tahu bersorak, seronok sbb dapat tgk ikan tu cantik. samalah...orang tgk kita senyum, semua ingat kita happi. tapi tak semua tahu, dalam senyuman tu ada kepahitan. bak kata shahir dlm lagu dia, embonpon takkan mampu menyubur sekuntum bunga yg layu pada musim luruh. biarlah senyum manis gulapon, tapi kalau dalam hati derita, orang yg arif...pasti nampak kita tengah sakit.

tapi...biarlah. biarlah oghang yang sakit. biarlah sakit tu oghang yang tanggung. kalau terpaksa kita yang menangung peritnya, biarlah...asalkan orang lain dapat nikmat seronoknya dan gembiranya.

oghang tahu...mak abah baca blog oghang. oghang tahu mak ngan abah concern pasal oghang. oghang tahu mak ngan abah sayang kat oghang...walaupon oghang terpaksa tanggung sakitnya sampai ke tulang sekali pon, oghang akan cuba buat untuk mak dgn abah...sebab oghang sayang mak dgn abah.
kalau oghang terpaksa belajar jauh ke UK, duduk sorang2 bertapa kat sini selama2nya pon oghang sanggup buat untuk mak abah.
kalau oghang terpaksa kerja tungkus lumus, kutip rambut2 orang lain kat celah2 lubang air, sental lantai sampai bersih, oghang sanggup buat, asalkan dpt tolong mak abah.
kalau oghang terpaksa ikat perut, hari2 makan roti dengan telur dan menu sama setiap hari selama seminggu, oghang sanggup, asalkan dapat kumpul duit untuk mak abah.
kalau oghang terpaksa korbankan diri sendiri, korbankan kegembiraan diri sendiri, korbankan keinginan diri sendiri, oghang sanggup...asalkan mak dgn abah gembira.

sebab apa? sebab diri oghang takda apa dalam dunia ni...selain mak dgn abah. biarlah hari2pon oghang menitis air mata...menahan kesakitan, tapi oghang tak mau mak dgn abah yang sakit. sbb oghang tak sanggup dengar atau tengok abah nangis lagi. oghang tak mampu biarkan abah tak berselera nak makan, sebab fikirkan pasal oghang. oghang tak mahu mak risau lagi pasal oghang.

sudahnya...biarlah oghang pendam sorang semua kesakitan tu. biarlah oghang telan sorang semua keperitan tu. biarlah oghang simpan semua kepahitan tu.

sebab oghang nie ibaratnya si ikan pelaga...hanya cantik dipandangan orang, tapi bukan pandangan diri sendiri.

konklusinya...biarlah oghang yang berkorban, duduk jauh dari keluarga, isteri dan kawan2 di malaysia, berkorban susah penat bekerja pagi dan malam, berkorban hati dan perasaan...asalkan dapat melihat mak dan abah oghang gembira.

kalau bukan kita yang berkorban untuk mak dan abah kita...siapa lagi?

***
rindu nya pada abah...sedih sebab tak dpt peluk abah sebelum balik ke UK. Allah jer tahu betapa sayunya hati bila abah called kat KLIA aritu. first time ever, balik UK, tanpa semua famili disisi.



lagu2, tisu, kalendar dan gambar...jadi barang/tempat meluahkan perasaan...

7 comments:

  1. ikan pelaga memang cantik tetapi kuat dan bleh hidup di mana2....
    ikan pelaga mampu menanggung derita walaupun hanya tinggal bersendirian di dalam bekas di sudut penjuru....
    namun ikan pelaga tahu bahawa masih ada yang mengigati dan menyayangi si ikan pelaga walaupun di mana ikan pelaga berada....
    ikan pelaga tetap kuatkan diri walaupun begitu banyak onak dan duri....

    abg banyakkanlah bersabar kerana kami disini sentiasa mendoakan abg yang berada di sana...
    tidak pernah lekang doa untuk abg di sana....
    insya Allah, semuanya baik2 berlaka...
    amin...

    ~little brother....

    ReplyDelete
  2. dear my best frenz..
    pengorbanan yg dibuat, jgn ingt Tuhan tak pndang..as i said b4, tuhan tuh tak pekak, tak buta and tak bisu..semuanya Dia tau.!!

    btw ikan pelaga kat UK brapa hengget ek?? heeheh

    ReplyDelete
  3. boboy...alhamdulillah u can understand what ive wrote.
    thanks a lot bro

    ReplyDelete
  4. aizul...u are right. (huhuhuhuhu)

    ReplyDelete
  5. Surah al-baqarah ayat : 284
    “Bila kau memandang segalanya dari tuhanmu yang mencipta segalanya,yang menimpakan uijian dan menjadikan sakit hatimu,yang membuat keinginanmu terhalang serta menyusahkan hidupmu,pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentaqdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu,retaknya hatimu tapi mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganya…Itulah yang Dia mahu sebenarnya.”

    Terasa sesak di dada, tetapi terimalah ia sebagai kehidupan. Allah pasti mendengar, melihat dan merahmati hambanya yang ikhlas. InsyaAllah

    ReplyDelete
  6. hi afizan, be strong ok. share your sadness, hope and joy with Min okay, jangan tangung sorang2;)
    Min, you too..be strong!

    ReplyDelete
  7. kuat semangat...Allah maha mendengar...just take care your self along...

    ReplyDelete