July 25, 2010

Afizan Azman



Assalamualaikum semua. alhamdulillah, dah nak penghujung bulan July...HAPPY BIRTHDAY MY ABAH. 25th July. Alhamdulillah, abah dah 17 tahun dah tahun nie. :). Bangun2 je pg tadi...terus called abah, wahhhh tgh menidurkan cucu kesayangan yang dah nakal skrg nie. Syahmi...u ahhh better watch out. u have got all the attentions...and ini TIDAK ADIL.

abah sekarang alhamdulillah, hidup makin happi. mana tak nyer, dah ada cucu sulong. anak2pon semua dah besau2. 3 orang dah selamat berpasangan, dan yang paling kecik dah form one dah pon. bila fikir2 balik, mcm2 kenangan dengan abah.

abah yang kami kenali sejak dulu...orang semua ckp benda yg sama. first time tgk abah. mmg rasa abah tu mcm sombong, pendiam, GARANG!!! instead ramai orang panggil abah cikgu or guru besau. lawakssss seh. tapi bila dah lama2 duduk semeja dgn abah, or borak2 dgn abah...he is sooooooooooo sweeeeeeeet like me! nak juga. ahhahaha.paling korang takkan percaya, abah kan sebenarnya ala2 RAJA LAWAK yang kalah pusingan semi final. pandai buat lawak ok. lawak2 abah...sgt bersahaja, dan paling best SARCASTIC. kdg2 tak perasan pon...diam2 abah buat lawak n kena kan kita.

abah jenis yang tak suka cari pasal. apa2 berlaku, abah pendam jer sorang2. mak lah tempat selalu abah kongsi cerita.bila anak2 dah besau nie, barulah abah mula bercerita kat kami. alhamdulillah, sekarang semua susah senang abah share dgn kami 5 beradik. sbb tu, kami semua takder rahsia apa2 dgn abah n mak. dulu waktu kami belajar kat MMU ingat lagi...disebabkan kami 3 beradik tgh final exam...abah sanggup takmau bercerita kat kami yang rumah kami kena rompak. abah kena cucuk pisau, barang2 hilang takyah citerlah, rumah kena pecah, mak dengan uteh kena ikat...adik jer waktu tu tak di apa2kan. alasan abah tak mau bercerita, abah takmau kami risau...since we are seatin for our final exam. abah, mak, uteh dan adik dah dekat sebulan ulang2 alik tidur rumah nenek, sbb abah fobia tidur rumah, langsung abah tak citer. waktu tu geram kat abah pon ada, tapi dlm masa yg sama...kami terharu kat abah,sbb sanggup korbankan diri sendiri utk kami anak2. well, enuf said...till today pon abah masih byk berkorban utk kami.

cerita pasal pengorbanan abah...i think one entry ain't enuf. abah bab makan2 even duit kat poket dah keringpon, abah sanggup tunaikan impian anak2 abah utk makan kat luar. favourite kami sekeluarga, mmmg tiap2 malam nak mengeteh. lepas tu...kami suka jer bila makan, abiskan makanan abah...tapi abah tak bising pon. entahlah...waktu belajar, even kami ada kereta, abah still sanggup amik kami di asrama utk bawa blk rumah. penat mcm mana sekali pon.pengorbanan paling besau abah buat utk oghang...ialah, bila abah sanggup terima anak2 abah seadanya. oghang nie byk jer kelemahan diri. tapi abah tak pernah rasa malu, waspada apatah lagi hina memiliki oghang dan adik2 yg lain. sayang nyer kat abah...

oghang actually tak rapat dgn abah. orang cakap, anak lelaki dgn ayah dia cold blood. (betul ke term tu?) tak serasi. mula2 dulu yes...mmg takut dgn abah. tapi sekarang, abah sgt sayang kat kami. i can feel it. balik msia last 2 months, masih ingat waktu oghang duduk semeja dgn abah...kami borak2. mcm best frens...

OMG...tak tau nak cerita camner. i am just proud to have u abah. everytime i bring up myself to anywhere...i will always bring ure name with me.

LOVE U...always. insyaAllah, oghang janji...oghang takmau abah menangis.

THANK U abah...for everything.

your son,
Afizan Azman

No comments:

Post a Comment