August 1, 2010

life is irresistable...

Allah berfirman, yang mafhumnya "sesungguhnya kita merancang, dan Allah juga mempunyai perancanganNya. tetapi perancangan Allah adalah yang terbaik".

dalam hidup ni, macam2 kita rancang untuk diri sendiri, keluarga, bangsa, dan agama. untuk hari ini, hari esok dan masa depan. macam2 cara kita buatkan, macam2 cara kita korbankan, macam2 cara kita doakan...tapi kadang2 adakalanya apa yg kita rancang dan mahukan itu tak juga tercapai. Sedih? Rasa nak bunuh diri? Marah tahap gila meroyan? Nak meraung smp pecah cermin tingkap kereta? hummmmmmmm...

Kes1-
supposedly kakak i nak balik msia tengah bulan 8. so mcm2 lah kami dah rancang, sebelum kakak i nak balik malaysia. kami rancang nak buat makan2 buat kali terakhir, nak sambung besday i buat kali terakhir sama2, nak tidur ramai2 sama2 buat kali terakhir...tapi tiba2 dapat arahan dari pihak atasan untuk balik ke malaysia awal. sangat2 awal. i tak sempat nak puas2 menikmati masa bersama dgn kakak i. i tak sempat nak masakkan ikan bakar percik untuk kakak i...sbb itu favourite dia, i tak dapat nak main dgn baby kakak i puas2...sbb baby kakak i sgt comey dan selalu buat i rasa happi bila i pegang baby dia. tapi tu semua i tak dpt buat, sbb kakak i terpaksa balik awal...sedihnya. sangat2 sedih...dan sekarang i sangat2 merindui kakak i. sbb kami dah tak dpt jumpa hari2 lagi. dia jauh, i pon jauh...i rindu sgt2 dgn kakak. smlm baru hantar kakak i ke airport...hari ini seharian i merindui kakak i and her famili.i rasa sunyi sgt2...

Kes2-
supposedly siti dah berjanji dengan boyfren dia untuk hidup bersama2. biar apapon yang berlaku. diawal percintaan siti, semuanya bahagia, cantik dan sempurna. hari2 siti called boyfren dia sbb she always misses him. siti dah rancang dah, kalau mereka jadi kahwin, mereka nak beli rumah duduk bersama, pegi kerja sama2, siti nak jaga boyfren dia elok2, masakkan sedap2, siapkan makan minum dan pakai boyfren dia sebaik mungkin. dan yang paling penting, siti nak ada anak dengan bakal suami dia nanti...some more, siti dah adapon nama utk bakal anak mereka nanti. kalau lelaki she wants to put his baby boy's name -AARIZ FAYZAN, kalau perempuan she wants -AYRA FATIHAH...adorable names rite? but satu hari...boyfren siti minta breakup. just because she is studying abroad and he is not, he feels that siti is too good for him and he can't admit that...and finally, hari2 siti tempuhi dengan air mata.hidup keseorangan sunyi tanpa orang yang she used to love before. siti kecewa sangat2...

Kes3-
supposedly firdaus nak sambung belajar di oversea bila dia dah habis SPM nanti. dia mmg dari dulu dah bercita2 dan merancang nak pergi sambung belajar di UK. firdaus nak sangat menyambung pelajaran di University College London (UCL), sebab abang angkat dia dulu x-UCL. selama ni, he always jd kan abang angkat dia as a role model. semenjak keputusan PMR firdaus kurang memberangsangkan tempoh hari, firdaus mula belajar bersungguh2 utk mendapatkan peluang ke UCL tu. alhamdulillah, result SPM firdaus sgt flying colors and some more, firdaus dapat offer schollarship lagi utk ke UCL. sampai tempoh sebulan sebelum firdaus nak fly ke UK, ayah firdaus jatuh sakit...ya Allah, amat besar ujian waktu tu utk firdaus. demi kerana rasa tanggungjawab sebagai anak sulong dan sayang nya firdaus pada ayahnya...firdaus terpaksa melupakan rancangan ke oversea nya itu. jauh di lubuk hati rasa hancur sudah semua harapan, memang firdaus terasa sedih sgt2...


TAPI...semua nya mereka hadapi dengan tabah. I, Siti dan Firdaus tahu...Allah telah merancang SATU perancangan yang lebih baik untuk mereka.

Percayalah...setiap benda yang berlaku ada hikmah. Allah itu Maha Penyayang. mungkin kita rasa sunyi, kita rasa kecewa, kita rasa sedih...tapi nantikanlah disetiap kesunyian ,kekecewaan dan kesedihan itu...kalau kita bersabar pasti ada KEMANISAN nya.

dan ingatlah...JANJI ALLAH ITU BENAR.

Uncle RIndu Zara...


Uncle RiNdu Syahmi...

2 comments:

  1. salam,

    bunyi mcm tensen je..

    sabar k, sudah lumrah begitu, mungkin yg tak dpt dicapai tu, sbnrnye di depan ade yg lebih baik untuk kita...

    hehe, nasihat org pndai, tp kdg2 diri sndiri susah nk terima..sama2 perbaiki diri

    ReplyDelete
  2. salam bro,

    terima kasih firdaus. biasalah...hari tak semuanya indah. bila datang bulan tu, kdg2 blog nie lah tmpt meluahkan. btw...selamat bebruka puasa. n jgn lupa berterawih...

    ReplyDelete