August 15, 2010

Untuk adik-adik along...

Kehadapan Adik-adik along...

ini lah kali pertama along upload video to my blog.
ini lah juga kali pertama along tengok hasil tangan video dari saiful nang.

dan habis sahaja menonton video nie, mata terus terpandang wajah mak pada gambar yg di ambil di majlis perkahwinan haritu. biarlah sesibuk mana sekalipon anak-anak mak ni, along takkan lupa untuk telefon mak hari2 dan along nak adik2 alongpon takkan lupa benda yg sama. kalau bukan sebab mak dan abah yg selalu menyokong dan memberi nasihat pada kita semua selama ini, tak mungkin along akan berada di mana along berada sekarang, dan adik-adik along berjaya seperti hari ini. biarlah tinggi mana sekalipon kedudukan kita, along tak akan lupa mak dan abah...itu janji along.

utk adik2 along...angah, uda, uteh dan adik. kita patut bangga ada mak dgn abah. orang lain ada yg tidak diberi peluang merasa hidup beribu dan berbapa. dan yg paling patut kita bangga, mak dengan abah banyak membantu kita menjadi siapa kita hari ini. ingatkan...kecik2 dulu, mak dgn abah bekerja keras untuk kita. sekarang masa utk kita pula bekerja keras utk mereka. ingatkan along, kalau along terlupa tanggungjawab pd mak dan abah.

Untuk adik-adik along- "Kita sama-sama jaga mak dengan abah ok..."




Love,
Along

5 comments:

  1. Assalamualaikum....
    Abg, terima kasih kerana upload video ni kat blog abg....
    Meruntum hati Ariff menonton video ni...
    Rasa malu jika Ariff akan jadi anak seperti itu....
    Subhanallah.....
    Semoga Ariff bukan salah seorang daripada mereka....

    Semoga kita semua akan sentiasa mengingati pengorbanan kedua ibu bapa kita.....
    Insya Allah.....

    ReplyDelete
  2. Walaikumusalam ariff...thanks to u too ariff. btw, jgn lupa balik kampung selalu2 ok. n jgn lupa call mak abah selalu2 juga. selamat berbukapuasa ariff...n slmt berterawih

    ReplyDelete
  3. =)
    insya Allah Ariff akan sentiasa ingat pesan abg tu.....

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. hehehehehhhehhe......good2....caiyok2....lalalalalaalla....akmal mal(fb)...gne syarikat nye assgmnt...

    ReplyDelete