November 15, 2010

labbaik allahumma labbaik


...kami memenuhi dan akan melaksanakan perintah-Mu ya Allah...


bila dengar bunyi seruan haji tu...rasa terharu sgt2. lebih2 lagi bila tgk orang keliling kaabah. subhanAllah...rasa sayup2 jer. bila lah agaknyer kan nak dpt peluang menunaikan haji tu.


untuk yang tak tahu, esok kami di UK dan beberapa negara lain akan menyambut raya korban. hummmm mmglah takkan best jadinyer, sbb sambut waktu hari kerja. of courselah mamat minah salleh sini tak sambut raya haji kan. so terpaksalah berkelam dan berkabut menyambut raya esok. apa2pon tu bukan alasan. kami kat sini dah plan mcm2 dah utk menyambut raya haji esok insyaAllah. esok slps magrib dlm kol 4.30pm, kawan2 office mate akan datang ke rumah utk sama2 menyambut raya. insyaAllah, concept, semua pot luck...datang bawa makanan, and sebagai host...kita goyang kaki jer tunggu makanan. hehehee...takderlah, insyaAllah try masak something for them tomorrow too. so far plan nak buat sup ayam jer kot, since lain2 mcm nak bawa lauk2 jer, so leh lah masak nasi sikit. then insyaAllah weekend nanti ada lak plan nak buat jamuan besar besaran. hehehehe...jgn jelesssss kalau tiba2 nanti i upload gambar satay ayam dan satay daging, rendang, kuah kacang dan lonton kat next entry. well once u live in UK, u will know to cook everything. and it is true!!! esok, waktu viva PhD, kalau examiner tanya, what have u done so far...salah satu jawapan i will be....i dah belajar masak kari ayam, ayam masak merah, buat kek lobak, buat kuih seri muka and buat ikan percik. agak2 diaorg mesti rasa bangga kan dgn jawapan i? :)


enuf said...skrg ni dah masuk musim sejuk...waktu pon dah tukar, kami dah 8 jam kebelakang dr msia. n skrg siang sgt pendek...kol 5.30am masuk suboh pastu kol 4.15pm dah masuk magrib. waktu skrg nie lah mmg sesuai utk buat puasa. best gilerrrrrrrr. kejap jer dah berbuka. alhamdulillah. so sapa2 yg byk hari kena ganti posa tu, meh ler dtg UK.


bila ckp pasal pengorbanan nie, i tak tau nak ucapkan betapa besar pengorbanan famili i menerima kami 5 org adik beradik yg berbagai kerenah. mak dgn abah...mmg sgt istimewa utk i. even seburuk manapon diri i nie, sehina manapon tempat i nie, they are still there for me. sejak kecik, abah sendiri selalu berkorban utk kami. every raya, abah jarang beli baju baru utk abah...selalunya kami lah anak2 yg minta mcm2. mak pula, every raya, jarang hantar baju ke kedai...semua mak jahit sendiri. tapi kami ni anak2 yg meriah. malam raya lak, mak bertungkus lumus kat dapur masakkan makanan utk santapan raya, pastu pagi2 dah bgn utk panaskan lauk dan hidangkan atas meja. abah lak smp ke pagi mengemas rumah, berkorban utk kami anak2 mereka. sampailah skrg, mereka masih berkorban utk kami...ya Allah, tak sabar rasanyer nak tunggu masa utk balas jasa mak abah...


i love u mak n abah...selamat hari raya, maaf zahir batin.


2 comments:

  1. abg fizan,

    berani ke jwb cmtu masa present thesis?? hahahahaha

    selamat hari raya, maaf zahir batin

    ReplyDelete
  2. carl,

    i will try. nanti lps viva, i will let u know what is the respond i get.

    selamat hari raya to u too dear. maaf zahir batin

    ReplyDelete