May 3, 2010

asah mana yang "karat"...






Tiba2 tadi terpandang album kenangan dulu2. Best pulak teringat zaman2 muda dulu, waktu aktif berpantun...sampai dapatlah juga buat performance dengan Siti Nurhaliza, Mawi and Fauziah Nawi untuk Malam Budi Bahasa dekat Stadium Negara. Siap dapat duduk satu bilik persalinan dengan diaorang semua lagi tu. Memang best...pastu teringat zaman2 dengan TM. Kenangan yang paling tak dapat dilupakan. Masuk satu pertandingan ke satu pertandingan lain...sampailah kami semua sepakat untuk berhenti berpantun dan bawa haluan masing2. Kak Hasfariza Hasan (bekas Assistant General Manager TM tu) sekarang dah jadi freelancer, Abdul Kadir Jailani, bekas Assitant Manager kat MMU, sekarang dah jadi Manager kat British India Company, dan I sendiri lak, dah sambung belajar...yang tinggal hanya Kak Norazlina Abu Bakar masih di TM Kinrara dan Abang Mustafa Ibrahim sekarang Assitant General Manager TM dekat Menara Rebung lagi. Paling tak dapat dilupakan, kenangan menang dua tahun berturut2 mengalahkan TV3 pada 2006 dan PNB pada 2007, dan dua tahun berturut2 juga TM dapat pemantun terbaik. Dan antara semua kenangan2 tu adalah kenangan kami bersama, makan diSecret Receipe mereka pantun dan bergossip, fitting baju, makeup, mencari prop dan macam2 lagi lah...sampai lah kami mengenali Puan Zubaidah (kak zu), Budayawan Negara dan Kak Isti, makeup artist...yang kedua2nya datang dari Istana Budaya. Memang best sangat memori2 tu semua.Setiap kali kami yang naik pentas...performance memang melettttttooooooppp. Tu semua idea Kak Has, Kadir dengan Kak Ina lah...mereka memang kreatif.

So di pendekkan cerita, try2lah tadi buat2 pantun...just nak tgk skill tu masih ada ker tidak...pantun2 sengal jer pon. Pantun waktu bercinta dan selepas putus cinta.(ni bukan kisah cinta sebenar i ok) hehehee...hummm takdalah sebest mana...tapi at least, dapatlah buat sikit2. sekadar mengasah bakat yang dah karat. Kalau salah tolong tunjukkan...bukan jolokkan ok!!! opssssssssssss

SEDANG HANGAT BERCINTA:

kalau layang terbang melayang,
pastikan tali berikat mati,
kalau sayang tunjukkan sayang,
tak adalah abang ternanti nanti.

banyaklah sungguh si batu karang,
jelas dipandang darilah jeti,
walau jauh adik diseberang,
abang merindu tak henti-henti.

petik mangga pilih yang tua,
barulah sedap manisnya pasti,
seronoknya rasa dapat berdua,
hilang semua duka di hati.


LEPAS PUTUS CINTA:

macam pontianak ketawa meringai,
sampai tak perasan seluar dah basah,
apa kau hengat buat perangai,
muka seposen ada ku kesah?

jauh ceruk jalan ke meru,
hendak bertandang rumah si dara,
muka buruk suara puru,
aku pandang terus tak selera.

letak paku merata-rata,
kaki terpijak tumit terbelah,
dengar sini aku nak kata,
piiiiiirah...kau boleh blahhhh.


huhuhuhuhu...pantun bergurau jer ok. jangan ada yang sentap lak. minta maaflah kalau ada yg terasa. iskkkkk rasa mcm nak masuk balik jer pertandingan pantun. Kak Has, Kadir jommm masuk TM semula...Kak Ina n Abg Mus...bersiap sedia.

Walllllllllllaaaaaaaaa

May 2, 2010

jangan lupa


Bila oghang bersedih...
Kadang-kadang terasa ketat sangat kehidupan ini
Urusan di pejabat tak pernah putus-putus
Menagih "dateline" tak habis-habis
Sampai rasa tak terbawa diri kesana kemari
Tapi mak selalu pesan...JANGAN LUPA SOLAT

Bila oghang bersedih...
Kadang-kadang terasa susahnya hidup berkawan
Perangai masing-masing memang macam-macam
Dia sedih? Dia suka...susahnyalah nak kecam
Sampai rasa biarlah bawa diri sendirian
Tapi mak selalu pesan...JANGAN LUPA SOLAT

Bila oghang bersedih...
Kadang-kadang terasa banyaknya nak pakai wang
Duit ada cukup-cukup hidup sehari
Nak beli barang, nak bayar barang, nak duit berkati-kati
Sampai rasa tak cukup kerja malam dan siang
Tapi mak selalu pesan...JANGAN LUPA SOLAT

Mak pesan...JANGAN LUPA SOLAT
Sebab solat dekatkan kita dengan Tuhan
Bila bersolat kita mengadu pada Tuhan
Mohonlah bantuan pada Tuhan
InsyaAllah...Tuhan Maha Mendengar...semua masalah ada penyelesaian.


A4
10.39am

...MAK oghang...


Mak...oghang rindu kat mak. Rindu sangat-sangat nak peluk mak. Nak borak-borak dengan mak sambil minum petang makan cekodok dengan abah kat luar rumah.

Mak..oghang tak kuat macam mak. Macam-macam berlaku...sampai tak tahu nak mengadu pada siapa. Sebab tak siapa yang mungkin tahu, macam mana mak tahu anak mak.

Mak...oghang tak sabar nak balik nak peluk cium mak. Teringat kalau lepas mak dgn abah abis solat,kitaoghang semua berlari nak pegi salam tangan mak dgn abah.

Mak...oghang nak sangat makan rendang ayam mak.Oghang nak buat sendiri,bukannya oghang reti. Kalau buatpon mesti tak menjadi.

Mak...oghang teringat kalau kita berjalan, mesti oghang pegang tangan mak, peluk tangan mak. Oghang rasa selamat, sebab oghang berjalan dengan mak.

Rindunya oghang dekat mak...
Sebab mak sudi terima baik buruk anak mak
Sebab mak sanggup dengar celoteh anak mak
Sebab mak tak malu dipegang, dipeluk anak mak
Mak...oghang sunyi

A4
1.04am

LIMA


Kita ni berlima aja
Dari masing-masing kecik
Sampailah sekarang dah nak abis belajar, dah berkerja, dah berkahwin, dah ada anak
Kita ni lah
Anak-anak mak dengan abah
Dari dulu sampai sekarang
Memang bergurau, bergaduh, bersakat...tak henti-henti
Tapi kita ni lah yang buat mak dengan abah tak kering gusi

Angah
Satu-satunya adik perempuan along
Tegas, berdisiplin, garang macam singa
Tapi awak lah tempat along banyak mengadu
Awaklah banyak membantu
Adik along yang selalu pesan along buat kebaikan
Sebab along ni kadang-kadang "jahat" semacam
Teringat waktu dulu-dulu,
kalau along takut tidur malam
Bilik awak lah along tumpang beradu...
Rindunya along kat awak, ngah

Uda
Adik yg selalu gaduh dengan along dari dulu
Cerewet, banyak songeh, kerek macam bagus
Tapi awak lah banyak sokong along
Bila kita dah besar, masing-masing tahu kita saling memerlu
Lebih-lebih lagi bila awak dah berdua dan sekarang bertiga
Awak pon lebih terbuka, boleh terima along seadanya
Kitakan anak-anak lelaki tua abah
Along mesti tak kuat jaga seorang, kalau awak tak datang membantu
Teringat waktu dulu-dulu,
Bila nak minta apa-apa dari abah
Mesti along suruh awak pegi minta dulu...
Rindunya along kat awak, uda

Uteh
Orangnya memang comel, sekali pandang memang takut,tapi hati lembut, kalau bergaya...kalah Afdlin Shauki
Awaklah teman setia abah
Waktu kami abang-abang dan kakak awak sedang berjuang di menara gading
Awaklah yang jadi teman berborak abah siang malam
Legalah juga along
Sekurang-kurangnya abah ada anak yang sealiran, boleh berborak minat yang sama
Besar jasa awak uteh, pada keluarga...
Along pon tak termampu nak buat apa awak dah beri
Teringat waktu dulu-dulu,
Kalau bab nak makan luar aja
Suruh awak ajak abah...mesti dapat makan kat luar punya...
Rindunya along kat awak, teh

Adik
Budak paling nakal, degil, asyik nak main tak ingat nak belajar
Tapi rumah kita tu, mesti suram kalau adik tak ada
Sebab adik lah paling manja, macam along dia juga...
Celoteh tak henti-henti, macam along dia juga...
Selalu buat lawak sengal, macam along dia juga...
Kami yang besar ni selalu lah buli adik buat kerja
Tapi bising-bising mulut adik, adik tetap buat kan juga
Teringat waktu dulu-dulu,
Along geram kat adik, sampai along pukul adik
Habis along kena marah dengan mak abah
Tapi Allah sahaja tahu...
Along sayang kan adik, along nak adik jadi pandai macam Angah, Uda, Uteh...
Maafkan along ehh adik
Rindunya along kat awak, dik

...Along Rindu Angah, Uda, Uteh, Adik...
Jaga mak dengan abah

A4
11.40pm