June 30, 2010

Mengadu lah...




pernah tak korang rasa sunyi sangat2...
pernah tak korang rasa rindu sangat pada mak,abah dan adik beradik...
pernah tak korang rasa nak sangat balik kampung tapi tak dapat balik...
pernah tak korang rasa kerja banyak dan korang tak reti nak habiskan...
pernah tak korang rasa jengkel sangat dengan kawan korang...
pernah tak korang rasa lapar sangat tapi tak boleh nak makan...
pernah tak korang rasa macam nak jalan2 tapi duit tak da...
pernah tak korang rasa nak sangat beli tote ZARA tapi mahal sangat...
pernah tak korang rasa mengerah keringat sampai sakit pingang...
pernah tak korang rasa penat sangat berfikir macam nak pecah kepala...
pernah tak korang rasa terkejar-kejar nak siapkan macam2 tapi tak sempat...
pernah tak korang rasa kata-kata korang tak didengari...
pernah tak korang rasa masa yang ada untuk korang singkat sangat...
pernah tak korang rasa tak cukup puas menikmati juadah tengah hari...
pernah tak korang rasa tidur tak nyenyak...
pernah tak korang rasa sakit sangat hati dengan masalah...
pernah tak korang rasa hidup jauh dari keluarga ni susah...
pernah tak korang rasa muka nie tak hensem pon mcm hero Twilight...
pernah tak korang rasa badan nie gemuk macam badak...
pernah tak korang rasa diri ni banyak sangat kekurangan...
pernah tak korang rasa nak nangis sebab tak tahan dengan ujian...
pernah tak korang rasa TENSION...

tapi...
pernah tak kita buat ni bila semua yang kita rasa tu datang
...mengadu pada Tuhan?


***nota kaki-pesan Mak "jangan lupa diri, bukan jangan lupa lirik"

June 23, 2010

KESAH

orang nak buat blog
i pon nak buat blog
bila buat entry
banyak spelling errors
orang sibuk nak mengata tak gheti ENGLISH
i jawab...ADA I KESAH?

orang nak beli nombor plat
i pon sibuk nak beli nombor plat
bila beli yang murah, takda makna apa2
orang sibuk nak mengata tak eksklusif lah u
i jawab...ADA I KESAH?

orang nak diet
i pon nak diet
bila i makan banyak sikit
orang sibuk nak mengata u dah gemuk lah
i jawab...ADA I KESAH?

orang pakai baju ZARA
i pon nak berZARA juga
bila tiba2 i pakai TOPMAN
orang sibuk nak mengata dah tak mampu nak shopping ZARA ke
i jawab...ADA I KESAH?

Pening Pening Pening
Nak sedapkan hati semua orang...
Orang yang mengata tu...
Pandai sangat kah?
Kaya sangat kah?
Kurus sangat kah?
ZARA sangat kah?
Akhirnya...i jawab
ADA AKU KESAH?

*-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-*

Tapi untuk Syahmi...Uncle Long KISAH. sbb uncle sayanggggg syahmi sangat2. Uncle belikan Syahmi baju lagi. Ada 3 pasang. Tapi not ZARA anymore...but I LOIKE IT. You can give without loving, but you cannot love without giving. Uncle is loving and giving. Just for u Syahmi.


A thousand thanks to all my beloved friends and families yang datang to our walimah (me and my sister) at our parent's house. Thanks too, to everyone yg bagi hadiah yg banyakkkkkkkkkk sgt2. Thanks a lot. JazakAllahu khairan kasiran...

June 22, 2010

Padan Muka Korang...

Dari seawal sampai malaysia, i dah pasang niat jahat nie. AHAHAHAHA (gelak anak jin). I've told myself, i will capture pictures makanan yg i jamah, mentedaghah dan melantak as many as possible. AHAHAHAHA (gelak anak jin lagi).



So, untuk Puan Sumaiya, Puan Fara, Puan Mazrah, Encik Azri, Cik Azmiza dan kawan2 ku lain yg di sini, sila2lah jangan tak jeles dgn melihat gambar2 makanan saya yerk.

However, ada a few list of makanan yg nak sgt2 i rasa tapi tak dpt rasa:-
1) kuah kacang (my favsssssssss)
2) rendang ayam (my favssssss juga)
3) buah cempedak (my favssssss juga juga)

OMG.........NAK BALIK MSIA SEMULA !!! kalau anak tony fernandez baca blog i...tolongggggggg lah bg i tiket free balik msia.

Btw, i dah beli tiket nak balik raya nanti...unfortunately, kemungkinan besau, mcm payah jer nak dpt balik raya nanti. sedihnya. mesti raya tahun nie, i meraung semesta alam...mengenangkan nasib seorang perantau...Berdendang Perantau lah i di satu syawal nanti. Korang kesian tak? kalau kesian kat i...cuba2lah tolong2 i siapkan kerja2 i yg melambak2 nie. (kerja melambak tapi sempat berblog) AHAHAHHAHAHA.

oklah till then...selamat menyambut bulan rejab. banyak2kan amalan di bulan rejab, jaga mulut, jaga akhlak, jaga diri...

June 20, 2010

Laki-Laki ....ittttueww





kalau ikutkan hati nie, memang malas jer nak bergambar dan berphoto nie. samaada dah puas bergambar ataupon memang dah tak ada minat lagi. tapi tak tau, entah mcm mana, my honey dpt contact my skandal (matilah jd kontroversi lps nie)...opssssss my junior kat SMK(A)kat melaka nie untuk jadi kami punyer photographer. i sendiripon tak tau my junior nie adalah gambargrapher (quote ure term bro). selalu lah juga tgk blog dia aizul marcello tapi takderlah terpikirpon yg he is a photographer. tidak dinafikan gambar2 beliau amatlah meletop-letop. kebabooooooooommmmmmmm!!! so after discussed2 dgn honey...she is dyingly memujuk i utk pujuk si mamat aizul ni utk jd photographer i. apa lagi...carilah contact2,cari dalam buku2 sejarah, cari dalam kamus dewan bahasa edisi pertama, tgk2 jumpa dalam celah2 Al-Quran.....wahhhhhhhhhhhh mmg budak SMK(A) sangat kan. so apa lagi, tanpa melengah kan masa teruslah menghubungi encik aizul marcello aka my junior nie. bincang punya bincang, maulah sampai 5 bulan 24 hari jugalah nak convince kan dia utk jd our photographer...kerekkkkk tak? lama gila nak convince kan mamat nie. hehehhehe...kidding bro, mmg tak sangka lah, bila i buka je offer, dia terus setuju nak jd our photographer.plus dia lak terover excited. mcm dia yg nak kahwin...yg paling terharu tu, siap sanggup dia cancelled kan job dia yg lain,utk dtg jd photographer i. terharu tak korang? nasib baik i bukan anak Yeng Yatimah, kalau tak confirm banjir kampung pernu itu.

so tanggal 28hb May 2010, bertempat di teratak buruk kami sekeluarga, encik aizul marcello ni telah mencemar duli ke kampung kami bersama2 2 lagi askar beliau, encik zizie dan juga encik haiqal. . waktu mula2 dtg tu...rasa mcm. ekkkkk alah junior i nie, hampehhh gilerrrrrr. i tempah sorang, siap bawa 2 org lain lagi. pastu masuk kampung pon nak siap stylo gilerrrrrrr, mcm nak pegi jumpa aweksss, dah pulak tu dtg waktu i tgh sibuk2 nak siap2 utk akad lagi tu. but demi junior ku terchenta itu, layan kan lah juga. penat2pon, bawalah dia masuk bilik i, rehat2, then bawa makan2. and freshen up semua...so endup,malam tu i ada 4 orang photographer utk majlis i.mcm artis tak? best tu...klik sana klikkkk sini lah i malam tu. asyik kena amik gambar. kredit tu abg harith juga...sbb sudi jd photographer i juga utk weekend tu.

start hari tu lah first time i kenal dgn The Laki-Laki dot TK photography nie. diaorg nie ada 4 orang jer. http://amirrayyan.blogspot.com/is their PA. dan bermula dari hari tu lah rapat dengan mereka berempat nie. we shared so many things. dan yg paling best, i've shared my life, study, and working experience with them (iyolahhhhhhhh tu kan?)we care to each other, we concern to each other, we enjoy to each other. yg paling best, during our outdoor photoshoot...i really enjoyed the moment. smp terasa rindu utk buat photoshoot lg. they opened up my longggggg longggggg time closed button utk bergambar sambil bergaya nie. mmg really enjoy lah. diaorg mmg sgt sporting...smp satu tahap i rasa mcm sentiasa muda (i mmg masih muda lg ok)dan seronok jd model nie.

oklah...takmo cerita panjang2, just want to point out why i feel so honoured menjadi customer this Laki-Laki photography?
1) aizul was my junior back in school time
2) diaorg are really talented at ("not" a very) young age
3) diaorg mmg professional...apa yg diaorg janji diaorg buat
4) diaorg buat yg terbaik utk customer, always asked me apa yg i nak dan mcm mana i nak...at least takder lah jd photographer yg SYOK SENDIRI kan?
5) diaorg sgt peramah yerk...sampai satu keluarga i sibuk diaorg nak kenal dan nak tackle. habis semua cousin2 i sibuk di skodeng.
6) diaorg tak kedekut...diaorg belanja kitaorg makan kat kedai CIK ROZI di Shah Alam. CIK ROZI yg sangat periang mcm kanak2 dumex itu yerk.dan diaorg juga tak kedekut share ilmu yg diaorg ada. ilmu apa? itu korang kena borak dgn diaorg sendiri.
7) diaorg sgt dedicated...bayangkan they managed to siapkan album my sister n i dalam masa less than 2 weeks. nak juga bg i album sblm i blk UK.
8) diaorg sgt sporting...ada sehari tu, sampai satu hari diaorg kidnapped i bawa pegi jalan2 kat KL. i hampir2 nak report polis sbb kena kidnapped.
9) diaorg gila2...mcm i juga. so mmg asyik gelak jer lah kalau spending time dgn diaorg nie.
10) diaorg GORGEOUS!!!...mcm i juga. ahahahha nak juga tu. well of course lah kan, even dah berkahwin, like ive said to my honey...personality still need to be taken care. POYOR!!!






conclussion nya...diaorg memang best. so kalau sapa2 yg nak kahwin ker nak khidmat photographer ker...panggil lah junior kesayangan i nie. i promote diaorg nie i tak dpt royalti apa2pon...tapi yg penting i dpt nilai sebuah persahabatan...yg i tak dpt beli even dari Harrods sekali pon (wahhhhhhhhhhhhh takmo kalah!!!).

akhirul ayyat (sila amati balaghah dan nahu ayat ini betul2)- "a real friend comes when u are crying. a fake friend comes only when u are laughing".

and they are my real friends...miss u guys a lot.

June 17, 2010

Hari Ini...


hari ni masuk office like usual...tapi tak tau napa, arini rasa mcm best sgt. dah takder rasa sedih2. dah bolayan that homesick feeling...so today, am standing proud on my desk, and screaming like bloody hell to all my labmates and shout "I AM FINE".
tu diaaaaa.berani tak korang buat camtu? merasalah lepas tu korang kena cekup terus kena sarung baju serba putih siap panjang lengan terlebih2 sbb senang diaorg nak silangkan ikat kat badan korang...
hari ni masuk jer office i dengar lagu Hanya Dia by CTKD. yummmylicous...very simple and easy lyrics. loike it a lot. cumanya kalau dgr waktu tgh bz buat keja oklah, tapi kalau dgr waktu takder keja, mmg lah lepas tu berdengkur berharakat-harakat. and of course skrg nie asyik melayan lagu RSVP-Maulana and Shahir-Kebahagian dalam perpisahan. Tapi lagu Shahir tu takleh layan selalu...nanti i Rumah Sakit kembali...
hari ni masuk office tengok2lah list kerja...hamekkkkkkk i ada 13 things listed to do. on top of the list adalah registration percutian ilmiah I nanti bulan July. Cuti lah sangat kan. tapi rasa mcm tak dpt jer nak pegi. first sbb last minute...second sbb abis budget lol. supervisor pon mcm berat hati jer nak bagi pegi...even dia yg proposed percutian ilmiah tu utk i attend. so just wait and see...
hari ni masuk office i terus booked 5 kelas gym. body attack, body combat, circuits and tums n bums.well balik malaysia aritu sebulan, lemak2 tepu dah menimbun2 kat badan. nak korek pakai kereta bajak pon, bajak tak mau...so terpaksalah usaha gigih semula. hopefully what ive promised to my honey...to maintain healthy and gorgeous (gorgeous ka?) will be a reality. takmo lah jadi angan2 mat jenin. so lets honey...rumble and aja aja fighting...
hari ni masuk office baru perasan minggu nie i hari-hari jaga exam students. perghhhhhhh penat woo. oklah dah nak pg dah nie. take care
lambat dah.

June 15, 2010

Kisah si ikan pelaga...


cantik kan ikan pelaga nie...
tak tau lah korang tau ke tak, ikan pelaga nie, leh hidup kat mana2pon. leh hidup tahan lama walaupon tak makan. leh hidup lagi lama daripada ikan emas yang mahal itu, walaupon tanpa bantuan oxygen. even kena letak dlm bekas yg dah berkulat sekali pon, ikan pelaga nie masih boleh hidup sekor2. letaklah ikan tu kat malaysia ker, kat UK ker tercampaknya...insyaAllah masih mampu hidup. biarpon tempat tercampak tu, taklah sesempurna mana, si ikan pelaga ni masih mampu bertahan.

cantik kan ikan pelaga nie...
tak tau lah korang tau ke tak, yg ikan pelaga ni, dia tak boleh duduk satu bekas dengan ikan pelaga lain or ikan2 lain pon. sedihkan? cantik tapi tak dpt hidup berdua. akhirnya diri rasa kosong.bila banyak ikan pelaga ni dalam satu bekas, mereka akan bergaduh dan akhirnya mati. seksakan? hidup sebagai ikan pelaga ni. tak boleh hidup dgn yg lain.Maha Adil sangat Allah...setiap benda yang ada, semuanya pasti ada kekurangan. cantik, sempurna, cukup sifat tapi tak boleh untuk hidup bersama2.

cantik kan ikan pelaga nie...
tak taulah korang tau ke tak, bila ikan pelaga nie kembang kan ekor dia waktu tulah waktu ikan tu kembang cantik.warna dia akan jd lebih menyerlah...wahhhh semua orang kagum. semua orang happy. tapi kita tak tau pon, bila ikan tu kembangkan ekor dia, sebenarnya dia terseksa. sbb apa? sbb itu tanda yg ikan tu tgh berlawan. orang yg tengok, hanya tahu bersorak, seronok sbb dapat tgk ikan tu cantik. samalah...orang tgk kita senyum, semua ingat kita happi. tapi tak semua tahu, dalam senyuman tu ada kepahitan. bak kata shahir dlm lagu dia, embonpon takkan mampu menyubur sekuntum bunga yg layu pada musim luruh. biarlah senyum manis gulapon, tapi kalau dalam hati derita, orang yg arif...pasti nampak kita tengah sakit.

tapi...biarlah. biarlah oghang yang sakit. biarlah sakit tu oghang yang tanggung. kalau terpaksa kita yang menangung peritnya, biarlah...asalkan orang lain dapat nikmat seronoknya dan gembiranya.

oghang tahu...mak abah baca blog oghang. oghang tahu mak ngan abah concern pasal oghang. oghang tahu mak ngan abah sayang kat oghang...walaupon oghang terpaksa tanggung sakitnya sampai ke tulang sekali pon, oghang akan cuba buat untuk mak dgn abah...sebab oghang sayang mak dgn abah.
kalau oghang terpaksa belajar jauh ke UK, duduk sorang2 bertapa kat sini selama2nya pon oghang sanggup buat untuk mak abah.
kalau oghang terpaksa kerja tungkus lumus, kutip rambut2 orang lain kat celah2 lubang air, sental lantai sampai bersih, oghang sanggup buat, asalkan dpt tolong mak abah.
kalau oghang terpaksa ikat perut, hari2 makan roti dengan telur dan menu sama setiap hari selama seminggu, oghang sanggup, asalkan dapat kumpul duit untuk mak abah.
kalau oghang terpaksa korbankan diri sendiri, korbankan kegembiraan diri sendiri, korbankan keinginan diri sendiri, oghang sanggup...asalkan mak dgn abah gembira.

sebab apa? sebab diri oghang takda apa dalam dunia ni...selain mak dgn abah. biarlah hari2pon oghang menitis air mata...menahan kesakitan, tapi oghang tak mau mak dgn abah yang sakit. sbb oghang tak sanggup dengar atau tengok abah nangis lagi. oghang tak mampu biarkan abah tak berselera nak makan, sebab fikirkan pasal oghang. oghang tak mahu mak risau lagi pasal oghang.

sudahnya...biarlah oghang pendam sorang semua kesakitan tu. biarlah oghang telan sorang semua keperitan tu. biarlah oghang simpan semua kepahitan tu.

sebab oghang nie ibaratnya si ikan pelaga...hanya cantik dipandangan orang, tapi bukan pandangan diri sendiri.

konklusinya...biarlah oghang yang berkorban, duduk jauh dari keluarga, isteri dan kawan2 di malaysia, berkorban susah penat bekerja pagi dan malam, berkorban hati dan perasaan...asalkan dapat melihat mak dan abah oghang gembira.

kalau bukan kita yang berkorban untuk mak dan abah kita...siapa lagi?

***
rindu nya pada abah...sedih sebab tak dpt peluk abah sebelum balik ke UK. Allah jer tahu betapa sayunya hati bila abah called kat KLIA aritu. first time ever, balik UK, tanpa semua famili disisi.



lagu2, tisu, kalendar dan gambar...jadi barang/tempat meluahkan perasaan...

June 14, 2010

Saya Terima Hutang Nya...SAH SAh Sah sah...

Alhamdulillah, the first word that I have to mention for everything He gave me for a month I have been in Malaysia. Such a wonderful month I ever had. 30 days seemed really not enough for me to enjoy every second staying in Malaysia.

Actually banyak benda nak tulis pasal percutian kali ini. tapi dah pukul 11.49pm dah sekarang. Esok pagi2 ada invigilation pukul 9am sampai pukul 12.15pm then sambung lagi dari kol 1pm sampai 3pm...lepas tu kena bergegas masuk ke pejabat untuk selesaikan urusan registration satu benda nie.

Boleh tak oghang berhutang dulu nak cerita panjang2 pasal benda2 tu semua? How about I will list a few ideas that I want to tell you:-

1) kisah si ikan pelaga- hidup ini ibarat si ikan pelaga...cantik dipandang tetapi...


2) pengantin dulu kini dan selamanya- cukuplah sekali jer...


3) laki-laki dot com photography- I LOVE U GUYS!!!-Aizul Marcello, Carl, Zizie, Amir Rayyan, Harith Iskandar
http://aizulmarcello.blogspot.com
http://mohdhaiqal.blogspot.com



banyak kenangan2 manis berada di malaysia...spending time with my newly married wife, with my family, my Syahmi...my sisters,kak has, kak ina, my best friends kadir, aeju, ruzanna, iffa, yuzi, su mae...and of course with my beloved sayang bucuk photographers aka adik2 muda sikit dari i...aizul, zizie, carl n amir...and tak ketinggalan yg tua banyak abg harith...nantilah i cerita byk2 lg. dah ngantuk lah...plus i nak buat panggilan penting ke malaysia sebelum i tidur...ada urusan yg belum selesai. huhhuhuhu...after that i nak tidur dgn my new toy yg i bawa dari malaysia, n hopefully i dpt tidur nyenyak n bangun pagi esok utk berjuang di medan perjuangan yg tak sudah2 ini...

till then...u know i love u guys!!!