December 7, 2010

ohhh pisangku...

ahhh tengok tu, ada yg meleret jer sengeh kan? kat otak tu fikir yg bukan2 jer kan? dah terbayang imej yg bkn2 lah tu. iskk notti2. nak sgt tgk ker? nahhh amik nie...gambar pisang i.

tiba2 lak terasa nak citer pasal pisang nie, since these few days, ada lah labmates yg sibuk comparekan diaorg makan pisang size adult dgn pisang size kiddy. hummm sound censored kan? but it is true. pisang nie tak kira lah apa size nyer pon, byk khasiat actually. frankly, pisang isnt on my top list of my favourite fruits. entahlah, kelembikan dan kemanisan yg kurang pd pisang tu not really up to my appetite. anyway, terbaca lah sikit pasal khasiat pisang nie kat dlm cool fact application dlm my phone ni ahh. byk actually khasiat pisang tapi kita list kan yg penting2 jerlah ekk...yg benar2 boleh membantu bangsa, agama dan negara...yg lain2 tu korang pie lah cari sendiri naa.

kuruskan badan:
ahhhh scientist kat smell&taste and treatment research center kat chicago ckp, actually dgn mencium bau pisang sendiri pon dah boleh kuruskan badan. "The aroma triggers signals in the brain's satiety center," explains study author Alan Hirsch, M.D. "This fools your brain into sending the message that you're full, without the extra calories." diaorg siap bagi recipi nak buat potpouri daripada pisang lagi utk kuruskan badan...Soak 1/4 inch slices of 1 banana in lemon juice for 6 minutes. Place on a paper towel on a microwave- safe plate. In microwave, heat 5 mintues; cool. Place in a bowl with dried petals of 6 roses, 5 cinnamon sticks and 1/2 cup walnuts. Display wherever snack attacks strike. ahh lepas nie mak bedah, kak limah dengan abang mamat yang nak badan slim tu, leh lah buat resipi potpouri tu. kalau tak berkesan gak...korang telan jer potpouri tu dengan bowl2 dia sekali.

energy booster:
ohh patutlah i selalu nampak mamat2 kat gym bawa je pisang ke hulu kehilir dalam gym. nak je ckp "sian korang, tak mampu nak beli fish n chip kat cafe. miskin giler korang...siannnn". nasib baik tak ckp, rupa2nya pisang tu utk bg diaorg tenaga bila angkat berat. pisang ada 3 natural sugars yang bagus utk badan, sucrose, fructose and glucose combined with fiber. dengan hanya memakan dua biji pisang...korang leh bertahan kat gym buat workout up to 90 mins. hummm patutlah, i 30 mins jer dah pancit. tak buat weight lifting pon. just buat cardio dah semput2. hohohoho. utk pasangan suami isteri yang sah...agak2nyer korang pon leh try kot makan pisang sblm melakukan "workout" korang (sah2lah "workout" ni bkn kat gym kan-gilerrrrrr korang). 90 mins tu...lama tu, plus korang siap boleh angkat mengangkat to each other. perghhhhh. kuar bilik, dgn muka ada cinyummmmmmm.

brain power:
ahh utk adik2 yg nak periksa tu, pisang nie bagus sbb dia ada potassium. kat middlesex school, 200 students dia diberikan pisang waktu break. and it showed that, the student got their brain power and keep them alert during their learning process. so baguslah kan, takderlah duduk kelas tu dok berangan jer benda bukan2. so senang focus and insyaAllah senang faham kalau amalkan makan pisang sblm belajar.

mosquito bites:
bukan love bites!!! jgn gatal pulak nak amalkan petua nie utk hilangkan bekas2 love bites korang. takder maknanyer bites tu nak hilang...petua nak hilangkan love bites tu lain petua dia. i takmo cakap sbb i tak taupon.hehehehe. ok diaorg ckp,kalau korang kena gigit nyamuk, korang guna kulit pisang yg belah dalam dia tu, gossokkan kat tempat yg kena gigit nyamuk tu. insyaAllah berkesan...sbb ramai dah terai. i tak try lagi. sbb skrg nyamuk hibernate. tgh musim sejuk...kalau korang dah try tp tak berkesan gak...itu maknanyer korang bukan kena gigit nyamuk. tu entah2 kena gigit pelesit. tu petua dia pegi jumpa mona fendy.

yang lain2, pisang ni gak leh tolong kurangkan ketagih rokok, leh tolong kurangkan stress, leh tolong org2 yg ada symptom2 SAD (seasonal affectional desease) utk org2 yg duduk kat negara bermusim, leh tolong masalah constipation or sembelit takyah beli ubat laxatives kat kedai ah kow tu, and then leh tolong kurangkan sakit ulcer and mcm2 lagi lah. huhuhu. byk sgt lah. kalau nak tau details, leh jer google pasal khasiat pisang nie.

so jomlah beramai2 lepas nie buat cekodok pisang and lempeng pisang. minyak tu bagi taruk byk2 biar kertas pasir pon tak mampu nak serap minyak cekodok korang, pastu gula tu tabur macam korang tabur bunga rampai kat majlis kahwin adik korang. kasik abis satu bekas gula tu. huhuhu...takder maknenyerrrrr. nak kesan yg positive, biarlah pisang tu dimakan as natural as it is. take it freshly ok. selamat mencuba. dah kurus nanti, bagitau i tp kalau makin gemuk...jgn salah kan i lak.

*arini kitaorg kat ofis semua kena halau balik, ofis leh blackout and pipes leaking and hot water thaw out.hampehhhh time i tgh byk keja lah benda2 tu nak berlaku kan. but bagus gak, tidur awal mlm nie...esokleh dtg awal, hopefully semua dah ok.

till then...i sayang korang semua. even korang tak sayang i.

with love from lufbra.

December 4, 2010

ger ger...grrrrrrrrrrrr



alhamdulillah, sedar tak sedar dah nak hujung tahun dah. ya Allah kejap jer dah nak masuk tahun ke-3 di bumi lufbra nie. tahun dah nak abis, tapi keja masih tak abis2. hohoho. padan muka sendiri. anyway, skrg dah masuk winter, tak tau tah dtg mcm mana, kali nie lak salji leh dtg awal giler. mcm tahun2 sblm nie, bagai nak raqqq (qalqalahhh q dia tu) menunggu snow turun. ibarat mcm korang sedang memerut kat dlm toilet...tunggu punya tunggu tak turun2. hehehehe. tp kali nie, belom masuk bulan 12 snow dah turun mencurah2. putih dah jadi nyer bumi UK skrg. i jer yg tak putih2 lagi. hehehe. so kalau dah snow2 ni, faham2ler, sejuknyer, ya ampun...terasa mcm duduk dlm peti ais. lebih2 lagi kalau rumah lupa nak on heater. amikkk...mengeletar smp ke bulu kaki...bulu hidung yg kontot tu pon boleh jd beku kejap sejuk nyer kat sini. aritu...smp pernah cecah -10 kot sejuknyer kat sini. kat scotland smp -20. pergh....salji lak tebal dia dah boleh terbenam kaki. korang kalau ada sapa2 yg nak cita2 pakai botox ke, vitamin c ke, tak yah susah2 dtg je tmpt2 sejuk nie....sure muka korang tegang dan kejong!!! alahhhhhhhhhhhh setakat muka mcm kak nita tu...dgn cuaca sesejuk ini, muka i lagi tegang dr dia. hohohoho. i tak suka sgt winter nie, 1) sebab semua putih, color plain...rs life nie tak berseri, 2) sebab tak suka pagi2 nak pg ofis kena scrap keter, 3) i tak leh keluar jogging, 4) tak best sbb tak leh nak dressup cantik sbb jacket2 semua color hitam n dark jer huhuhu. 5) and tak best gak sbb jalan licin...
so significant dgn sejuk nie, org biasalah, mengaitkan dgn makanan. pernah dgr kan citer semut dgn apa ekk. alah lupalah...korang tau tak citer yg sblm musim sejuk, semut semua kumpulkan makanan byk2, so bila musim sejuk tiba, semut2 tu ada makanan....n binatang yg sekor nie tak dpt cr makanan sbb dia malas nak kumpul makanan sblm musim sejuk tiba. tapi bezanyer citer semut tu dgn kitaorg....semut tu kumpul makanan utk di makan di musim sejuk...kami lak musim sejuk nie, kumpul lemak di musim sejuk nie. masak mcm2 mengalahkan makcik berniaga kat param. lauk...mcm2 jenis...lps makan. semua bising...dah gemuk!!! pastu, esok posa or makan kurang sikit...pastu buat makan2 lg...makan mcm dinasour. dinasour pon malu tgk keturunan manusia mkn macam i. huhuhuhu. tp nak buat camner kan, sejuk2 nie, nak kuar exercise rs mcm apa jadahhhhhhhhhhh sejuk2 nak berlari kat luar kan, pastu....sejuk2 nie, makan dan tidur lah benda paling nikmat sekali. betul tak??? so korang tgk lah gambar2 makanan nie...huhuhu mmg mengancam kan? ahhh korang kat msia....nak beli cheese, buah2 pelik mcm passion fruit, kcg2 walnut, hazel nut semua mahal kan...since sini murah, kitaorg apa lg...mcm2 lah resipi try. hehhehhe.






last two days, tgh sibuk2 bersiap sedia utk meeting, encik photographer yg glamour itu, my KDA (kawan dunia akhirat) aizul minta tlg amik gambar utk promote blog dia for BLOG PILIHAN MALAYSIA 2010 nyer competition. hehehhee...kelakarpon ada i fikir2 blk. i pon pergi lah cr mangsa2 utk i snap gambar...so kak long (isteri abg long) dgn shaiful (suami maya) sudi membantu utk jd model tak bergaji.(aizul model2 i nak minta gaji utk next shot) hehehehe...i main snap2 jer...tp lepas pekena edit oleh encil aizul marcello, dia upload dlm blog dia...kitaorg semua terkejut. lawa siottttttttttttt gambar. hehehehe. thanks aizul. korang pg lah blog aizul tgk sendiri...blog dia ada kat my list sblh nie. ni a few snapshots yg tanpa edit.


so korang, kalau kitaorg kat sini sejuk2 asyik makan n tidur...korang kat msia sejuk2 buat apa? (and pls i dont need an x-rated answer) huhuhu. kat msia kan skrg musim hujan...kot2lah sibuk mengaji, buat qiammullail sejuk2 nie...ya Allah, rindunyer msia. tak kiralah sejuk ke panas ker, solat jgn lupa. sedap2 tidur tu, kalau tak terjaga...jgn lupa qada' solat (i lah tu). huhuhuhu.

till next entry,
love from lufbra..