November 8, 2011

Pengorbanan untuk yang tersayang...




semalam genap 2 minggu mak abah dah balik ke malaysia. sejak dua minggu itulah, semuanya dah balik ke asal. kehidupan di bumi orang diteruskan macam biasa. tapi alhamdulillah yang penting, mak abah sangat2 seronok bila bercerita pasal kenangan berjalan2 di UK dan Paris. mak uteh yang turut serta bercuti pon cakap, percutian kami aritu, percutian yang sangat manis. memang sangat2 bermakna untuk kami semua...alhamdulillah. satu impian yang dah lama dihajatkan, dah tertunai untuk bawa mak abah ke sini.
dari cerita mak abah pada adik2...mak abah seronok di UK sebab:

1) barang2 murah...abah dr yg bukan jenis suka shopping, jadi shoppaholic kat sini. almost everyday keluar shopping. favourite abah...was carboot!
2) pemandangan memang lain dari yg lain. memang abah dan mak seronok tgk permandangan kat UK, especially kat kampung lufbra
3) orang2 di Lufbra semua baik2. mat salleh2 diaorg semua jenis ada adab. tak lekang ucap THANK YOU and diaorg suka senyum
4) sistem jalan raya di UK sgt bagus. pemandu2 semua berdisplin dan bertimbang rasa, especially bila kat roundabout dan zebra crossing
5) makanan2 murah, especially ketam, daging, ikan and especially chocolate. seronok mak abah makan...alhamdulillah. puas lah diaorg rasa mcm2 makanan kat sini.
6) dan yang paling jd favourite abah dan mak...sbb buah2an kat sini murah2, fresh dan bukan buah yg di 'botox'kan. favourite mak abah is CONFERENCE PEAR. pear dia lain dr pear malaysia...tapi rasa dia mmg sgt2 manis.

alhamdulillah...sekurang2nya ada kenangan manis utk mak dan abah bercuti bersama mak uteh sekeluarga.

last two days, kami menyambut raya aidiladha. alhamdulillah juga, raya di sambut sesederhana yg mungkin. kudos to kak mazrah...sbb banyak kak maz masak utk kami, adik2 kak maz n abg dino yg malas sungguh nak memasak. memang tak sempat nak buat apa pon utk hari raya. sbb sampai lufbra pon dah pukul 8pm selepas seharian mesyuarat dgn GCEO Telekom Malaysia di London. kak maz buat nasi jagung, pulut, daging masak merah(style utara), ayam masak merah, sambal goreng...and ada beli fruit flan. maya lak buat carrot cake and myself sempat buat kuih bakar je. but overall, sambutan yang menarik dan sempoi utk kami. syukur lah sangat2.



and since then...keja opis berjalan mcm biasa. rasa tak sabar sgt2 nak balik malaysia. rindu kat cik ami dan ecah. rindu kat nenek sangat2. makcik2 kat kampung pon ramai yg dah bertanya bila nak balik. kawan2 tak payah cerita lah, baik yg di shah alam, kulai, purun, puchong, melaka,johor bahru, senawang, perak, kulim, semua nak ajak jumpa...tak taulah sempat ke tak.

semalam juga terbaca blog dan status my dear fren pasal abah dia dah kembali ke rahmatullah. honestly, sangat2 kagum dgn ketabahan dia dan famili dia...lebih2 lagi, my fren tu baru je balik dari study di jepon, and a few months later abah dia admitted to hospital...sejak mengikuti perkembangan abah dia kat blog and facebook dia semalam, mmg terkejut baca berita pemergian abah dia. semoga abah dia ditempatkan bersama orang2 yg soleh di jannah. Amin.

untuk yang tengah demam ke, sakit tekak ke, sakit apa2 ponlah...jgn lupa makan ubat. jaga pemakanan, jaga badan...banyak2kan berdoa pd Allah moga cepat sembuh dan terus diberikan nikmat kesihatan. insyaAllah.

till then,
oghang

October 28, 2011

louvre

i know...mmg sgt2 typical me...but setiap kali tgk gambar2, and baca2 email...mesti air mata nie mengalir. rindunyer...ya Allah, rindu sangat2.

rumah rasa kosong jer...
malam2 tidur sorang2 jer...
makan benda2 frozen and instant jer...

memang rindu sangat2...ya Allah. kuatkan lah semangat

September 29, 2011

tak tahu mana silap

tak tahu mana silap

kesian tgk budak2 zaman sekarang...
sibuk mengejar dunia popular, kejar glamour
sampai sanggup upload kat youtube video yg bukan-bukan
kesian kat mak abah korang, tak ke mereka rasa malu...kalau mereka tgk

kesian tgk budak2 zaman sekarang...
belajar semua tak habis jalan
sampai satu sijil pon tak ada
kesian kat mak abah korang, terpaksa bela korang sampai lah korang tua

kesian tgk budak2 zaman sekarang...
semua pandai bercakap
tapi tak semua yang dicakapkan tu boleh pakai
kesian kat mak abah korang, sampai terasa macam ditipu anak sendiri

kesian tgk budak2 zaman sekarang...
pakai baju semua nak bergaya
sampai sakitlah mata melihat terlalu 'over' sangat
kesian kat mak abah korang, tengok korang pakai baju, kain tak cukup

tak kisah lah apa-apa pon yang nak dibuat...
tapi fikir2lah sebelum bertindak
bukan nama sendiri je nak kena jaga
hidup kita ni semua berkait

haiii tak tahu lah mana silap

ingat pesan Allah...dunia ni sementara

September 9, 2011

sapa ada BB?


ahh ni bukan nak citer pasal blackberry ke blue berry ke or even beri beri...ni BB adalah bahasa badan. seharian nie dr pagi tadi, mata belah kiri asyik lah berkedip2. di tekan tekan... terasa sakit, di tarik tarik...tetap juga berkedip. so nak tau lah juga apa maksud nie.

tapi sebelum tu, ni cuma andaian yg orang-orang tua kita buat sahaja dan bukanlah bila BB ni berlaku, ia jadi petanda tetap dan pasti akan menimpa kita. ambil kata orang-orang tua nie sebagai benda untuk seronok-seronok je. jangan percaya beria-ia pulak...nanti takut jatuh hukum khurafat lak.


tapak tangan kanan rasa gatal = duit nak masuk : hummm abah lah selalu cakap camnie, and selalu gak lah kena. kebetulan je kot.

tapak tangan kiri rasa gatal = duit nak keluar : hummm kalau tak gatal pon mmg selalu je keluar.

Kelopak mata kanan bergerak = beroleh keamanan :tak pernah rasa lagi nie

Kelopak mata kiri bergerak = melihat perempuan : aiyorrrr mata kiri i bergerak2 dah seharian nie. perempuan yg mcm mana lg i akan dpt tgk nie? dah berpuluh nmpk perempuan, tp tetap bergerak2

Kelopak mata kiri bergerak dari atas = ada org akan berjalan jauh : humm ni betul kot, sbb tak lama lagi ada orang jauh nak dtg jumpa i. bestttttttnyer!

Kelopak mata kiri dibawah bergerak = hendak menangis : aiyooor kalau dah nak nangis tak smpt nak tgk kelopak mana yg bergerak

Ekor mata kanan bergerak = menerima kedatangan orang jauh : ok noted

Ekor mata kiri bergerak-gerak = mendapat sedikit kepayahan : no no nooooooo

Biji mata kanan bergerak-gerak = akan menangis dalam bercinta : menarik nie. so far biji2 lain yg bergerak...sbb tu lah tak pernah nangis dlm bercinta. hohoho...

Biji mata kiri bergerak-gerak = gembira dihati : ok ni yg berlaku arini gak...

Kening kiri bergerak-gerak = beroleh kelapangan : never happened sbb tu tak pernah lapang

Bibir bawah bergerak = akan menangis : ni mmg dah di proven dlm psyhology rasanyer

Waktu subuh kepala kita bergerak = beroleh kerja yang baik : aiyooo suboh je? waktu2 lain?

Telinga bergerak = akan berkelahi : ahh ni pon dlm psychology ada rasanyer...well org tahan marah bukan kata telinga...tangan2 pon akan bergerak

Bahu kanan bergerak-gerak = harta hendak datang : ohh patutlah tak pernah dpt harta, sbb bahu tak gerak2

Bahu kiri bergerah-gerak = bakal berjumpa pembesar/ketua : not interested

kalau anak mata kita terbeliak bila kita bercakap dgn seseorang maknanya kita suka orang tu or kita suka berborak dgn orang tu.

kalau mata pandang ke kiri dan atas ada chance orang tu nak menipu korang...ahh nie proven in Neuro linguistic Programming (NLP). so watch out ahhh sapa2 yg nak kencing menkencing tu...i've learnt how to detect liers!


sebenarnya banyak je lagi rahsia bahasa badan dari orang-orang tua nie. tapi ni je lah dulu yerk. malassss nak explain byk.

actually i really like to study about body language and neuro linguistic programming ni. menarik sgt study benda nie. byk benda kita boleh tahu daripada bahasa badan kita or mat salleh cakap body language. rasanyer entry doooluuuu doooluuu ada citer pasal rahsia mata.

ahhh lepas tu kan tak tau lah orang lain rasa ke tak benda nie, kadang2 bila tgh tidur, oghang terasa the whole body shaking...mcm ada orang goncang kan badan. seriussssly byk kali dah. spooky or corny???

September 7, 2011

AYSHITERU


kalau padi katakan padi
tidak hamba tertampi tampi
kalau sudi katakan sudi
tidak hamba ternanti nanti...

memang sejak dulu lagi kita orang melayu dah diterapkan dgn nilai2 kejujuran. dalam ajaran Islam sendiri jujur itu salah satu sifat mahmudah yang sepatutnya kita amalkan.

kalau kita rasa sayang pada seseorang...cepat2lah kita luahkan (tapi biar betul cara)
kalau kita marah kan seseorang...jangan takut untuk kita katakan (tapi biar betul cara)
kalau kita hendak kan sesuatu...tak usah malu2 untuk meminta (tapi biar betul cara)
kalau kita ada buat salah...tak salah kalau kita mengaku (tapi biar betul cara)

ada musabab nya kenapa kita perlu jujur...bukan setakat kita dapat pahala, tapi bila kita jujur...hati kita bersih, kita rasa lega, dan orang pon akan hormat kita.

memang berat nak berdiri di paksi yang benar dan berkata atas paksi kebenaran...tapi sekali kebenaran disebarkan...pasti semua orang akan rasa gembira.


saya dah jujur pada keluarga saya dan orang2 yg saya sayang...anda pula bila?

September 1, 2011

sembah salam...ayah dan bonda, ampunkan dosa



this is my favourite song every time celebrating raya. ohhhh i wish i can be with my famili and listening this evergreen song while busy in the kitchen cooking and preparing for raya.

TAHUN DEPAN TAK KIRA APA JADIPON...I NAK BALIK RAYA. PLEASEEEEEEEEEEEEEEE

selamat hari raya aidilfitri to all my beloved mak, abah, angah, uda, uteh, adik, syahmi, aleesya, shafizal and ema. and to all my famili members, my beloved frens and also to my enemies (ada ke?). maaf zahir dan batin.

August 26, 2011

GARAM JAHAAATTT!!!




macam kebiasaan, mmg akan call malaysia hari2, dan tadi lps lipat je sejadah, terus called rumah kat pernu, sbb takut mak abah nak keluar nak hantar adik pegi sekolah...tak mcm kebiasaan, telepon, abah yang angkat...perbualan berjalan mcm biasa mulanya...tapi sampai bila abah cakap "nenek masuk hospital semalam"...terus jantung mcm berhenti sekejap. ya Allah terus teringat semua pasal nenek.

Satu tu je lah nenek dan orang tua yg tinggal utk kami salam pada setiap pagi raya. yang kami dapat bermanja. sebagai cucu sulong dalam keluarga...memang biasa oghang yg akan dapat perhatian penuh dari nenek. sejak dr kecil, nenek yang jaga oghang dan juga adik beradik yg lain. nenek tak pernah tinggal apa2 ocassion or event yg pernah berlaku dalam hidup oghang...dari masa org bersunat, oghang masuk asrama, oghang pegi amik result SPM, oghang nak fly ke UK...semua,semua tak pernah nenek terlepas. even nenek terpaksa ditolak pakai kerusi roda sekali pon...nenek tetap nak sama2 dgn oghang.

and bila dengar abah cakap nenek kat hospital...oghang dah tak tahan air mata. oghang teringat kat nenek. setiap kali lps solat, nama nenek tak pernah oghang lupa doakan supaya nenek panjang umur, sihat walafiat dan selamat dunia akhirat. sebabnya, setiap kali nenek nak hantar org fly back to UK or even bila oghang call rumah and if nenek ada...nenek akan keluarkan statement yang tak mampu oghang nak janji apa2. nenek selalu sebut "berapa lama lagi along kat sana? sempat ke tidak nenek nak jumpa along nanti. tah hidup ke lagi nenek nanti"...ya Allah sebaknye bila kenang ayat2 tu..

banyak benda oghang nak bgtau nenek...banyak cerita oghang nak share dgn nenek. nenek pendengar yang baik...nenek suka bercerita. smp kdg2 kami yg penat dengar cerita nenek. nek...along pon banyak cerita nak cerita kat nenek. tapi nenek kena janji, nenek takleh stress sangat. doktor cakap kat mak smlm, kandungan garam nenek rendah. level garam dalam badan nenek was just 2.60 initially. normal level is 3.00 and above. doktor cakap lagi, kalau kandungan garam terus rendah, degupan jantung nenek boleh jd slow and possibly berhenti. Ya Allah...GARAM JAHAT!!!..bila check2 rupanya sbb nenek tertekan. banyak benda nenek fikir. kami sekeluarga tahu apa yang nenek fikir dan pendamkan...tapi kami tak mau nenek risau2, sbb perkara tu bukan lagi tangungan nenek...anak2 dan cucu2 nenek ramai...biar kami yg selesaikan. kesian nenek...dari dulu lagi, nenek mmg suka buat orang2 sekeliling nenek happi, even nenek yang memendam rasa. sbb terlalu lama memendam lah nenek tertekan.

nek...along tahu nenek tak baca blog along. tapi kalau nenek tahu guna computer, along pasti nenek pembaca setia blog along. oghang tahu nenek selalu nak tahu apa yg berlaku kat oghang n adik2 yg lain.oghang nak nek tahu...oghang nak nenek sihat cepat, keluar hospital, dan sambut raya dgn famili ramai2 and sambut raya dgn oghang tahun depan dan tahun2 seterusnya.

nenek kena tunggu oghang balik...nenek kena rehat kan fikiran, nenek kena lawan penyakit tu, and nenek kena makan banyak2 sampai nenek baik. oghang doakan nenek ok.
oghang rindu sangat2 kat nenek. nenek kena tunggu along balik ok. janjiiii tauuu. tunggu along ok.tinggal sikit je lagi...along nak cium nenek mcm selalu kita buat. along nak duduk sblh nenek bila kita naik keter, along nak duduk makan sama2 dgn nenek, along nak borak2 dengan nenek...nenekkkk janji tau tunggu along balik.

garammmmmmmmmm ko jahat!!!

August 22, 2011

Touched...Speechless

Angah told me about this long time ago. I've reckoned she gave me this copy of my little brother's short essay last year. First time I've read his writing, my tears dropped...and yet again, today, I was accidently opened it and read it and my tears dropped again. Never thought that someone will appreciate me as much as he did. For all and for everything...my famili is always my priority. I am nobody, I have nothing...but my famili always make me realize that, I am someone to them.


Absence makes the heart grow fonder



"Tokoh keluarga saya adalah abang saya yang dikenali di kalangan keluarga sebagai along. Ini kerana beliau seorang abang yang pintar dan suka menolong orang yang dalam kesusahan. Beliau seorang pensyarah di Universiti Multemedia.Beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR,PMR dan SPM. Selain itu beliau aktif juga dalam bidang kokurikulum seperti syarahan,pantun,scrabble dan pidato.Beliau seorang yang peramah dan suka membuat lawak.Jikalau ada peperiksaan beliau akan belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang.Saya mesti mengikut jejak abang saya dan apabila umur saya meningkat dewasa saya mengikut kerjaya abang saya menjadi seorang pensyarah yang terhebat. Beliau suka mengemas rumah dan suka memasak nasi tomato.Jikalau saya mendapat keputuasan yang cemerlang abang saya akan membeli hadiah dan belanja saya makan di tempat yang istemewa.Akhir sekali saya akan belajar bersungguh-sungguh dan mengikut kerjaya abang saya.Sekian terima kasih."

August 21, 2011

RINDU



winamp mode-repeat this one and only one song again and again.
lyrics-meaningful
feeling-RINDU

Allah sahaja tahu...

June 6, 2011

cukup makan...cukup pakai

tmpt menonton lps penat bekerja
tempat nak pakai kasut
kasut2 yg hendak dipakai
sinki and washing machine
tmpt memasak
fridge and table for two
koleksi pinggan mangkuk 1
koleksi pinggan mangkuk
stok makanan. see...i cukup makan kat sini. alhamdulillah. tupon ada stok lain tak tjk
katil yg best dan besttttttttt
my collection

alhamdulillah, dah nak dkt setahun dah duduk kat rumah roundhill way nie. rumah sgt2 lah selesa and landlord pon alhamdulillah...even kdg2 tu berapi lah juga nak deal with. tp alhamdulillah, so far seronok duduk rumah ni, sbb for the last 8 months ive got my own freedom kat rumah ni. so far takda masalah apa2, even sewa rumah tu, kalau kat msia dah dpt sewa banglo 4 bilik punyer harga kot. tp other than the rent, suasana sekeliling rumah sgt peaceful, senyap jer, and paling best tak panas...tak bising and rumah dkt dgn tmpt joggin/hutan simpan diaorg...best. and dekat dgn office tu yg palingpenting. :)

so utk yg insyaAllah nak dtg UK nanti or nak tgk rumah i di UK especially to mak and abah...ni i upload kan a few pictures rumah i skrg. honestly mmg deco rumah main balunnn je. most of the deco beli kat carboot jer. tak koser nak beli benda2 mahal. so jgnlah expect mcm eric leong nyer deco yg satu concept satu malaysia! i nie concept caca merba pusing satu dunia punya concept...buat konsep kontemp, tiba2 ada kipas cina? apa kesss lah kan? tp tulah as per said...deko tahan cincai punya!

so tak kiralah, mak ke, abah ke, angah uda uteh adik ke, nenek ke, mak teh ke, mak uda ke, oppa ke, abang2 ke, kakak2 ke, abg aji ke, papa ke, mama ke, ni lah rumah i. jemputlah datang nanti ok.

May 30, 2011

main raba-raba


terbaca komen seorang artis nie. hensem, kacak, bergaya...mutu keunggulan. tapi pemikiran benggap melantun2. geram betul baca komen yg dia publish. isunya, pasal video clip yg dia arahkan, kononnya VC tu takde scene raba2 and kissing2. persoalannya, kalau dah yg perempuan tu pakai baju tidur jer and dok atas riba si laki nyer, and tangan si lelaki around her, and hidung touching2, tu tak kira tahap RABA lagi ke? abis tu kita panggil apa2? cuit2 je ke? apa definisi RABA utk artis sengal sorang nie? ni DBP mendefinisikan RABA sebagai - menyentuh kerana hendak merasa atau hendak mencari sesuatu: sapa2 yg tgk video clip tu, yg laki n perempuan tu, sentuh sudah, merasa sudah, nak cari sesuatu tu...tak dan nak buat kot. sbb kena rakam. kalau tak dirakam...mayber jumpa kot apa yg nak dicari.

ni nak habaq mai...

1) hang tu celebriti, komen hang satu dunia boleh baca
2) kalau tak tau nak komen, tak payah komen langsung
3) sblm nak komen tu, fikirlah dulu, buat research sikit


on top of everything...kenapa pegi buat VC tu on the first place? even takder budget sekali pon, takkan tahap pemikiran tu sampai setahap dgn cipanzi?

APA LAH NAK JADI ARTIS2 KAT MALAYSIA NIE? nak glamour punya pasal, sanggup jual maruah diri. pastu kerajaan lak sibuk nak bising2 pasal buang anak lah, rogol sana sini lah, kes simbah asid lah...mcm2 lah. kalau dah artis sendiri tak mampu nak jadi role model utk anak2 bangsa, sapa lagi? ni lah, org2 yg nak hidup mewah segera...nanti hang susah pon express juga.

untuk artis tu...ni ada peribahas utk hang "Kurang budi teraba-raba, tidak ilmu suluh padam".

inilah orang ckp, hidup sudah di 'KEBARATKAN'. nasib baik B bukan P.

May 24, 2011

kitaorg highhhhhhhh

last sunday, since dah lama sgt tak berkumpul ramai2, semenjak abg long blk malaysia aritu for good, ive decided nak buat makan2 kat rumah. ada dua tujuan (1) utk kumpul2 kongsi2 cerita and (2) to welcome my new housemate!!!. hoorayyyy starting this friday, i akan ada housemate. so takderlah i duduk sorang2 lagi kat rumah tu. takderlah sunyi sepi lg rumah tu. moga2 housemate i akan sama2 menjaga rumah tu and sama2 livin in the house happily ever after...chheeewaaaaaaaahhhhhhh.

so bila dah di kabau kan kepada seluruh jemputan, seawal pagi, lps mandi semua dah siap2 pasang apron utk start memasak. and guess what, first time ever, buat nasi jagung. hehehehe. sbb teringat nasi jagung mak masak...so nak lawankan nasi jagung tu, i buat ayam masak kurma, and sayur buat terung n kentang goreng kicap and tempe goreng siap dgn kicap cili dia...pastu desert i buatkan fruit pastrie (blueberry and raspberry) and carrot cake. alhamdulillah. thanks to my mom and to myresipi.net and chef mat gebu, menjadi lah juga menu2 aritu...nasib baik jadik...kalau tak ada yg i keluarkan hotdog dgn fish fillet je hidangkan tetamu.




tetamu dtg around 6pm...and dah abis makan semua tup tap tup tap...lepas makann semua cakap HIGHHHHHHHHHH. mengantukkk angau rasa nak tidurrrrrr je semua. ahahahaha. baru i perasan...mana tak highnyer, nasi jagung tu ada ghee/minyak sapi. high cholestrol and high stomach lah masing2 lps tu kan. and i??? senyum jer...........sorry korang, org tak tau bab2 msk ni sgt. i ikut resipi jer. nanti jemput datang rumah lagi ok. :)

May 23, 2011

scenery...







as been requested by my deary mak uda...here with ive put some of the pictures taken around tenerife, spain. frankly speaking, the place is verily intrigued especially for those who are seeking for a place to relax and rest. the views...are SUBHANALLAH, stunning and my eyes were inevitibly wide opened.

tenerife, is one of the island from canary islands. just a quick idea about canary islands. it consists of 6 small islands including tenerife. each island has its own attraction. like tenerife, it is well-known with its volcanic mountain called el-teide (we were climbed up the mountain and guess what it was icey when reached the top).

and then another interesting place, we went to this wonderful and beautiful village called Masca. to reach the village it was like driving in hell!!! climbing up a hill with 45 degrees and with a small road for incoming and outgoing vehicles. now...imagine, u driving on a one way road, but in this village, that small road allowing both ways. and imagine if u are having a bus coming up your way??? fortunately i was not the one who drove the car. otherwise, i will definitely shout and scream all the way up and down to the village. ahahaha.

and then our rented apartment was located near to the sea and a harbour...so u can imagine, how interesting it is to see big big ships and ferry passing by your view all the time. very2 exciting!!! and not to forget, you can see many *ikan masin* sunbathing...totally exciting to see and view.

so just enjoy the pictures...

May 18, 2011

meh sini nak habaq...

(akak sapa tah ni, google image kuar gambaq dia-pinjam naa)

ni mehh sini, dok rapat2 sikit. nak bagitau nie...(ngumpat actually), arini dok office dok lah settle kan a few things. mcm2 lah keja yg nak dibuat, smp tersengguk2 dok ngadap keja...but bila smp tang satu keja nie, mata terus celik. bukan apa dek non, ni nak habaq, hati ni panas jer bila dok pikiaq masalah2 yg berupa cenggini.
tak tau lah, zaman sekarang nie, ramai bebeno orang yg suka amik kesempatan...kita ni hulurkan tangan utk korang sambut and jalan seiringan. tapi yang depa nie, dapat je sambut tangan kita, terus nak sambut satu badan. semua nya nak di pegang. haram jadahhh punya manusia. korang faham tak metaphor nie? huhuhu...cakap lurus kedepan nya, orang2 yg suka amik kesempatan nie lah. faham dah ke belom? kalau tak faham gak, korang pegi google translate copy semua ayat2 entry nie, korang transfer lah ke tamil ke, africans ke, azerbaijani ke...

di pendek kan cerita, la ni kita ni punya lah niat nak tolong dia kasik pinjam barang. kesian, tgk dia, dah bertahun2 dok sini, buat satu keja nie manual jer...org lain semua leh siap 10 minit, dia 10 hari pon belom tentu siap...dah dok kesian tgk dia, bagilah pinjam barang kita nie. oklah tu, tak kisahlah dia nak pakai benda kita kan...tapi yg tak best nyer tu, dah lah pakai benda kita tu sampai EXPIRED!!! kalau bagi pinjam tayar keter tu, dari tayar tu mampu gerak atas jalan raya, la ni sampai tayar tu mampu jadi pelampung jer, gerak atas air! abissssssss bunga tayar tu. kira guna barang kita tu tahap se optimom mungkin lah. korang faham dak metaphor yg satu nie lagi? iskkkkkkkk susah ehh kalau tak paham2...huhu. ahhhh sambung citer, dah lah pakai smp abis barang kita tu, hingga ketitisan yg terakhir, pastu boleh lak, dgn muka selamber badak dia tu, nak minta pakai benda lain pulak...hamekkk. tak panas hati? silap2 boleh masak hati ni buat hati goreng kunyit!!! geram betol perangai manusia2 zaman neopolitan nie. korang nie baru keluar gua apa? tak belajar ke pelajaran TASAWUF ISLAM kat sekolah dulu? tentang cara2 hidup bermasyarakat nie. hummmmm manusia2, mcm2 kes. kalau sepuluh org kwn mcm nie, taukeh kedai tayarpon boleh bankrupt.

ok dah enuf said, pie sambung buat keja tu...seghonok nak dgr ngumpat org no. hehehe.

May 17, 2011

I wish I can fly...


Buat survey sikit

Emirates Airlines = GBP 586.70
Qatar Airlines = GBP 669.00
Air Asia Airlines = GBP 681.00
Etihad Airlines = GBP 734.94
Singapore Airlines = GBP 840.13
Malaysia Airlines = GBP 859.33


Hampeh giler flight2 dari Malaysia nie. Diaorg lagi mahal daripada flight2 yg dah lebih bagus services dia. Soriilah sapa2 yg kerja dgn MAS and AirASia tu. but sgt2 mengecewakan. lagu mana nak tolong negara sendiri, kalau negara sendiri takmo tolong rakyat sendiri. bukan nak memburuk2kan negara sendiri, tapi dah mmg kenyataan. based on my own experience.

so far pernah balik naik Emirates, MAS, Air Asia...and honestly Emirates is wayyyyyyyy better than MAS and Air Asia. Frankly speaking, I really want to avoid to use Air Asia. Balik raya last year, touched down jer, i terus muntah. hummmm. cabin crew Air Asia mmg baik2. ingat lagi diaorg jg kitaorg nak berbuka and bersahur dlm flight aritu. tapi tulah, flight korang bumpy2 sgt kot. MAS ok lah, cuma mahal sgt lah korangnyer price dah tu seat korang sempit nak dicomparekan dgn Emirates. Harap2 Emirates takderlah naikkan harga lagi lps nie. huhuhu...ada ura2 dgr citer, diaorg nak reduce kan fuel price. hrp2 jadi ler...

oghang nak balik raya nie...bagilah harga yg elok2 sikit. kalau lagu nie harganyer. tak dptlah nak makan ketupat dgn rendang kat kampung. huhuhu.

xper2...kumpul duit lagi. nak balik!!! nak balik!!!

May 16, 2011

lilin yang membakar




wishing a blast teacher's day to all my beloved teachers from my kindergarten till now.

tadika: cikgu zarina (ingat sorang je)

Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Dato Palembang, Melaka: cikgu zubaidah, cikgu chin (cikgu disiplin)

Sekolah Kebangsaan Pernu, Melaka: cikgu sabaruddin, cikgu tarmizi, ustazah zaleha, ustaz suhaimi, cikgu fatimah, cikgu sarimah

Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Sultan Muhammad, Melaka: ustazah noraini, cikgu anja, cikgu hussein, cikgu mokhtar, ustaz ibrahim, cikgu alizah, cikgu sabrina

Kolej Islam Sultan Alam Shah, Selangor: cikgu ton teja, cikgu wan rahim, cikgu nik rukis, ustazah normah, cikgu arbaiah, cikgu norlida, cikgu siti arpah, cikgu wan harlina, cikgu hashimah

Multimedia University, Melaka: Mdm Fadzilah Salim, Dr.Cheah, Prof. Saharin Suib, Prof Suryanata, Puan Assliza Salim, Puan Halawati, Dr. Teoh, En Nazrul Muhaimin,Puan Mawar

University College London, UK: Prof Angela Sase, Prof John Dowell, Dr. Denise Gorse

Loughborough University, UK: Dr. Qinggang Meng, Dr. Eran Edirisinghe


and to the rest of my teachers...

without your helps, I wont be here. pray for my success. InsyaAllah.

May 9, 2011

mencari ketenangan...



baru baru nie pergilah ke tenerife,spain...salah satu pulau dari canary islands bersama2 kak maz, abg dino, abg paie and terry. perginya utk menenangkan fikiran i. merehatkan badan...dan menikmati cuti yg panjang. (even 2 minggu je pon).

ya Allah nikmatnya dpt bercuti...

utk lebih gambar2...tgklah kat facebook i.

May 3, 2011

sorang sorang...

dah lama rasanya tak update blog.kalau tanam pokok durian tu, confirm dah berbuah.

recently, busy dgn keja office sikit. sgt2 tension dgn keja, smp kadang2 tak tau...bila lah dpt abiskan study nie. bila dah masuk part programming nie, alamat mmg lah pakai gear satu jer dari mula. nak masuk je gear dua mesti tergelongsor belakang balik.huhuhu...saboooo je lah. kalau dlm citer HKLBR, dah lama dah kena bako!!!

by the way, nak bagitau, skrg group adik beradik kami dah makin berkurang. dulu kak fara n abg mosan sekeluarga dah blk malaysia for good. waktu tu, mmg tak dpt nak bayang betapa sedihnya hati. rs sunyi sgt2 kehidupan kat lufbra. especially bila dah tak dgr suara zara gelak n nangis. rinduuuuuu sgt2.

lps tu...last two a few months, abg long and kak long sekeluarga lak meninggal kan kitaorg. endup dari group yg mulanya ada dkt 10 orang, kini tinggal berempat jer. last two weeks abg long dtg semula ke lufbra utk viva dia. sampai2 je abg long, kami buat makan2 utk abg long...plan asal nak buat nasi kerabu, tapi endup tak jadi...so i dgn gigihnyer membuatkan fruit pastries (strawberry, mango, plum and grape) utk dessert, sausages rolls utk starter and mee goreng mamak utk main course for our breakfast. kak maz buat red velvet cake (sedapppppppp woooo) and maya lak buat flourless brownies (perghhhhhhhh terangkat gak makan nie). kami mcm nilah, sekali berkumpul, makan mmg takkan kalah...selagi meja tak penuh semua takkan berenti memasak. kalau kak long ada tu, mesti kak long pon akan masak...at least fruit cake kak long yg sedap tu. huhuhu rindunyerrrrrr


seminggu abg long duduk kat rumah, alhamdulillah, pada 4hb may, abg long dah berjaya defend viva dia...moga2 jd inspirasi utk kami yg masih berjuang nie. huhuhu.

lepas nie...tak tau lah sapa lak yg akan tinggalkan i kat lufbra nie. sedihnyer...kalau kak maz n abg dino kena blk msia...mmg i akan terus sakit meroyan. huhuhu.

kadang2 terpikir...dah tau tak suka berpisah, kenapa kena perlu bertemu? jawapannya, kalau tak bertemu, tak adalah semua memori tu kan? yg penting kena bersedia utk setiap benda yg bakal berlaku. insyaAllah janji Allah tu benar...ada hikmah setiap benda yg berlaku.

to all my beloved brothers and sisters-kak maz, kak fara, kak long, abg dino, abg mosan, abg long and maya...i miss u all soo much!!! Allah jer tahu.


March 8, 2011

my babies...



love u always. nanti uncle long balik ok. insyaAllah, at least tahun nie uncle long balik at least once to hug and kiss u both : aleesya humaira and fiqri syahmi.

XOXOXOXO
uncle long(dah tua hohoho)

March 2, 2011

I love HIM and I love HER

SEPERTI BINTANG

lyric
tak pernah aku merasakan seperti ini
kau buat aku jatuh cinta
dan jatuh cinta pada dirimu

reff:
kau seperti bintang
menerangi setiap langkahku
kau seperti bintang
dirimu yang kini menjadi pilihanku

dan kini hanyalah nafasmu yang jadi nafasku
kau buat aku jatuh cinta
dan jatuh cinta pada dirimu

back to reff: 2x

kau seperti bintang
menerangi setiap langkahku
kau seperti bintang
dirimu yang kini menjadi pilihanku

**********************************************************************************

Banyak berita2 baik dan besar berlaku skrg. Angah baru lepas delivered a baby girl...Aleesya Humaira namanya. I like the name...suweeeeeeetttt. skrg kami dah ada syahmi and aleesya. angah hope u will get well soon.
uteh lak dah masuk MMU. bertambah lah keturunan Encik Azman dan Puan Fadzilah di MMU. lps nie tunggu kami keturunan2 Azman nie jadi Presiden dan Top Management MMU lak ok. huhuhhu. (AMIN). and for myself here...coding i dah jalan lah sikit2. alhamdulillah. not too much, but oklah dr tak jalan langsung. berkat doa orang2 tersayang.

(sapa setuju i balik malaysia raya nanti? kalau i balik, sapa nak jumpa i? hehehhe)

February 10, 2011

JALAN MATI


apa korang akan buat kalau korang kena buat sesuatu yang korang tak nampak mcmmana bentuk hujung nya?

apa korang akan buat kalau korang kena buat sesuatu tu berulang2 kali...tapi keputusannya tetap sama-JALAN MATI?

apa korang akan buat kalau korang rasa tertekan sangat2?

YA ALLAH

susahnyer lah perjalanan terakhir sebagai pelajar ni. kenapa susah sangat? kenapa asyik jumpa jalan mati? napa asyik tertekan?

waktu2 mcm mana, rasa macam nak balik je malaysia. nak peluk mak dgn abah. nak baring sebelah mak. tak perlu cerita pasal kerja, just nak laying next to her...cukup buat utk hilangkan sebentar masalah kat kepala nie. walaupon mak dgn abah tak mampu nak tolong apa2, tapi at least bila dengan mak abah and adik2...otak ni tak tertekan.

esok pagi meeting dengan supervisor-tapi takder apa yang nak ditunjukkan. sebab semua nya JALAN MATI.

astaghfirullah al azim. kifarah utk diri sendiri

January 25, 2011

Jadi Jaga

semalam first day start invigilating exam utk tahun nie. bila tengok exam rota untuk invigilator dlm hati ckp Alhamdulillah...tapiiiiii bila tgk kena bertugas hari2 selama dua minggu lebih, terasa lak, alamakkkkkk penatnyer! huhuhu. tapi takperlah, take it positive.

first day invigilate mmg kelam kabut sikit. sbb nak recall balik the system. perghhhhhhhh mmg byk giler nak kena follow, tak mcm kat msia. jg exam senang. masuk je dewan pastu sign attendance sheet...pastu dah. tapi yg tak bestnyer invigilate kat msia tak dpt upah...kat sini diaorg byr sapa2 yg invigilate. sbb tu ramai yg apply invigilator nie budak2 PhD yg dari luar negara. nak cari duit lebih katanyer. system kat sini complicated sikit. nak jd invigilator pon kena pg interview. pastu kalau dapat, kena pg training lak. perghhhhh bukan kata invigilator, cleaner kat sini pon kena interview n training ok!!! korang jgn main2...mmg lah sgt2 particular diaorg nie utk jg standard. ingat senang ke? huhuhu. smp camtu sekali. pastu dlm dewan lak, korang di assign 50 seats to take care of, pastu kena isi borang mcm2, pastu kalau ada student nak pg toilet korang kena escort dia pastu kena mark kat attendance sheet diaorg...mmg mcm2 lah lagi. mmg pening mula2 tu. and yg paling worst, kalau korang jg exam for 2 hours so 2 jam tu lah korang takleh nak duduk!!! tak ke kematu kuku ibu jari kaki korang? ala2 nak kena support berat badan yg ala2 kurus tak kurus tu.

tapi kan...yg bestnyer jd invigilator nie yg boleh buat korang excited sikit is korang leh tgk muka budak2 tension, confused and panic bila buka kertas exam and bila dah nak abis exam. ahahahhaa lawak lahhhhhhh. PRECIOUSSSSS OK!!! ikutkan hati nak je cakap...padan muka korang kena exam. ahahahaha. pastu kat sini satu lg yg best bab2 skodeng nie, korang leh skodeng mcm2 jenis muka mcm2 jenis perangai.ada sekali tu, jumpa student, lelaki badan tough pakai bra!!! masuk dewan exam. ahhhhhhh korang berani buat camtu? gilerrrrrrr ahhh. and of course for me, bila dpt peluang2 camni, i suka lah tgk fashion2 diaorg. sukaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! hehehee. diaorg amat2lah stylo. pastu kalau jumpa yg fashion2 yg best sikit, i akan buat tawaf kat diaorg. dari tawaf qudum sampai lah ke tawaf wada'. hohoho...pastu benda yg kedua i suka jg exam nie, kdg2 invigilator nie especially yg pakai kasut kulit nie, mulalah buat catwalk show...kelentang kelentung bunyi kasut diaorg. hehehehe. feeling2 ala2 tyra bank jalan kat fashion show. and paling best kalau escort budak2 nak ke toilet...maka panjanglah perjalanan catwalk nyer kan. ala2 dari hilir ke hulu korang berjalan. syioooooooookkkkkkkkkk.

well...bila korang dah dying tak tau nak buat apa2kan dlm masa 2 jam tu, so u have to find any way to entertain u kan. well itulah hidup.

utk adik2 yg tgh nak exam tu...buat elok2. esok korang dah berjaya baru korang leh gelakkan orang yg amik exam tu. hehehe

till then...adios

January 24, 2011

tak tau lah betul ke tak


tak tau lah betul ke tak
tiap kali kalau ada satu masalah jer mula timbul
nanti pasti akan dtg masalah2 yg lain ikut sama
waktu tu lah mcm2 benda yg remeh temeh keluar
menjadi beban fikiran
tak tau lah betul ke tak
biasanya masalah2 ni timbul
bila diri terasa sangat2 "low esteem"
mungkin hilang keyakinan diri
mungkin juga hilang rasa kesempurnaan diri yg Allah beri
tak taulah betul ke tak
sebenarnya semua masalah2 tu boleh diselesaikan
cuma memerlukan masa, ketekunan dan doa yang tak putus2
sudahkan satu masalah demi satu
walaupon sikit, tapi lama2 semua akan dapat dihadapi

tak taulah betul ke tak
semua benda tu adalah mainan fikiran
kalau benda remeh di anggap sbg masalah
maka masalah lah jadi nya
jadi kan perkara remeh tu sebagai tanggungjawab
yang mungkin belom selesai
insyaAllah...tak akan jadi masalah

tak taulah betul ke tak
kalau kita selalu fikir positif untuk semua benda yg berlaku
pasti tiada makna masalah dalam hidup
janji Allah, setiap perkara yg berlaku ada hikmah
jadi, ambil lah masalah yg timbul tu sebagai ujian
yang pasti ada sinar dihujung jalan
senyum + positif + solat dan doa = tiada masalah...insyaAllah

January 9, 2011

Tolong Ingat kan Aku


everyone here and there, are talking about "tolong ingatkan aku" song. lagu yg won AJL2.

tadi petang, waktu called mak, mak pon tgh tgk AJL dgn adik. tgk berdua jer. sian mak...dulu waktu along kat msia, along mesti temankan mak buat apa2. tgk tv, angkat baju kat ampaian, masak kat dapur, lipat baju or even bila mak baca newspaper.
tadi terkeluar dr mulut mak..."semua dah balik asal dah". terasa nada sedih mak. oghang faham. yerlah, rumah tu dah biasa bising dgn kami 5 beradik. berebut tandas, berebut kerusi nak duduk makan, berebut nak duduk seat depan kereta...tp skrg mana2 jer tinggal mak, abah, uteh dgn adik jer kat rumah. nanti bulan 3 nanti, bila uteh dah masuk asrama, tinggallah mak, abah dgn adik jer kat rumah. along tau...mak dgn abah, rindu nak berkumpul dgn anak2 mcm biasa. last time dpt kumpul ramai2 cukup semua, waktu raya...nampak sgt, abah dgn mak gembira. mak lah especially, smp mcm2 lauk mak masak utk pagi raya.anak2 semua dah besar...along jauh kat sini, angah dah ikut tinggal dgn suami, uda lak dah bermustautin di damansara. skrg keja2 kat rumah, semua mak dgn abah yg buat. kesiannyer kat mak dgn abah...abah selalu kena demam, sbb panas2pon abah bekerja kat luar, bersihkan kawasan rumah.mak lak, selalu mengadu penat...yerlah dah takder sapa2 kat rumah tu nak tolong mak, kemaskan dapur, lipat baju, angkat baju and kemas rumah...ya Allah, terasa kesian sgt kat mak abah. ringankanlah bebanan mak dan abah ya Allah, panjangkanlah umur mereka utk ku ya Allah. berilah diriku peluang utk membalas jasa mereka ya Allah.
smlm kol 4am called mak, arini kol 3pm called lagi...rindu sgt2 kat mak dgn abah.mmg terasa mcm nak balik msia lg. tp tak mampu dan tak boleh pon nak blk. lama berborak dgn mak...dan sepanjang2 perbualan tu, mak tetap mak. ayat yg paling sayu bila mak ckp "apapon berlaku, awak tetap anak mak dgn abah". menitis air mata nie bila mak ckp camtu. dari kecik smp besar, mak lah satu2nya org yg sentiasa bersama along. mak lah yg selalu console me. rasa bersyukur2 sgt diberikan insan bernama Fadzilah Muhamad sbg mak along. mak, abah...along minta maaf kalau along ada sakitkan hati mak abah. along cuba jd anak yg baik utk mak abah...tp kdg2 tak semua yg kita impikan mampu kita miliki. maafkan along mak, maafkan along abah...yaAllah, maafkan diri ini. mak tak pernah masuk universiti, tapi mak selalu bagi nasihat dan tunjuk ajar yg lebih bijaksana dr pakar psychology. mak pesan lagi "long, mak abah takder harta nak bg kat korang,belajar lah betul2 kat sana, buatlah mak dgn abah bangga". ya Allah menitis lagi. mmg kami adik beradik tak pernah amik tahu pon psl harta2 abah n mak. tapi kami adik beradik tahu, mak dgn abah dr dulu mmg selalu tekankan betapa pentingnya pelajaran utk kami. dulu kecik2, kat rumah, mak yg jd cikgu english kami, and abah lak jd cikgu math kami.dan hasilnya skrg, anak2 mak dgn abah skrg, semua graduate dr MMU yg language medium is English, and along, angah and uda...did very well AddMath waktu SPM. paling bangga, angah scored A1 utk AddMath. alhamdulillah. waktu dulu2, AddMath dikira killer subject utk student2 SPM. bila kami semua amik result SPM, nampak mak abah senyum bangga. masih teringat lg waktu tu. berkatnya ilmu yg mak abah ajar pd kami. tulah, pd adik2 along...along tak der apa nak nasihatkan korang. belajar lah betul2. lets make our mak n abah proud. lets make our famili be the best famili ever in education. ingat pesan mak tu, uteh n adik. korang je skrg yg tinggal skrg nie.
dan pesan mak yang terakhir utk arini "jangan lupa solat". dari dulu smp sekarang...pesan tu tak pernah mak lupa. ya Allah, terngiang2 kat kepala nie, mak menjerit dr luar bilik kejut bangun solat. terngiang suara abah berzikir 'subhanAllah, alhamdulillah, Allahuakbar' setiap kali lps solat. itulah abah dgn mak. mereka bukanlah ustaz dan ustazah, tp merekalah imam kami kalau di rumah. abah selalu bising, kalau magrib2 tgk TV. rasa rindu nak dgr abah marah kami...kalau tgk tv waktu magrib. abah ckp, waktu magrib byk setan, jgn tambah 5 lg setan kat rumah waktu magrib2 tgk tv. ya Allah...terima kasih abah, terima kasih mak, kalau bukan sbb marah dan ingatan mak abah tu, along mesti lalai kat sini ttg solat.

ya Allah..."tolonglah aku" supaya aku dapat segera menghabiskan urusan ku disini. supaya cepat aku dpt pulang ke pangkuan mak dan abah ku. dan izinkanlah aku pula yg menguruskan semua nya ttg rumah dan kebajikan mak dan abah ku.
ya Allah..."tolonglah aku" menjaga mak dan abah ku di Malaysia...sihatkan lah tubuh badan mereka. kau sakitkanlah aku, tapi jangalah kau sakiti mereka.
ya Allah..."tolong ingatkan aku" walaupon hingga hari akhirat...Fadzilah Muhamad itu ibu ku, dan Azman Abd Hadi itu ayahku. dan hingga ke akhir nyawa ku...mereka sentiasa dlm hati ku. tiada yg lain.