January 9, 2011

Tolong Ingat kan Aku


everyone here and there, are talking about "tolong ingatkan aku" song. lagu yg won AJL2.

tadi petang, waktu called mak, mak pon tgh tgk AJL dgn adik. tgk berdua jer. sian mak...dulu waktu along kat msia, along mesti temankan mak buat apa2. tgk tv, angkat baju kat ampaian, masak kat dapur, lipat baju or even bila mak baca newspaper.
tadi terkeluar dr mulut mak..."semua dah balik asal dah". terasa nada sedih mak. oghang faham. yerlah, rumah tu dah biasa bising dgn kami 5 beradik. berebut tandas, berebut kerusi nak duduk makan, berebut nak duduk seat depan kereta...tp skrg mana2 jer tinggal mak, abah, uteh dgn adik jer kat rumah. nanti bulan 3 nanti, bila uteh dah masuk asrama, tinggallah mak, abah dgn adik jer kat rumah. along tau...mak dgn abah, rindu nak berkumpul dgn anak2 mcm biasa. last time dpt kumpul ramai2 cukup semua, waktu raya...nampak sgt, abah dgn mak gembira. mak lah especially, smp mcm2 lauk mak masak utk pagi raya.anak2 semua dah besar...along jauh kat sini, angah dah ikut tinggal dgn suami, uda lak dah bermustautin di damansara. skrg keja2 kat rumah, semua mak dgn abah yg buat. kesiannyer kat mak dgn abah...abah selalu kena demam, sbb panas2pon abah bekerja kat luar, bersihkan kawasan rumah.mak lak, selalu mengadu penat...yerlah dah takder sapa2 kat rumah tu nak tolong mak, kemaskan dapur, lipat baju, angkat baju and kemas rumah...ya Allah, terasa kesian sgt kat mak abah. ringankanlah bebanan mak dan abah ya Allah, panjangkanlah umur mereka utk ku ya Allah. berilah diriku peluang utk membalas jasa mereka ya Allah.
smlm kol 4am called mak, arini kol 3pm called lagi...rindu sgt2 kat mak dgn abah.mmg terasa mcm nak balik msia lg. tp tak mampu dan tak boleh pon nak blk. lama berborak dgn mak...dan sepanjang2 perbualan tu, mak tetap mak. ayat yg paling sayu bila mak ckp "apapon berlaku, awak tetap anak mak dgn abah". menitis air mata nie bila mak ckp camtu. dari kecik smp besar, mak lah satu2nya org yg sentiasa bersama along. mak lah yg selalu console me. rasa bersyukur2 sgt diberikan insan bernama Fadzilah Muhamad sbg mak along. mak, abah...along minta maaf kalau along ada sakitkan hati mak abah. along cuba jd anak yg baik utk mak abah...tp kdg2 tak semua yg kita impikan mampu kita miliki. maafkan along mak, maafkan along abah...yaAllah, maafkan diri ini. mak tak pernah masuk universiti, tapi mak selalu bagi nasihat dan tunjuk ajar yg lebih bijaksana dr pakar psychology. mak pesan lagi "long, mak abah takder harta nak bg kat korang,belajar lah betul2 kat sana, buatlah mak dgn abah bangga". ya Allah menitis lagi. mmg kami adik beradik tak pernah amik tahu pon psl harta2 abah n mak. tapi kami adik beradik tahu, mak dgn abah dr dulu mmg selalu tekankan betapa pentingnya pelajaran utk kami. dulu kecik2, kat rumah, mak yg jd cikgu english kami, and abah lak jd cikgu math kami.dan hasilnya skrg, anak2 mak dgn abah skrg, semua graduate dr MMU yg language medium is English, and along, angah and uda...did very well AddMath waktu SPM. paling bangga, angah scored A1 utk AddMath. alhamdulillah. waktu dulu2, AddMath dikira killer subject utk student2 SPM. bila kami semua amik result SPM, nampak mak abah senyum bangga. masih teringat lg waktu tu. berkatnya ilmu yg mak abah ajar pd kami. tulah, pd adik2 along...along tak der apa nak nasihatkan korang. belajar lah betul2. lets make our mak n abah proud. lets make our famili be the best famili ever in education. ingat pesan mak tu, uteh n adik. korang je skrg yg tinggal skrg nie.
dan pesan mak yang terakhir utk arini "jangan lupa solat". dari dulu smp sekarang...pesan tu tak pernah mak lupa. ya Allah, terngiang2 kat kepala nie, mak menjerit dr luar bilik kejut bangun solat. terngiang suara abah berzikir 'subhanAllah, alhamdulillah, Allahuakbar' setiap kali lps solat. itulah abah dgn mak. mereka bukanlah ustaz dan ustazah, tp merekalah imam kami kalau di rumah. abah selalu bising, kalau magrib2 tgk TV. rasa rindu nak dgr abah marah kami...kalau tgk tv waktu magrib. abah ckp, waktu magrib byk setan, jgn tambah 5 lg setan kat rumah waktu magrib2 tgk tv. ya Allah...terima kasih abah, terima kasih mak, kalau bukan sbb marah dan ingatan mak abah tu, along mesti lalai kat sini ttg solat.

ya Allah..."tolonglah aku" supaya aku dapat segera menghabiskan urusan ku disini. supaya cepat aku dpt pulang ke pangkuan mak dan abah ku. dan izinkanlah aku pula yg menguruskan semua nya ttg rumah dan kebajikan mak dan abah ku.
ya Allah..."tolonglah aku" menjaga mak dan abah ku di Malaysia...sihatkan lah tubuh badan mereka. kau sakitkanlah aku, tapi jangalah kau sakiti mereka.
ya Allah..."tolong ingatkan aku" walaupon hingga hari akhirat...Fadzilah Muhamad itu ibu ku, dan Azman Abd Hadi itu ayahku. dan hingga ke akhir nyawa ku...mereka sentiasa dlm hati ku. tiada yg lain.

3 comments: