May 3, 2011

sorang sorang...

dah lama rasanya tak update blog.kalau tanam pokok durian tu, confirm dah berbuah.

recently, busy dgn keja office sikit. sgt2 tension dgn keja, smp kadang2 tak tau...bila lah dpt abiskan study nie. bila dah masuk part programming nie, alamat mmg lah pakai gear satu jer dari mula. nak masuk je gear dua mesti tergelongsor belakang balik.huhuhu...saboooo je lah. kalau dlm citer HKLBR, dah lama dah kena bako!!!

by the way, nak bagitau, skrg group adik beradik kami dah makin berkurang. dulu kak fara n abg mosan sekeluarga dah blk malaysia for good. waktu tu, mmg tak dpt nak bayang betapa sedihnya hati. rs sunyi sgt2 kehidupan kat lufbra. especially bila dah tak dgr suara zara gelak n nangis. rinduuuuuu sgt2.

lps tu...last two a few months, abg long and kak long sekeluarga lak meninggal kan kitaorg. endup dari group yg mulanya ada dkt 10 orang, kini tinggal berempat jer. last two weeks abg long dtg semula ke lufbra utk viva dia. sampai2 je abg long, kami buat makan2 utk abg long...plan asal nak buat nasi kerabu, tapi endup tak jadi...so i dgn gigihnyer membuatkan fruit pastries (strawberry, mango, plum and grape) utk dessert, sausages rolls utk starter and mee goreng mamak utk main course for our breakfast. kak maz buat red velvet cake (sedapppppppp woooo) and maya lak buat flourless brownies (perghhhhhhhh terangkat gak makan nie). kami mcm nilah, sekali berkumpul, makan mmg takkan kalah...selagi meja tak penuh semua takkan berenti memasak. kalau kak long ada tu, mesti kak long pon akan masak...at least fruit cake kak long yg sedap tu. huhuhu rindunyerrrrrr


seminggu abg long duduk kat rumah, alhamdulillah, pada 4hb may, abg long dah berjaya defend viva dia...moga2 jd inspirasi utk kami yg masih berjuang nie. huhuhu.

lepas nie...tak tau lah sapa lak yg akan tinggalkan i kat lufbra nie. sedihnyer...kalau kak maz n abg dino kena blk msia...mmg i akan terus sakit meroyan. huhuhu.

kadang2 terpikir...dah tau tak suka berpisah, kenapa kena perlu bertemu? jawapannya, kalau tak bertemu, tak adalah semua memori tu kan? yg penting kena bersedia utk setiap benda yg bakal berlaku. insyaAllah janji Allah tu benar...ada hikmah setiap benda yg berlaku.

to all my beloved brothers and sisters-kak maz, kak fara, kak long, abg dino, abg mosan, abg long and maya...i miss u all soo much!!! Allah jer tahu.


No comments:

Post a Comment