August 26, 2011

GARAM JAHAAATTT!!!




macam kebiasaan, mmg akan call malaysia hari2, dan tadi lps lipat je sejadah, terus called rumah kat pernu, sbb takut mak abah nak keluar nak hantar adik pegi sekolah...tak mcm kebiasaan, telepon, abah yang angkat...perbualan berjalan mcm biasa mulanya...tapi sampai bila abah cakap "nenek masuk hospital semalam"...terus jantung mcm berhenti sekejap. ya Allah terus teringat semua pasal nenek.

Satu tu je lah nenek dan orang tua yg tinggal utk kami salam pada setiap pagi raya. yang kami dapat bermanja. sebagai cucu sulong dalam keluarga...memang biasa oghang yg akan dapat perhatian penuh dari nenek. sejak dr kecil, nenek yang jaga oghang dan juga adik beradik yg lain. nenek tak pernah tinggal apa2 ocassion or event yg pernah berlaku dalam hidup oghang...dari masa org bersunat, oghang masuk asrama, oghang pegi amik result SPM, oghang nak fly ke UK...semua,semua tak pernah nenek terlepas. even nenek terpaksa ditolak pakai kerusi roda sekali pon...nenek tetap nak sama2 dgn oghang.

and bila dengar abah cakap nenek kat hospital...oghang dah tak tahan air mata. oghang teringat kat nenek. setiap kali lps solat, nama nenek tak pernah oghang lupa doakan supaya nenek panjang umur, sihat walafiat dan selamat dunia akhirat. sebabnya, setiap kali nenek nak hantar org fly back to UK or even bila oghang call rumah and if nenek ada...nenek akan keluarkan statement yang tak mampu oghang nak janji apa2. nenek selalu sebut "berapa lama lagi along kat sana? sempat ke tidak nenek nak jumpa along nanti. tah hidup ke lagi nenek nanti"...ya Allah sebaknye bila kenang ayat2 tu..

banyak benda oghang nak bgtau nenek...banyak cerita oghang nak share dgn nenek. nenek pendengar yang baik...nenek suka bercerita. smp kdg2 kami yg penat dengar cerita nenek. nek...along pon banyak cerita nak cerita kat nenek. tapi nenek kena janji, nenek takleh stress sangat. doktor cakap kat mak smlm, kandungan garam nenek rendah. level garam dalam badan nenek was just 2.60 initially. normal level is 3.00 and above. doktor cakap lagi, kalau kandungan garam terus rendah, degupan jantung nenek boleh jd slow and possibly berhenti. Ya Allah...GARAM JAHAT!!!..bila check2 rupanya sbb nenek tertekan. banyak benda nenek fikir. kami sekeluarga tahu apa yang nenek fikir dan pendamkan...tapi kami tak mau nenek risau2, sbb perkara tu bukan lagi tangungan nenek...anak2 dan cucu2 nenek ramai...biar kami yg selesaikan. kesian nenek...dari dulu lagi, nenek mmg suka buat orang2 sekeliling nenek happi, even nenek yang memendam rasa. sbb terlalu lama memendam lah nenek tertekan.

nek...along tahu nenek tak baca blog along. tapi kalau nenek tahu guna computer, along pasti nenek pembaca setia blog along. oghang tahu nenek selalu nak tahu apa yg berlaku kat oghang n adik2 yg lain.oghang nak nek tahu...oghang nak nenek sihat cepat, keluar hospital, dan sambut raya dgn famili ramai2 and sambut raya dgn oghang tahun depan dan tahun2 seterusnya.

nenek kena tunggu oghang balik...nenek kena rehat kan fikiran, nenek kena lawan penyakit tu, and nenek kena makan banyak2 sampai nenek baik. oghang doakan nenek ok.
oghang rindu sangat2 kat nenek. nenek kena tunggu along balik ok. janjiiii tauuu. tunggu along ok.tinggal sikit je lagi...along nak cium nenek mcm selalu kita buat. along nak duduk sblh nenek bila kita naik keter, along nak duduk makan sama2 dgn nenek, along nak borak2 dengan nenek...nenekkkk janji tau tunggu along balik.

garammmmmmmmmm ko jahat!!!

2 comments:

  1. moga nenek along sentiasa sehat hendaknya..kami pembaca2 setia blog along sentiasa mendoakan along dan ur family sentiasa sehat di bawah rahmatnya~

    ReplyDelete
  2. AIZUL...thanks. nenek dah keluar wad sehari sblm raya. alhamdulillah. selamat hari raya to u dear.

    ReplyDelete