September 9, 2011

sapa ada BB?


ahh ni bukan nak citer pasal blackberry ke blue berry ke or even beri beri...ni BB adalah bahasa badan. seharian nie dr pagi tadi, mata belah kiri asyik lah berkedip2. di tekan tekan... terasa sakit, di tarik tarik...tetap juga berkedip. so nak tau lah juga apa maksud nie.

tapi sebelum tu, ni cuma andaian yg orang-orang tua kita buat sahaja dan bukanlah bila BB ni berlaku, ia jadi petanda tetap dan pasti akan menimpa kita. ambil kata orang-orang tua nie sebagai benda untuk seronok-seronok je. jangan percaya beria-ia pulak...nanti takut jatuh hukum khurafat lak.


tapak tangan kanan rasa gatal = duit nak masuk : hummm abah lah selalu cakap camnie, and selalu gak lah kena. kebetulan je kot.

tapak tangan kiri rasa gatal = duit nak keluar : hummm kalau tak gatal pon mmg selalu je keluar.

Kelopak mata kanan bergerak = beroleh keamanan :tak pernah rasa lagi nie

Kelopak mata kiri bergerak = melihat perempuan : aiyorrrr mata kiri i bergerak2 dah seharian nie. perempuan yg mcm mana lg i akan dpt tgk nie? dah berpuluh nmpk perempuan, tp tetap bergerak2

Kelopak mata kiri bergerak dari atas = ada org akan berjalan jauh : humm ni betul kot, sbb tak lama lagi ada orang jauh nak dtg jumpa i. bestttttttnyer!

Kelopak mata kiri dibawah bergerak = hendak menangis : aiyooor kalau dah nak nangis tak smpt nak tgk kelopak mana yg bergerak

Ekor mata kanan bergerak = menerima kedatangan orang jauh : ok noted

Ekor mata kiri bergerak-gerak = mendapat sedikit kepayahan : no no nooooooo

Biji mata kanan bergerak-gerak = akan menangis dalam bercinta : menarik nie. so far biji2 lain yg bergerak...sbb tu lah tak pernah nangis dlm bercinta. hohoho...

Biji mata kiri bergerak-gerak = gembira dihati : ok ni yg berlaku arini gak...

Kening kiri bergerak-gerak = beroleh kelapangan : never happened sbb tu tak pernah lapang

Bibir bawah bergerak = akan menangis : ni mmg dah di proven dlm psyhology rasanyer

Waktu subuh kepala kita bergerak = beroleh kerja yang baik : aiyooo suboh je? waktu2 lain?

Telinga bergerak = akan berkelahi : ahh ni pon dlm psychology ada rasanyer...well org tahan marah bukan kata telinga...tangan2 pon akan bergerak

Bahu kanan bergerak-gerak = harta hendak datang : ohh patutlah tak pernah dpt harta, sbb bahu tak gerak2

Bahu kiri bergerah-gerak = bakal berjumpa pembesar/ketua : not interested

kalau anak mata kita terbeliak bila kita bercakap dgn seseorang maknanya kita suka orang tu or kita suka berborak dgn orang tu.

kalau mata pandang ke kiri dan atas ada chance orang tu nak menipu korang...ahh nie proven in Neuro linguistic Programming (NLP). so watch out ahhh sapa2 yg nak kencing menkencing tu...i've learnt how to detect liers!


sebenarnya banyak je lagi rahsia bahasa badan dari orang-orang tua nie. tapi ni je lah dulu yerk. malassss nak explain byk.

actually i really like to study about body language and neuro linguistic programming ni. menarik sgt study benda nie. byk benda kita boleh tahu daripada bahasa badan kita or mat salleh cakap body language. rasanyer entry doooluuuu doooluuu ada citer pasal rahsia mata.

ahhh lepas tu kan tak tau lah orang lain rasa ke tak benda nie, kadang2 bila tgh tidur, oghang terasa the whole body shaking...mcm ada orang goncang kan badan. seriussssly byk kali dah. spooky or corny???

No comments:

Post a Comment