January 25, 2011

Jadi Jaga

semalam first day start invigilating exam utk tahun nie. bila tengok exam rota untuk invigilator dlm hati ckp Alhamdulillah...tapiiiiii bila tgk kena bertugas hari2 selama dua minggu lebih, terasa lak, alamakkkkkk penatnyer! huhuhu. tapi takperlah, take it positive.

first day invigilate mmg kelam kabut sikit. sbb nak recall balik the system. perghhhhhhhh mmg byk giler nak kena follow, tak mcm kat msia. jg exam senang. masuk je dewan pastu sign attendance sheet...pastu dah. tapi yg tak bestnyer invigilate kat msia tak dpt upah...kat sini diaorg byr sapa2 yg invigilate. sbb tu ramai yg apply invigilator nie budak2 PhD yg dari luar negara. nak cari duit lebih katanyer. system kat sini complicated sikit. nak jd invigilator pon kena pg interview. pastu kalau dapat, kena pg training lak. perghhhhh bukan kata invigilator, cleaner kat sini pon kena interview n training ok!!! korang jgn main2...mmg lah sgt2 particular diaorg nie utk jg standard. ingat senang ke? huhuhu. smp camtu sekali. pastu dlm dewan lak, korang di assign 50 seats to take care of, pastu kena isi borang mcm2, pastu kalau ada student nak pg toilet korang kena escort dia pastu kena mark kat attendance sheet diaorg...mmg mcm2 lah lagi. mmg pening mula2 tu. and yg paling worst, kalau korang jg exam for 2 hours so 2 jam tu lah korang takleh nak duduk!!! tak ke kematu kuku ibu jari kaki korang? ala2 nak kena support berat badan yg ala2 kurus tak kurus tu.

tapi kan...yg bestnyer jd invigilator nie yg boleh buat korang excited sikit is korang leh tgk muka budak2 tension, confused and panic bila buka kertas exam and bila dah nak abis exam. ahahahhaa lawak lahhhhhhh. PRECIOUSSSSS OK!!! ikutkan hati nak je cakap...padan muka korang kena exam. ahahahaha. pastu kat sini satu lg yg best bab2 skodeng nie, korang leh skodeng mcm2 jenis muka mcm2 jenis perangai.ada sekali tu, jumpa student, lelaki badan tough pakai bra!!! masuk dewan exam. ahhhhhhh korang berani buat camtu? gilerrrrrrr ahhh. and of course for me, bila dpt peluang2 camni, i suka lah tgk fashion2 diaorg. sukaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! hehehee. diaorg amat2lah stylo. pastu kalau jumpa yg fashion2 yg best sikit, i akan buat tawaf kat diaorg. dari tawaf qudum sampai lah ke tawaf wada'. hohoho...pastu benda yg kedua i suka jg exam nie, kdg2 invigilator nie especially yg pakai kasut kulit nie, mulalah buat catwalk show...kelentang kelentung bunyi kasut diaorg. hehehehe. feeling2 ala2 tyra bank jalan kat fashion show. and paling best kalau escort budak2 nak ke toilet...maka panjanglah perjalanan catwalk nyer kan. ala2 dari hilir ke hulu korang berjalan. syioooooooookkkkkkkkkk.

well...bila korang dah dying tak tau nak buat apa2kan dlm masa 2 jam tu, so u have to find any way to entertain u kan. well itulah hidup.

utk adik2 yg tgh nak exam tu...buat elok2. esok korang dah berjaya baru korang leh gelakkan orang yg amik exam tu. hehehe

till then...adios

January 24, 2011

tak tau lah betul ke tak


tak tau lah betul ke tak
tiap kali kalau ada satu masalah jer mula timbul
nanti pasti akan dtg masalah2 yg lain ikut sama
waktu tu lah mcm2 benda yg remeh temeh keluar
menjadi beban fikiran
tak tau lah betul ke tak
biasanya masalah2 ni timbul
bila diri terasa sangat2 "low esteem"
mungkin hilang keyakinan diri
mungkin juga hilang rasa kesempurnaan diri yg Allah beri
tak taulah betul ke tak
sebenarnya semua masalah2 tu boleh diselesaikan
cuma memerlukan masa, ketekunan dan doa yang tak putus2
sudahkan satu masalah demi satu
walaupon sikit, tapi lama2 semua akan dapat dihadapi

tak taulah betul ke tak
semua benda tu adalah mainan fikiran
kalau benda remeh di anggap sbg masalah
maka masalah lah jadi nya
jadi kan perkara remeh tu sebagai tanggungjawab
yang mungkin belom selesai
insyaAllah...tak akan jadi masalah

tak taulah betul ke tak
kalau kita selalu fikir positif untuk semua benda yg berlaku
pasti tiada makna masalah dalam hidup
janji Allah, setiap perkara yg berlaku ada hikmah
jadi, ambil lah masalah yg timbul tu sebagai ujian
yang pasti ada sinar dihujung jalan
senyum + positif + solat dan doa = tiada masalah...insyaAllah

January 9, 2011

Tolong Ingat kan Aku


everyone here and there, are talking about "tolong ingatkan aku" song. lagu yg won AJL2.

tadi petang, waktu called mak, mak pon tgh tgk AJL dgn adik. tgk berdua jer. sian mak...dulu waktu along kat msia, along mesti temankan mak buat apa2. tgk tv, angkat baju kat ampaian, masak kat dapur, lipat baju or even bila mak baca newspaper.
tadi terkeluar dr mulut mak..."semua dah balik asal dah". terasa nada sedih mak. oghang faham. yerlah, rumah tu dah biasa bising dgn kami 5 beradik. berebut tandas, berebut kerusi nak duduk makan, berebut nak duduk seat depan kereta...tp skrg mana2 jer tinggal mak, abah, uteh dgn adik jer kat rumah. nanti bulan 3 nanti, bila uteh dah masuk asrama, tinggallah mak, abah dgn adik jer kat rumah. along tau...mak dgn abah, rindu nak berkumpul dgn anak2 mcm biasa. last time dpt kumpul ramai2 cukup semua, waktu raya...nampak sgt, abah dgn mak gembira. mak lah especially, smp mcm2 lauk mak masak utk pagi raya.anak2 semua dah besar...along jauh kat sini, angah dah ikut tinggal dgn suami, uda lak dah bermustautin di damansara. skrg keja2 kat rumah, semua mak dgn abah yg buat. kesiannyer kat mak dgn abah...abah selalu kena demam, sbb panas2pon abah bekerja kat luar, bersihkan kawasan rumah.mak lak, selalu mengadu penat...yerlah dah takder sapa2 kat rumah tu nak tolong mak, kemaskan dapur, lipat baju, angkat baju and kemas rumah...ya Allah, terasa kesian sgt kat mak abah. ringankanlah bebanan mak dan abah ya Allah, panjangkanlah umur mereka utk ku ya Allah. berilah diriku peluang utk membalas jasa mereka ya Allah.
smlm kol 4am called mak, arini kol 3pm called lagi...rindu sgt2 kat mak dgn abah.mmg terasa mcm nak balik msia lg. tp tak mampu dan tak boleh pon nak blk. lama berborak dgn mak...dan sepanjang2 perbualan tu, mak tetap mak. ayat yg paling sayu bila mak ckp "apapon berlaku, awak tetap anak mak dgn abah". menitis air mata nie bila mak ckp camtu. dari kecik smp besar, mak lah satu2nya org yg sentiasa bersama along. mak lah yg selalu console me. rasa bersyukur2 sgt diberikan insan bernama Fadzilah Muhamad sbg mak along. mak, abah...along minta maaf kalau along ada sakitkan hati mak abah. along cuba jd anak yg baik utk mak abah...tp kdg2 tak semua yg kita impikan mampu kita miliki. maafkan along mak, maafkan along abah...yaAllah, maafkan diri ini. mak tak pernah masuk universiti, tapi mak selalu bagi nasihat dan tunjuk ajar yg lebih bijaksana dr pakar psychology. mak pesan lagi "long, mak abah takder harta nak bg kat korang,belajar lah betul2 kat sana, buatlah mak dgn abah bangga". ya Allah menitis lagi. mmg kami adik beradik tak pernah amik tahu pon psl harta2 abah n mak. tapi kami adik beradik tahu, mak dgn abah dr dulu mmg selalu tekankan betapa pentingnya pelajaran utk kami. dulu kecik2, kat rumah, mak yg jd cikgu english kami, and abah lak jd cikgu math kami.dan hasilnya skrg, anak2 mak dgn abah skrg, semua graduate dr MMU yg language medium is English, and along, angah and uda...did very well AddMath waktu SPM. paling bangga, angah scored A1 utk AddMath. alhamdulillah. waktu dulu2, AddMath dikira killer subject utk student2 SPM. bila kami semua amik result SPM, nampak mak abah senyum bangga. masih teringat lg waktu tu. berkatnya ilmu yg mak abah ajar pd kami. tulah, pd adik2 along...along tak der apa nak nasihatkan korang. belajar lah betul2. lets make our mak n abah proud. lets make our famili be the best famili ever in education. ingat pesan mak tu, uteh n adik. korang je skrg yg tinggal skrg nie.
dan pesan mak yang terakhir utk arini "jangan lupa solat". dari dulu smp sekarang...pesan tu tak pernah mak lupa. ya Allah, terngiang2 kat kepala nie, mak menjerit dr luar bilik kejut bangun solat. terngiang suara abah berzikir 'subhanAllah, alhamdulillah, Allahuakbar' setiap kali lps solat. itulah abah dgn mak. mereka bukanlah ustaz dan ustazah, tp merekalah imam kami kalau di rumah. abah selalu bising, kalau magrib2 tgk TV. rasa rindu nak dgr abah marah kami...kalau tgk tv waktu magrib. abah ckp, waktu magrib byk setan, jgn tambah 5 lg setan kat rumah waktu magrib2 tgk tv. ya Allah...terima kasih abah, terima kasih mak, kalau bukan sbb marah dan ingatan mak abah tu, along mesti lalai kat sini ttg solat.

ya Allah..."tolonglah aku" supaya aku dapat segera menghabiskan urusan ku disini. supaya cepat aku dpt pulang ke pangkuan mak dan abah ku. dan izinkanlah aku pula yg menguruskan semua nya ttg rumah dan kebajikan mak dan abah ku.
ya Allah..."tolonglah aku" menjaga mak dan abah ku di Malaysia...sihatkan lah tubuh badan mereka. kau sakitkanlah aku, tapi jangalah kau sakiti mereka.
ya Allah..."tolong ingatkan aku" walaupon hingga hari akhirat...Fadzilah Muhamad itu ibu ku, dan Azman Abd Hadi itu ayahku. dan hingga ke akhir nyawa ku...mereka sentiasa dlm hati ku. tiada yg lain.