September 29, 2011

tak tahu mana silap

tak tahu mana silap

kesian tgk budak2 zaman sekarang...
sibuk mengejar dunia popular, kejar glamour
sampai sanggup upload kat youtube video yg bukan-bukan
kesian kat mak abah korang, tak ke mereka rasa malu...kalau mereka tgk

kesian tgk budak2 zaman sekarang...
belajar semua tak habis jalan
sampai satu sijil pon tak ada
kesian kat mak abah korang, terpaksa bela korang sampai lah korang tua

kesian tgk budak2 zaman sekarang...
semua pandai bercakap
tapi tak semua yang dicakapkan tu boleh pakai
kesian kat mak abah korang, sampai terasa macam ditipu anak sendiri

kesian tgk budak2 zaman sekarang...
pakai baju semua nak bergaya
sampai sakitlah mata melihat terlalu 'over' sangat
kesian kat mak abah korang, tengok korang pakai baju, kain tak cukup

tak kisah lah apa-apa pon yang nak dibuat...
tapi fikir2lah sebelum bertindak
bukan nama sendiri je nak kena jaga
hidup kita ni semua berkait

haiii tak tahu lah mana silap

ingat pesan Allah...dunia ni sementara

September 9, 2011

sapa ada BB?


ahh ni bukan nak citer pasal blackberry ke blue berry ke or even beri beri...ni BB adalah bahasa badan. seharian nie dr pagi tadi, mata belah kiri asyik lah berkedip2. di tekan tekan... terasa sakit, di tarik tarik...tetap juga berkedip. so nak tau lah juga apa maksud nie.

tapi sebelum tu, ni cuma andaian yg orang-orang tua kita buat sahaja dan bukanlah bila BB ni berlaku, ia jadi petanda tetap dan pasti akan menimpa kita. ambil kata orang-orang tua nie sebagai benda untuk seronok-seronok je. jangan percaya beria-ia pulak...nanti takut jatuh hukum khurafat lak.


tapak tangan kanan rasa gatal = duit nak masuk : hummm abah lah selalu cakap camnie, and selalu gak lah kena. kebetulan je kot.

tapak tangan kiri rasa gatal = duit nak keluar : hummm kalau tak gatal pon mmg selalu je keluar.

Kelopak mata kanan bergerak = beroleh keamanan :tak pernah rasa lagi nie

Kelopak mata kiri bergerak = melihat perempuan : aiyorrrr mata kiri i bergerak2 dah seharian nie. perempuan yg mcm mana lg i akan dpt tgk nie? dah berpuluh nmpk perempuan, tp tetap bergerak2

Kelopak mata kiri bergerak dari atas = ada org akan berjalan jauh : humm ni betul kot, sbb tak lama lagi ada orang jauh nak dtg jumpa i. bestttttttnyer!

Kelopak mata kiri dibawah bergerak = hendak menangis : aiyooor kalau dah nak nangis tak smpt nak tgk kelopak mana yg bergerak

Ekor mata kanan bergerak = menerima kedatangan orang jauh : ok noted

Ekor mata kiri bergerak-gerak = mendapat sedikit kepayahan : no no nooooooo

Biji mata kanan bergerak-gerak = akan menangis dalam bercinta : menarik nie. so far biji2 lain yg bergerak...sbb tu lah tak pernah nangis dlm bercinta. hohoho...

Biji mata kiri bergerak-gerak = gembira dihati : ok ni yg berlaku arini gak...

Kening kiri bergerak-gerak = beroleh kelapangan : never happened sbb tu tak pernah lapang

Bibir bawah bergerak = akan menangis : ni mmg dah di proven dlm psyhology rasanyer

Waktu subuh kepala kita bergerak = beroleh kerja yang baik : aiyooo suboh je? waktu2 lain?

Telinga bergerak = akan berkelahi : ahh ni pon dlm psychology ada rasanyer...well org tahan marah bukan kata telinga...tangan2 pon akan bergerak

Bahu kanan bergerak-gerak = harta hendak datang : ohh patutlah tak pernah dpt harta, sbb bahu tak gerak2

Bahu kiri bergerah-gerak = bakal berjumpa pembesar/ketua : not interested

kalau anak mata kita terbeliak bila kita bercakap dgn seseorang maknanya kita suka orang tu or kita suka berborak dgn orang tu.

kalau mata pandang ke kiri dan atas ada chance orang tu nak menipu korang...ahh nie proven in Neuro linguistic Programming (NLP). so watch out ahhh sapa2 yg nak kencing menkencing tu...i've learnt how to detect liers!


sebenarnya banyak je lagi rahsia bahasa badan dari orang-orang tua nie. tapi ni je lah dulu yerk. malassss nak explain byk.

actually i really like to study about body language and neuro linguistic programming ni. menarik sgt study benda nie. byk benda kita boleh tahu daripada bahasa badan kita or mat salleh cakap body language. rasanyer entry doooluuuu doooluuu ada citer pasal rahsia mata.

ahhh lepas tu kan tak tau lah orang lain rasa ke tak benda nie, kadang2 bila tgh tidur, oghang terasa the whole body shaking...mcm ada orang goncang kan badan. seriussssly byk kali dah. spooky or corny???

September 7, 2011

AYSHITERU


kalau padi katakan padi
tidak hamba tertampi tampi
kalau sudi katakan sudi
tidak hamba ternanti nanti...

memang sejak dulu lagi kita orang melayu dah diterapkan dgn nilai2 kejujuran. dalam ajaran Islam sendiri jujur itu salah satu sifat mahmudah yang sepatutnya kita amalkan.

kalau kita rasa sayang pada seseorang...cepat2lah kita luahkan (tapi biar betul cara)
kalau kita marah kan seseorang...jangan takut untuk kita katakan (tapi biar betul cara)
kalau kita hendak kan sesuatu...tak usah malu2 untuk meminta (tapi biar betul cara)
kalau kita ada buat salah...tak salah kalau kita mengaku (tapi biar betul cara)

ada musabab nya kenapa kita perlu jujur...bukan setakat kita dapat pahala, tapi bila kita jujur...hati kita bersih, kita rasa lega, dan orang pon akan hormat kita.

memang berat nak berdiri di paksi yang benar dan berkata atas paksi kebenaran...tapi sekali kebenaran disebarkan...pasti semua orang akan rasa gembira.


saya dah jujur pada keluarga saya dan orang2 yg saya sayang...anda pula bila?

September 1, 2011

sembah salam...ayah dan bonda, ampunkan dosa



this is my favourite song every time celebrating raya. ohhhh i wish i can be with my famili and listening this evergreen song while busy in the kitchen cooking and preparing for raya.

TAHUN DEPAN TAK KIRA APA JADIPON...I NAK BALIK RAYA. PLEASEEEEEEEEEEEEEEE

selamat hari raya aidilfitri to all my beloved mak, abah, angah, uda, uteh, adik, syahmi, aleesya, shafizal and ema. and to all my famili members, my beloved frens and also to my enemies (ada ke?). maaf zahir dan batin.