November 8, 2011

Pengorbanan untuk yang tersayang...




semalam genap 2 minggu mak abah dah balik ke malaysia. sejak dua minggu itulah, semuanya dah balik ke asal. kehidupan di bumi orang diteruskan macam biasa. tapi alhamdulillah yang penting, mak abah sangat2 seronok bila bercerita pasal kenangan berjalan2 di UK dan Paris. mak uteh yang turut serta bercuti pon cakap, percutian kami aritu, percutian yang sangat manis. memang sangat2 bermakna untuk kami semua...alhamdulillah. satu impian yang dah lama dihajatkan, dah tertunai untuk bawa mak abah ke sini.
dari cerita mak abah pada adik2...mak abah seronok di UK sebab:

1) barang2 murah...abah dr yg bukan jenis suka shopping, jadi shoppaholic kat sini. almost everyday keluar shopping. favourite abah...was carboot!
2) pemandangan memang lain dari yg lain. memang abah dan mak seronok tgk permandangan kat UK, especially kat kampung lufbra
3) orang2 di Lufbra semua baik2. mat salleh2 diaorg semua jenis ada adab. tak lekang ucap THANK YOU and diaorg suka senyum
4) sistem jalan raya di UK sgt bagus. pemandu2 semua berdisplin dan bertimbang rasa, especially bila kat roundabout dan zebra crossing
5) makanan2 murah, especially ketam, daging, ikan and especially chocolate. seronok mak abah makan...alhamdulillah. puas lah diaorg rasa mcm2 makanan kat sini.
6) dan yang paling jd favourite abah dan mak...sbb buah2an kat sini murah2, fresh dan bukan buah yg di 'botox'kan. favourite mak abah is CONFERENCE PEAR. pear dia lain dr pear malaysia...tapi rasa dia mmg sgt2 manis.

alhamdulillah...sekurang2nya ada kenangan manis utk mak dan abah bercuti bersama mak uteh sekeluarga.

last two days, kami menyambut raya aidiladha. alhamdulillah juga, raya di sambut sesederhana yg mungkin. kudos to kak mazrah...sbb banyak kak maz masak utk kami, adik2 kak maz n abg dino yg malas sungguh nak memasak. memang tak sempat nak buat apa pon utk hari raya. sbb sampai lufbra pon dah pukul 8pm selepas seharian mesyuarat dgn GCEO Telekom Malaysia di London. kak maz buat nasi jagung, pulut, daging masak merah(style utara), ayam masak merah, sambal goreng...and ada beli fruit flan. maya lak buat carrot cake and myself sempat buat kuih bakar je. but overall, sambutan yang menarik dan sempoi utk kami. syukur lah sangat2.



and since then...keja opis berjalan mcm biasa. rasa tak sabar sgt2 nak balik malaysia. rindu kat cik ami dan ecah. rindu kat nenek sangat2. makcik2 kat kampung pon ramai yg dah bertanya bila nak balik. kawan2 tak payah cerita lah, baik yg di shah alam, kulai, purun, puchong, melaka,johor bahru, senawang, perak, kulim, semua nak ajak jumpa...tak taulah sempat ke tak.

semalam juga terbaca blog dan status my dear fren pasal abah dia dah kembali ke rahmatullah. honestly, sangat2 kagum dgn ketabahan dia dan famili dia...lebih2 lagi, my fren tu baru je balik dari study di jepon, and a few months later abah dia admitted to hospital...sejak mengikuti perkembangan abah dia kat blog and facebook dia semalam, mmg terkejut baca berita pemergian abah dia. semoga abah dia ditempatkan bersama orang2 yg soleh di jannah. Amin.

untuk yang tengah demam ke, sakit tekak ke, sakit apa2 ponlah...jgn lupa makan ubat. jaga pemakanan, jaga badan...banyak2kan berdoa pd Allah moga cepat sembuh dan terus diberikan nikmat kesihatan. insyaAllah.

till then,
oghang